ADWA…
Sepasang mata hijau si kecil Adwa merenung wajah cantik mamanya. Mamanya yang sedang mengandung tujuh bulan sedikit pun tidak pernah melupakan dia. Sedikit pun tak pernah merungut apabila dia menyepahkan rumah dan mengamuk. Mamanya hanya tersenyum dan memanggil namanya saja.
“Adwa anak mama…” Seru si mama dengan lembut.
Rambut Adwa diusapnya dengan penuh kasih sayang. Meskipun seraut wajah comel Adwa membawa memori pahit untuknya tetapi dia tak mampu menyangkal perasaan sayangnya untuk si kecil itu.
“Adwa. Mama sayang Adwa”. Tutur si mama dengan lembut.
Tangan kecil itu diambil lalu dicium.
Adwa diam juga.
Jika benar mama menyayanginya kenapa mama tak pernah memarahi dia? Jika benar mama menyayanginya kenapa setiap malam mama menangis kerana dia? Kenapa mama membuatkan dia berasa terbeban dengan diri ini?
“Nanti, Adwa akan dapat adik. Papa bagi nama yang sedap untuk adik. Iman Mikael. Comel kan?” Soal si mama lagi.
Diam.
Si mama tersenyum nipis.
Rambut Adwa diusapnya dengan penuh kasih.
“Mama tak kisah apa yang Adwa nak fikir mengenai mama. Mama nak Adwa tahu yang mama betul - betul ikhlas sayangkan Adwa. Mama sayangkan Adwa bukan sebab papa. Mama sayangkan Adwa sebab hati mama yang nak. Adwa tak pernah berdosa pada mama dan Adwa takkan pernah layak dihukum. Jadi, tolong sayangi adik ya?” Pujuk si mama dengan lembut.
Tangan comel Adwa ditariknya supaya menyentuh perutnya tetapi tangannya direntap dengan kasar.
“No”, Itu saja yang Adwa balas sebelum dia melangkah keluar dari bilik meninggalkan mama sendirian di dalam bilik.
Sebak.
“Adwa… Mama sayang Adwa”. Gumam Puan Mikayla perlahan.
Andainya Adwa itu anak yang dilahirkan dari rahimnya sendiri tentu saja dia takkan rasa sakit sampai begini. Abang, macam mana kita nak menguruskan Adwa kelak?
Adwa tak suka saya…
Puan Mikayla menyeka air matanya.
Tak boleh.
Dia kena kuat dihadapan Adwa supaya dia dapat mengambil hati anak lelakinya itu. Walaupun Adwa bukan anak kandungnya tetapi dia tetap menyayangi si kecil itu sama seperti dia menyayangi Iman Mikael yang sedang berada di dalam kandungannya.
Kelak, Puan Mikayla akan memastikan Adwa lebih menyayanginya berbanding Aliah.
Adwa Aariz.
Hidup Adwa akan lebih bahagia jika Adwa membuang segala dendam itu jauh dari hidup Adwa. Dendam takkan pernah sesekali membuatkan kita bahagia.
Sebaliknya, kita akan sengsara sehingga akhir hayat.
+++
Hello,
Kita akan bersambung dengan cerita Adwa & Mikael dulu sebab saya masih ingat jalan cerita ayah dia orang. So, tak adalah susah sangat saya nak tulis. Cerita ni tak konflik sangat pun lebih kurang macam Deel & Deen tapi kali ini dua - dua nak menang.
Jadi, saya tunda dulu cerita Aydeel, Affan, Imdad dan yang lain tau!
YOU ARE READING
Naive Angel
RomanceCantik, baik, manja dan naif. Itu ialah Ulya Tihani yang digelarkan Zafrel sebagai bidadari dari neraka kerana Ulya bermusuhan dengan Ahmad Zafrel disebabkan seorang Iman Mikael. Tapi, bagi Mikael pula Ulya merupakan bidadari yang naif kerana...