Bab 24

807 127 34
                                    

SEPASANG matanya tak lepas memerhatikan seraut wajah kacak milik Mikael yang sedang serius memilih pakaian. Secara jujurnya, Kitten tak sangka yang Mikael boleh membawanya datang ke butik.

Kitten hanya duduk di atas sofa demi menunggu Mikael.

"Kitten", Senyuman dibibir Kitten mulai mekar tatkala melihat Mikael membuka langkah mendekatinya.

"Aku rasa baju ni akan sesuai dengan kau. Tak seksi sangat dan cantik". Tutur Mikael seraya menghulurkan baju itu pada Kitten. Sejujurnya, Mikael tak selesa melihat penampilan Kitten yang terlalu seksi.

"You nak suruh I pakai sekarang ke?" Soal Kitten naif.

"Habis kau nak pakai tahun depan ke?" Sinis Mikael.

Kitten terus saja mencapai pakaian itu lantas dia membuka langkah masuk ke bilik persalinan pakaian. Tentu cantik pakaian yang Mikael pilih ini pada tubuhnya. Seusai itu, Kitten melangkah keluar.

"Mikael. Cantik tak I?" Soal Kitten gembira.

"Cantik baju tu. Kau pakai saja baju tu jangan buka sampai kau balik ke rumah. Aku nak pergi bayar baju tu sekejap".

"You belanja I?" Soal Kitten dalam nada tak percaya.

"Aku yang bawa kau datang ke sini kan? So, jangan bising dan duduk sini diam - diam sementara aku pergi membayar". Pesan Mikael.

"Aye, aye, boyfriend!" Balas Kitten teruja.

Mikael mencebik.

"Perempuan gila". Kutuknya seraya berlalu meninggalkan Kitten sendirian. Tak apalah dia belikan baju untuk Kitten.

Sekurang - kurangnya gadis itu takkan terlalu seksi sehingga mampu mencuit nafsu lelaki yang melihatnya. Tak sanggup pula Mikael sekiranya Kitten dianiaya meskipun dia tak suka dengan kehadiran gadis itu di dalam hidupnya.

Mikael hanya mahukan Ulya.

Kitten menyeringai suka.

Mikael beli baju ni untuk dia. Tak sangka Mikael sangat - sangat baik berbanding apa yang dia jangkakan.

Kitten mematikan senyumannya apabila sepasang matanya bertemu dengan seseorang. Mata itu merenung tajam wajahnya membuatkan Kitten bingkas bangun dari sofa itu lalu dia bangun.

Lengan Kitten tiba - tiba ditarik membuatkan dia menjerit.

"Hei, kau ni kenapa?!" Tegur Mikael geram.

"Mi-Mikael..." Kitten mengerling sekilas cermin lut sinar yang memisahkan mereka dari luar butik itu. Kelibat itu sudah tiada dan Kitten menghela nafas lega.

"Kenapa kau menjerit?" Soal Mikael hairan.

Muka Kitten nampak sangat - sangat takut.

Kitten menggeleng perlahan.

"You dah bayarkan baju ni? Boleh I balik dulu? Esok I belanja you makan". Kata Kitten seraya mengemas beg tangannya.

"Kau fikir kau boleh balik ke?" Tegur Mikael.

Kitten menoleh memandang Mikael.

"Tangan kau tu menggeletar. Aku tak rasa kau boleh balik dengan keadaan kau takut sangat macam ni. Jom, aku hantar kan kau balik".

"I boleh balik sendiri". Tolak Kitten lembut.

"Aku bukan risaukan kau. Aku cuma tak mahu bertanggungjawab kalau ada apa - apa terjadi pada kau memandangkan hari ni kau berjumpa dengan aku. Jom, aku temankan kau balik". Tak sempat Kitten hendak menjawab Mikael sudah menarik tangannya supaya mengikuti lelaki itu.

Naive AngelWhere stories live. Discover now