“KENAPA you keluar dengan perempuan ni?” Soal Kitten tak puas hati. Sepasang matanya menatap tajam seraut wajah ceria Ulya yang sedang mengukirkan senyuman manis padanya.
“Ada kena mengena dengan kau ke? Punya pasal aku lah kalau aku nak bawa Ulya keluar sekali pun. Ini perempuan yang aku suka!” Marah Mikael sambil memandang garang seraut wajah Kitten.
Gadis itu nampak berpakaian tertutup pula.
Berbeza dari kebiasaannya.
“Perempuan ni yang you suka? Perempuan ni yang you cinta?” Soal Kitten lagi.
“Ya. Aku nak yang cantik macam Ulya bukannya perempuan pelacur macam kau!” Bentak Mikael.
Zach melopong mendengar bicara Mikael.
Kitten mengetap bibir.
Langkah dibuka mendekati Ulya. Lalu...
Pang!
Terleleng wajah Ulya gara - gara dia ditampar Kitten secara tiba - tiba. Ulya memandang wajah Kitten dengan keliru.
“Kau ni kenapa?!” Mikael menolak kasar Kitten menjauhi Ulya.
Zach menahan tubuh Kitten dari terjatuh.
“Hei, Ulya! Berhenti keluar dengan Mikael. Berhenti memandang dia dengan penuh pengharapan! Berhenti kata you sayang dia! Berhenti rampas Mikael dari I!” Jerit Kitten kuat.
Ulya memandang Kitten.
Air mata gadis itu gugur.
Kitten betul - betul cintakan Mikael dan disebabkan dia juga Mikael menjerkah Kitten.
Teruknya dia.
“Ma-maafkan saya”. Ucap Ulya perlahan.
Dia tertunduk hormat dihadapan Kitten.
“Ulya janganlah minta maaf pada perempuan ni. Dia bukannya sedar diri pun”. Bangkang Mikael.
Ulya tak menghiraukan Mikael.
Ulya terus saja berlalu pergi dari situ. Mikael rasa susah hati tatkala melihat Ulya menangis.
“Ulya!” Mikael baru saja hendak membuka langkah mengejar Ulya. Namun, lengannya dipeluk erat oleh Kitten secara tiba - tiba.
Mikael memandang Kitten.
“Janganlah pilih dia. I janji I akan berikan you bahagia. Mikael…” Rayu Kitten bersama - sama esakkan. Hatinya sakit mendengar Mikael memanggilnya sebagai pelacur tetapi dia tetap juga akan terus setia untuk memilih Mikael.
Mikael merentap kasar tangannya dari terus dipegang Kitten. Tubuh gadis itu ditolaknya kasar sehingga Kitten jatuh terduduk di atas lantai pasar raya besar itu.
Kitten memandang sayu wajah bengang Mikael.
“Pelacur tak layak pegang aku!”
“Hei, kau dah melampau. Kitten bukannya perempuan yang hina macam itu!” Bangkang Zach dengan tegas.
“Kau belalah dia. Entah - entah dia dah bagi badan pada kau. Dah lah. Aku nak pergi pujuk Ulya”.
YOU ARE READING
Naive Angel
RomanceCantik, baik, manja dan naif. Itu ialah Ulya Tihani yang digelarkan Zafrel sebagai bidadari dari neraka kerana Ulya bermusuhan dengan Ahmad Zafrel disebabkan seorang Iman Mikael. Tapi, bagi Mikael pula Ulya merupakan bidadari yang naif kerana...