HATI Adwa menjadi tak senang semenjak melihat gadis secantik Ulya merapati Mikael. Kenapa selama ini dia tak pernah langsung tertarik untuk mengetahui latar belakang gadis itu sedangkan selama ini dia memerhati gadis itu dari jauh?
Takkan setelah Ulya bertentangan mata dengannya dia terus saja menyediakan satu tempat khas untuk Ulya di dalam memori dan dihatinya? Mengarutlah!
Adwa merebahkan tubuh di atas katil.
Kenapa mesti gadis itu yang berjaya menarik perhatiannya?
Dedaun pintu bilik Adwa dikuak dari luar membuatkan perhatian Adwa teralih pada Aireen yang melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Baby Ai!” Adwa tersengih.
Terus dia bangun dari pembaringan lalu Adwa membetulkan postur tubuhnya supaya duduk di atas katil menunggu si kecil Aireen memanjat katilnya. Setelah itu, tubuh kecil itu di tarik ke dalam pelukannya.
“Hm… Abang Ad rindu Baby Ai. Baby Ai asyik berkawan dengan Iman saja”, Rungut Adwa.
Rambut panjang Aireen diusapnya.
Sejujurnya, Adwa rasa dia sepatutnya membencikan Aireen. Namun, Adwa tak mampu untuk membenci si kecil ini kerana sepasang mata hijau Aireen sama saja sepertinya. Jadi, Adwa memejamkan mata sajalah.
“Kenapa Abang Ad marah pada mama? Kesian mama…”
Senyuman Adwa mati.
“Bukan Abang Ad nak marah suka - suka. Tapi, sebab mama lah Abang Ad hilang ibu. Kenapa papa masih sayangkan perempuan yang pernah merosakkan kebahagiaan dia? Abang Ad tak fahamlah. Cinta memang boleh buat orang gila agaknya”, Gumam Adwa perlahan.
Tangan kecil Aireen menggenggam tangan kekar Adwa.
“Abang Ad jangan berterusan marah mama. Mama tak salah…”
“Mana Baby Ai tahu yang mama tak salah? Ada bukti ke?” Soal Adwa sambil memandang Aireen yang berusia lima tahun itu.
Aireen menggeleng perlahan.
“See? Baby Ai sendiri tak ada bukti yang kukuh untuk membela mama. Mama memang bersalah…”
“Sekali pun mama bersalah kau sepatutnya sedar yang dia dah jaga kau dari kecil”, Suara itu mencuri perhatian Adwa dan Aireen. Sepasang mata hijau Aireen bersinar teruja melihat Mikael.
“Abang Iman!” Laju saja Aireen melangkah turun dari katil lalu dia memeluk erat tubuh Mikael.
Sepasang mata hijau Adwa yang jernih perlahan - lahan menjadi gelap.
Benci.
“Kau kena sedar perempuan yang kau benci tu dah curahkan kasih sayang dia pada kau. Dia jaga dan besarkan kau sama saja macam dia besarkan aku dan Aireen. Kalau aku jadi mama tak ada gunanya aku nak membesarkan anak yang bukan ada pertalian darah dengan aku. Lebih baik aku buat anak lain je. Guna otak sikit, Adwa. Tolong hormat mama aku”. Tegas Mikael seraya membuka langkah keluar dari bilik.
YOU ARE READING
Naive Angel
RomanceCantik, baik, manja dan naif. Itu ialah Ulya Tihani yang digelarkan Zafrel sebagai bidadari dari neraka kerana Ulya bermusuhan dengan Ahmad Zafrel disebabkan seorang Iman Mikael. Tapi, bagi Mikael pula Ulya merupakan bidadari yang naif kerana...