ULYA hanya memandang seraut wajah kacak Mikael yang berdiri dihadapannya sambil memeluk tubuh.
“Berapa kali aku nak pesan pada kau supaya jangan mendekati kera sumbang tu? Kenapa kau ni degil sangat, Ulya?” Suara garang Mikael membuatkan Ulya memuncungkan bibirnya.
“Aku nak tolong Adwa. Dia nampak macam ada masalah”,
“Aku tahu cita - cita kau nak menjadi doktor pakar psikologi. Tapi, masalahnya sekarang ini kenapa kau nak jadikan Adwa pesakit kau? Tak boleh ke kau cari pesakit yang lain?” Gumam Mikael.
“Adwa ada penyakit berkaitan dengan emosi. Aku boleh nampak”. Bidas Ulya penuh yakin.
Mikael merenung sepasang mata Ulya.
“Dengar sini, chick. Aku tak suka kau bawa perangai manja kau tu pergi ke mana - mana lelaki. Jangan nak mengada - ngada cuba bermanja dengan lelaki lain kalau kau tak mahu aku kurung kau”. Ugut Mikael bengang.
Ulya mencebik.
“Aku tak manja!”
“Kau manja. Dah lah happy memanjang. Manalah perasaan malu kau ni? Orang tak bercakap dengan kau pun kau masih boleh terus berbual. Daripada kau terus berbual dengan Adwa lebih baik kau berbual saja dengan dinding”. Bidas Mikael penuh sarkastik.
“Tak best bercakap dengan dinding. Lagipun, hari - hari aku bercakap dengan kentang. Bagilah aku peluang bercakap dengan Adwa pula. Kalau tak boleh berjumpa secara berdepan, kau jadi sebagai perantara pun bolehlah”,
“Nonsense!” Bangkang Mikael.
“Kenapa kau orang berdua ni bermusuh sangat? Tak elok tau. Aku beritahu Zach nanti pasal perangai kau ni…”
“Kau diam, chick. Aku takkan rapat dengan dia sebab dia sendiri yang memilih untuk membenci mama. Dia tuduh mama sebagai perampas sedangkan ibu dia yang sundal!” Gumam Mikael bengang.
“Mikael…”
“Jadi, tolonglah dengar cakap aku. Jangan sesekali berkawan dengan Adwa. Aku sangat takut aku akan kehilangan kau. Aku sayangkan kau, Ulya”, Rayu Mikael.
Ulya menghela nafas lemah.
“Fine. Dah, jangan menangis”. Pujuk Ulya lembut.
“Betul ni? Kau janji ya?”
“Janji”, Jawapan Ulya mengundang senyuman ceria Mikael. Tangan gebu itu diletakkan di atas kepalanya untuk membiarkan Ulya mengusap rambutnya.
Dia suka.
“Macam manalah hidup kau kalau tak ada aku, wahai Mikael kentang?” Soal Ulya dengan lembut.
“Itulah sebabnya kau kena terus ada dalam hidup aku, chick”.
Ulya menjulingkan mata ke atas apabila mendengar jawapan Mikael.
Mengada sungguh kentang kentang tiga suku ini!
+++
MAKANAN dihidangkan sementara dia menunggu suami dan anak - anaknya pulang. Suaminya keluar pergi mengambil Aireen yang berada di sekolah. Selepas itu, suaminya menyinggah seketika di rumah Rian.
YOU ARE READING
Naive Angel
RomanceCantik, baik, manja dan naif. Itu ialah Ulya Tihani yang digelarkan Zafrel sebagai bidadari dari neraka kerana Ulya bermusuhan dengan Ahmad Zafrel disebabkan seorang Iman Mikael. Tapi, bagi Mikael pula Ulya merupakan bidadari yang naif kerana...