“MIKAEL kentang. Aku nak tanya satu soalan yang sangat penting dan kau wajib menjawab soalan aku. Kalau kau tak menjawab soalan aku kau pengecut. Boleh?” Berkerut dahi Mikael tatkala mendengar bicara Ulya.
“Kau nak tanya soalan penting apa sampai kau sanggup mencabar aku?” Soal Mikael hairan.
“Soalan yang penting. Soalan yang aku pasti kau takut untuk jawab. Aku kenal kau, kentang”.
“Soalan apa? Tanya saja. Aku takkan takutlah”. Bidas Mikael tak mahu kalah.
“Okey. Adwa paling suka makan apa?” Air muka Mikael berubah tatkala mendengar soalan Ulya. Kenapa?
“Kenapa kau asyik tanya tentang Adwa? Aku dah pesan buang perangai curious tu jauh - jauh. Berhentilah bertanya tentang dia. Aku tak suka”. Rungut Mikael bengang.
“See? Kau tak mahu jawab pun soalan aku. Aku memang dah dapat agak pun”.
Mikael menghela nafas.
Susahlah kalau dia dah berjumpa dengan gadis yang tak faham bahasa. Apa boleh dibuat lagi?
“Tak apalah, kentang. Aku nak masuk kelas dulu”.
“Adwa suka kek batik”. Jawapan Mikael mengundang senyuman manis Ulya.
Kek batik? Ah, mudah saja!
“Kenapa kau senyum - senyum?” Suara Orked mematikan lamunan Ulya. Orked memandang bekal yang mengandungi kek batik di dalamnya.
“Siapa buat ni? Kau ke?”
“Mestilah aku yang buat. Siapa lagi kalau bukan aku?” Bidas Ulya sambil menutup semula bekas itu.
“Jadi, kek batik ini untuk siapa? El?” Soal Orked ingin tahu.
“Aku nak pergi jumpa someone. Jumpa lepas rehat!” Pamit Ulya seraya berlari keluar dari kelas mereka.
Kening Orked bertaut memerhatikan Ulya.
Jika bukan untuk Mikael…
Ulya buat kek batik itu untuk siapa lagi?
Lama juga Orked berteleku. Namun, bibirnya melopong dan matanya meluas.
Arghhh, dia kena beritahu Mikael!
Ulya memang sengaja cari pasal.
+++
BENCI Adwa jadinya apabila melihat wajah sinis Mikael. Dasar berlagak. Mentang - mentanglah gadis yang bernama Ulya itu melayani Mikael bak raja. Mikael boleh memmdang dia dengan pandangan mengejek!
Adwa mulai terasa rimas apabila dia perasan penghuni perpustakaan ini memandangnya dengan begitu aneh. Adakah pelik jika dia mempunyai sepasang mata hijau? Mereka tak henti memandang dia semenjak dia mula masuk ke dalam perpustakaan.
Adwa terus sahaja memastikan bukunya berdiri tegak supaya wajahnya dilindungi dengan buku itu. Sekurang - kurangnya orang takkan dapat melihat mata dia.
Ya, Adwa tahu bahawa matanya sangat unik dan dia sangat bencikan keunikkan mata ini. Disebabkan keunikkan ini dia seringkali menjadi perhatian.
YOU ARE READING
Naive Angel
RomanceCantik, baik, manja dan naif. Itu ialah Ulya Tihani yang digelarkan Zafrel sebagai bidadari dari neraka kerana Ulya bermusuhan dengan Ahmad Zafrel disebabkan seorang Iman Mikael. Tapi, bagi Mikael pula Ulya merupakan bidadari yang naif kerana...