Sembilan tahun lalu…
“AH, dah lambat!” Dia mencebik kegeraman apabila dia terlewat untuk hari pertama ke sekolah hanya kerana daddynya begitu sukar untuk melepaskan dia. Pelbagai jenis larangan yang dia terpaksa dengar sebelum kaki menapak masuk ke sekolah.
Mujur saja hari pertama begini pengawas yang bertugas menjaga pagar tidak melarang pelajar tingkatan satu masuk ke dalam sekolah.
Nama dia?
Ulya Tihani!
Sejujurnya, dia tak selesa apabila semua pelajar memandang dia dengan pandangan yang cukup aneh. Itu puncanya mengapa dia mengikat rambut dan membiarkan rambut hadapan menutup matanya agar orang tak dapat melihat sepasang matanya yang berbeza.
Kelabu-hijau.
Bibir merah jambunya dikemam lalu dia meliarkan mata memandang sekeliling kelas. Dia nampak seorang pelajar lelaki yang termenung bersendirian duduk tidak jauh darinya.
Hmm…
Daddy pesan jika menjumpai orang yang kesedihan jangan dibiarkan orang itu keseorangan. Bertemulah dengan dia dan cubalah semampu mungkin untuk menceriakan seseorang itu.
Jadi, Ulya terus saja bangun menuju ke arah lelaki itu.
“Er-hai!” Sapa Ulya dengan ceria.
Lelaki itu memandangnya.
Sepasang mata coklat cair milik pelajar lelaki itu menatap seraut wajahnya lalu pelajar lelaki itu seakan mahu menjerit tatkala melihat sepasang mata kelabu-hijaunya. Laju saja Ulya menekup bibir merah milik pelajar lelaki itu.
“Ehem. Nama aku, Ulya Tihani binti Firhad Hafydan. Panggil saja, Ulya. Nama kau?” Soal Ulya sambil menarik kerusi yang berada bertentangan dengan pelajar lelaki itu.
“Iman Mikael bin Aidan Qayyum. Mama dan papa aku panggil Iman…”
“Aku panggil kau, Mikael. Okey?” Soal Ulya.
Mikael mengangguk.
Ulya menyeringai. Pipi Mikael ditekup.
“Eyy, gebu! Bila aku pegang pipi kau rasa macam aku pegang kentang. Kau tahu? Mak aku suka masak kentang rebus. Selepas kentang direbus dia akan jadi sangat empuk macam pipi kau! Aku tak jadilah nak panggil kau, Mikael. Aku panggil kau, kentang!” Cadang Ulya.
Mikael terkebil - kebil.
Apakah?
“Ken-tang?”
“Ya! Kentang yang gemuk”.
“H-hei, aku tak gemuk! Jaga mulut kau!” Pesan Mikael kalut. Dia Cuma tembam saja. Nanti bila dah masuk tingkatan dua dia akan pastikan dia menjadi segak. Tengok sajalah.
Ulya ketawa kecil.
“Aku ada bawa cupcake. Kau nak cupcake, kentang?” Soal Ulya seraya membawa keluar sebiji cupcake.
“Uh… kau panggil aku kentang. Takkan aku nak sebut nama kau? Tak adil”.
“Hei, jawab soalan aku. Jangan jadi kentang derhaka!” Pipi Mikael ditariknya geram.
YOU ARE READING
Naive Angel
RomanceCantik, baik, manja dan naif. Itu ialah Ulya Tihani yang digelarkan Zafrel sebagai bidadari dari neraka kerana Ulya bermusuhan dengan Ahmad Zafrel disebabkan seorang Iman Mikael. Tapi, bagi Mikael pula Ulya merupakan bidadari yang naif kerana...