ENCIK Aidan dan Puan Mikayla mengikuti Mikael masuk ke dalam bilik. Puan Mikayla terus sahaja melabuhkan punggung bersebelahan Mikael di atas katil. Encik Aidan menutup dedaun pintu lantas dia membuka langkah mendekati Mikael.
“Kenapa ni, Iman?” Soal Encik Aidan dengan lembut.
Air mata Mikael mulai gugur.
“Iman…” Puan Mikayla mengusap belakang tubuh anak lelakinya. Seraut wajahnya mula resah melihat Mikael teresak dihadapannya.
“Ul-Ulya tak cintakan Iman. Ulya cuma sayang Iman sebagai seorang kawan”. Adu Mikael bersama - sama esakkan yang kuat.
Mikael takkan pernah malu untuk mengadu pada papa dan mamanya kerana Mikael pasti mereka sudah masak dengan kerenahnya.
“Iman tak nak cuba mengurat dia?” Soal Encik Aidan.
Mikael menggeleng perlahan.
“Ulya tu kalau dia kata tak cinta jadi dia memang takkan cintakan Iman. Tap-Tapi, kenapa Ulya buat Iman macam ni? Kenapa Ulya layan Iman baik - baik kalau dia cuma sayang Iman sebagai seorang kawan?” Gumam Mikael perlahan.
Sungguh, dia sangat - sangat kecewa.
“Iman, bersabarlah. Kalau Ulya…”
“Iman tak boleh bersabar, mama. Iman sayangkan Ulya sangat - sangat. Ulya beri peluang pada Iman untuk menggenggam dia selama lima tahun. Ta-tapi kenapa selepas lima tahun berlalu, Ulya bertindak menolak Iman menjauh? Adil ke semua ini untuk Iman?”
Puan Mikayla dan Encik Aidan saling berpandangan.
Wajah mereka resah.
“I-Iman nak Ulya…” Tutur Mikael dengan sayu.
Mikael tak mahu kehilangan Ulya kerana Ulya ialah kebahagiaan dia dari dulu lagi. Bagaimana dia mahu bahagia tanpa seorang Ulya Tihani?
“Iman nak mama berbincang dengan Ulya?”
Mikael menggeleng.
“Iman nak berbincang dengan Ulya sendiri. Iman nak cuba pujuk dia”. Balas Mikael seraya menyeka air matanya.
“Jangan menangis, Iman. Iman anak yang baik dan lelaki yang baik. Papa yakin hati Ulya akan lembut untuk menerima Iman. Kalau Iman tetap tak dapat Ulya juga tak mengapa. Masih ramai perempuan di luar sana yang mahukan Iman”. Pujuk Encik Aidan dengan lembut.
“Iman akan cuba”.
“Janji dengan mama jangan buat cara yang kotor untuk mendapatkan Ulya. Jangan sesekali menzalimi Ulya. Iman kena ingat Ulya tu perempuan yang sentiasa ada dengan Iman. Teruklah Iman kalau mama tahu yang Iman buat bukan - bukan pada Ulya”. Pesan Puan Mikayla tegas.
Sepasang matanya mengerling si suami yang sudah tersenyum hambar.
Itu khilaf Encik Aidan lantaran tiada kesabaran sewaktu memujuk Puan Mikayla.
Mikael mengemam bibir.
Ya, dia janji dia tidak akan menzalimi Ulya atau memiliki Ulya dengan cara kotor. Namun, Mikael akan menggunakan kelemahan Ulya untuk mendapat peluang mencuri hati gadis jelita itu.
YOU ARE READING
Naive Angel
RomanceCantik, baik, manja dan naif. Itu ialah Ulya Tihani yang digelarkan Zafrel sebagai bidadari dari neraka kerana Ulya bermusuhan dengan Ahmad Zafrel disebabkan seorang Iman Mikael. Tapi, bagi Mikael pula Ulya merupakan bidadari yang naif kerana...