ENCIK Hanz memeluk tubuh sambil memerhatikan Encik Aidan yang membuka langkah mendekatinya bersama - sama Puan Mikayla.
“Kenapa muka kau tu nampak sembab, Mika?” Soal Encik Hanz risau.
Puan Mikayla mengukirkan senyuman nipis.
“Tak ada apa. Aireen ada kat dalam rumah ke?”
“Ya, ada si kecil tu ada dalam rumah. Kau masuklah dulu. Aku nak berbual dengan Aidan sekejap”. Ujar Encik Hanz sambil memandang seraut wajah adik lelakinya.
Puan Mikayla terus sahaja masuk ke dalam rumah.
“Ada apa?” Soal Encik Aidan hairan.
“Kau tanya aku ada apa? Eh, bebal. Aireen tu kena buli kat sekolah sebab mata dia berbeza. Kenapa kau tak ambil tahu hah?”
Encik Aidan melopong.
Aireen kena buli?!
“Ak-aku tak tahu pun. Ya Allah, aku mesti dah terlepas pandang Aireen sebab aku asyik fikirkan Adwa. Susahlah Adwa dengan Iman dah bergaduh sekarang sebab Adwa asyik salahkan Mika…”
“Kau tak mengaku ke semua tu salah kau?” Soal Encik Hanz semula.
Encik Aidan mengangguk.
“Aku dah mengaku tapi Adwa tak mahu percaya. Dia kata apa yang aku cakap ini cuma nak melindungi Mika sebab aku cintakan Mika”. Ujar Encik Aidan dengan ada lemah.
Encik Hanz menghela nafas.
“Kau ni memanglah Aidan. Suka sangat cari pasal tahu tak? Kalau dulu kau pandai jaga diri dari terus terlanjur dengan Aliah perkara ini takkan jadi rumit tau. Iman aje yang akan jadi abang Aireen. Kau boleh aje tambah anak lagi tanpa fikir masalah”, Omel Encik Hanz.
Encik Aidan meraup wajah.
“Aku memang ada niat nak tambah adik untuk dia orang. Tapi, Mika yang tak nak sebab dia takut Adwa makin marah pada dia. Al - maklumlah Adwa dah besar. Iman mungkin tak kisah sebab dia memang sentiasa sayangkan Mika”.
“Aku ada cara nak bantu kau. Tapi, kau kena berbincang dengan Mika sebab aku takut dia salah faham. Cara ini mungkin boleh membantu mengeratkan hubungan keluarga kau”. Ujar Encik Hanz.
Encik Aidan mula berminat.
“Apa caranya?”
Encik Hanz melorek senyuman senget.
“Caranya…”
+++
KENING Ulya bertaut tatkala dia perasan pandangan rakan sekelasnya tertumpu pada dirinya. Apa lagi yang pelik?
Dia rasa dia dah pakai contact lens dengan elok.
“Kenapa dengan dia orang?” Soal Ulya pada Orked.
“Entahlah Ulya. Mereka kata mata kau sangat unik. Betul ke mata kau macam itu, Ulya?” Soal Orked ingin tahu.
Ulya mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
Naive Angel
RomanceCantik, baik, manja dan naif. Itu ialah Ulya Tihani yang digelarkan Zafrel sebagai bidadari dari neraka kerana Ulya bermusuhan dengan Ahmad Zafrel disebabkan seorang Iman Mikael. Tapi, bagi Mikael pula Ulya merupakan bidadari yang naif kerana...