Papan kekunci laptop itu ditekan laju oleh Su Rok selepas diugut oleh Hae Yoon.
Video yang telah dirakam dan menampakkan wajah Il Sang Woo dilihat dengan fokus oleh Su Rok.
" macam mana ? Jelas dia kan " kata Hae Yoon
" ni jelas sangat , tapi kau nak aku buat apa dengan video ni ? " kata Su Rok
--
Jungkook yang sedang sibuk mengasah pisaunya mula memikirkan tentang pekerjaannya sekarang." aku takde jalan keluar " kata Jungkook
" aku buat cara apa pun , aku terperangkap dekat dalam dunia dia " kata Jungkook
" AISH !! Si*l ! Dasar pengkhianat ! "
Suara kuat dari luar membuatkan Jungkook mula bergegas keluar.
Nampaknya semua berang apabila melihat sebuah pengumuman dari pihak polis.
" hari ini , saya akan berikan sebuah rakaman menunjukkan bahawa Il Sang Woo telah melakukan kegiatan haram iaitu menjual serta memproses dadah. Bukan itu sahaja , dia juga telah menjual dadah kepada budak bawah umur " kata Su Rok
---
" kau nak aku buat apa ? " kata Su Rok" tikam tuan kau " kata Hae Yoon
" ha ? Ma-maksud kau apa ? Tikam siapa ? " kata Su Rok
" sebarkan benda ni kepada media " kata Hae Yoon
" kau jangan buat lawak . Kalau dia cari aku , macam mana ? Matilah aku nanti ! " kata Su Rok
" kalau macam tu , jelas sangat dia memang buat kerja tu kalau dia bunuh kau . Kau ada alasan untuk mati lambat " kata Hae Yoon
" aku akan buat , tapi dengan satu syarat . Aku nak kau lindungi aku kalau dia buat kacau " kata Su Rok
" heh , deal " kata Hae Yoon
--
Video rakaman itu dipaparkan pada wartawan . Suluhan cahaya kamera semakin banyak apabila video itu dimainkan." pihak polis akan keluarkan waran tangkap kepada Il Sang Woo dan akan menangkapnya dengan secepat mungkin . "
" kenapa dari dahulu tak tangkap Il Sang Woo ? " kata wartawan
" kerana kami tidak cukup bukti untuk menangkap beliau "
" apa jadi pula dengan Jungkook dan Kim Hyun Po ? Mereka juga orang yang dikehendaki polis bukan ?"
" adakah tuan buat semua ni kemungkinan disebabkan oleh ugutan oleh seseorang ? "
Soalan yang telah dikemukakan oleh wartawan itu membuatkan Su Rok kaku dan mula tidak menjawab soalan . Dia mula beredar dari situ dan membuatkan semua riuh mahu bertanya soalan.
" tch , dasar anak setan " kata Il Sang Woo
" kita nak buat apa ni ? Bunuh dia ? "
Jungkook tidak berminat dengan berita tersebut dan keluar menaiki keretanya .
---
Soju dituang ke dalam gelas dan terus meneguknya berulang kali ." Jungkook , kau dalam pihak yang salah . Itu yang kau kena sedar ! Il Sang Wo mempergunakan kau untuk kepentingan dia "
YOU ARE READING
BTD ( Breath To Death ) - Season 2
Action" dia dah takde , buang dia dalam hidup kau "