Jungkook dapat merasakan bahawa wanita itu akan memilih dirinya dari Jimin . Jimin kelihatan begitu resah kerana dia yakin dia hanyalah patung pemuas nafsu .
Jungkook hulurkan tangannya kepada Hae Yoon sambil memandang kedua iris matanya. Hae Yoon memandang tangan Jungkook.
Hae Yoon menyambut tangan Jungkook tanpa berfikir panjang . Jimin sudah tahu perkara ini akan terjadi disebabkan itu dia tidak terlalu menaruh harapan. Lantas Jungkook tersenyum sinis selepas Hae Yoon membuat tindakan yang ' tepat ' untuk memilihnya.
" Aku dah cakap , Hae Yoon pilih aku , kan sayang ?" Kata Jungkook lalu senyum kearah Hae Yoon.
Hae Yoon membalas senyuman itu dan berkata
" aku akan pastikan kau ikut aku ke neraka dan aku nak kau melutut dekat pakcik kau . Terbakar dengan aku " kata Hae Yoon
Terus Jungkook berikan reaksi wajah yang bingung. Tangan Jungkook dilepaskan dengan kasar .
" aku nak kau habiskan sisa hidup kau dengan cermat , tak lama lagi kau akan mati " kata Hae Yoon
Selepas mendengar kata-kata dari mulut Hae Yoon , Jungkook terus ketawa terbahak-bahak. Dari wajahnya yang senyum terus berubah menjadi wajah seekor iblis.
" baik . Aku tunggu . Tak bersama dengan kau kat dunia , neraka pun boleh " kata Jungkook lalu terus dia beredar dan meninggalkan mereka berdua.
Jimin hanya berdiam untuk seketika , betulkah apa yang Hae Yoon lakukan ? Kenapa dia pilih Jimin sedangkan jiwa raganya masih lagi berpaut kepada Jungkook ?
Hae Yoon cuba untuk pergi dari situ tetapi tanganya direntap Jimin .
" Kau kenapa ?!! Aku dah cukup gila bila dia buat kau sakit !! Sekarang apa pula ?!! Kau seakan beri tanda yang kau akan tinggalkan kitorang , tinggalkan aku ! " kata Jimin
Bipolar Disorder nya datang kembali .
" aku taknak hilang kau ! Cukup Kim Hyun Po ! Kalau kau mati , aku tak boleh teruskan hidup aku Hae Yoon !! Tolonglah faham untuk kali ni je ! " kata Jimin .
" bunuh diri jugalah kalau macam tu " kata Hae Yoon
Jimin memberikan wajah hairan atas jawapan Hae Yoon yang sangat ringkas.
" kalau kau tak boleh hidup tanpa aku , kau mati jelah . Jimin , aku tak banyak masa dah , aku kena habiskan riwayat Il Sang Woo selepas apa yang dia dah buat , aku takkan berhenti selagi benda ni tak selesai . Dan aku buat ni bukan untuk kepentingan aku , tapi untuk kita semua . Kau mati ke aku mati ke , tak akan ubah apa-apa . " kata Hae Yoon
" lepas dia mati , kita semua selesai . Masing-masing bawa hal sendiri " kata Hae Yoon
" tapi Hae Yoon - " kata Jimin
" cukup . Sebelum ketua dia mati , bunuh anak anjing dia dulu." kata Hae Yoon
---
" kau biar betul ?! "Balas temannya itu . Kelihatan dua orang konco Il Sang Woo sedang asyik berborak tentang suatu perkara .
" aku takde masa nak kencing kau "
" tapi kenapa dia gunakan Jungkook ? Dia takkan tak tahu akibatnya nanti ? Aku rasa dengan kita sekali , kepala kena penggal nanti "
" cuma Jungkook je tak tahu perkara sebenar . Aku rasa kalau dia tahu , dunia ni boleh ada perang dunia weh ! "
BAM !
Lelaki yang baru sahaja bercakap tentang Jungkook telah ditembak mati di kepala oleh Il Sang Woo.
Lelaki bersut hitam itu terus menghampiri mayat lelaki malang itu .
YOU ARE READING
BTD ( Breath To Death ) - Season 2
Action" dia dah takde , buang dia dalam hidup kau "