Episode 5

369 52 18
                                    

Dari adik boleh jadi laki kan ?!

Kata terakhir yang keluar dari mulut Jimin membuatkan Hae Yoon sendiri terkejut.

" sikiit pun kau tak pandang aku langsung lepas aku balik tadi ! Aku kena pukul dengan jantan kau tadi bukannya kau tahu ! " kata Jimin

" di-dia pukul kau ?! " kata Hae Yoon

" argh sudahlah ! " kata Jimin lalu mula menenangkan diri dan duduk di atas kerusi yang terletak di hadapan balkoni.

Jimin masih lagi menunjukkan wajah dan emosi yang geram tapi dia cuba menahan amarahnya untuk Hae Yoon.

Hae Yoon sudah lama perasan ada bekas lebam pada pipi Jimin yang mula kemerahan. Darah yang keluar disebabkan Jungkook pukul tadi sudah membeku.

Hae Yoon menghampiri Jimin yang sedang duduk menahan geram. Hae Yoon memegang luka di pipi Jimin tanpa segan silu.

" apa kau buat?! Sakitlah " kata Jimin lalu menepis tangan Hae Yoon

" kau nak aku letak ubat ? " kata Hae Yoon

Jimin hanya diam dan tidak langsung memandang Hae Yoon. Dia cuba untuk mengelakkan dari bertentangan mata dengan si bidadari di dalam hatinya itu.

Hae Yoon pergi dari situ , meninggalkan Jimin keseorangan .

Pada mulanya , Jimin berharap Hae Yoon akan mengambil ubat. Maka , lelaki itu duduk keseorangan di atas balkoni selama 20 minit.

Sejuk , seorang , sendu .

Ciri-ciri orang alone.

Jimin mula meramas rambutnya dan bangun untuk mencari sendiri peti kecemasan.

" dia ni bukannya nak letak ubat. Tak guna punya perempuan ! dia tak tahu ke aku sakit? Mata dengan otak sama kot , letak kat lutut ! Bengang aku " kata Jimin

Selangkah Jimin untuk turun ke tingkat bawah , dia pula tergamam selepas melihat Hae Yoon berada di hadapannya sambil menyandarkan diri kepada dinding.

" kau kutuk aku ? " kata Hae Yoon

Jimin mula rasa serba salah atas apa yang dia cakap, lagi bertambah serba salah apabila mata Jimin memandang tepat pada tangan Hae Yoon yang sedang memegang peti kecemasan.

" kau kata otak aku letak kat lutut ? " kata Hae Yoon

" t-tak ! Tak ! " kata Jimin

Jimin semakin gagap dan gelisah selepas melihat Hae Yoon mula menunjukkan wajah yang gerun.

" kau kata aku perempuan tak guna? " kata Hae Yoon

Setiap soalan yang diutarakan Hae Yoon ditambah dengan langkahnya untuk menghampiri Jimin.

Satu soalan , satu langkah .

" kau kata mata aku letak kat lutut ? "

Jimin yang tidak mampu berbuat apa-apa semakin ke belakang sehingga dia terduduk semula di atas kerusi tadi. Hae Yoon menahan Jimin dari bangun dengan meletakkan kedua tangannya pada kerusi.

Hae Yoon mendekatkan wajahnya terhadap Jimin dan memandang anak matanya lalu ke bibir. Jimin dapat merasakan dengusan nafas Hae Yoon. Jantungnya hampir meletup dan jiwanya mula meracau selepas Hae Yoon terlalu dekat sehinggakan hidung mereka bersentuhan.

" kau pikir aku nak rogol kau ke? " kata Hae Yoon

Hae Yoon mengambil peti kecemasan dan mengambil kapas serta ubat.

" kau nak aku duduk atas peha kau ke ? Turun sekarang" kata Hae Yoon

Jimin ditarik oleh Hae Yoon dan memaksa untuk duduk di bawah. Tanpa sengaja, Jimin telah mendekatkan bibirnya kepada Hae Yoon.

BTD ( Breath To Death ) - Season 2Where stories live. Discover now