" siapa lagi yang buat kalau bukan dia ?! Dia culik mak dengan adik aku ! " kata Murayama
" aku faham , bawa bertenang. Aku cuba cari jalan untuk selesaikan semua ni- " kata Hae Yoon
" kau tipu ! Berapa lama kita sabar ? Berapa ramai orang kita dah mati ? Semua sebab kau ! Kau sayangkan sangat lelaki jahanam tu sampai keluarga orang lain pun terlibat ! " kata Murayama
Kata- kata dari Murayama semuanya benar belaka. Hae Yoon buta disebabkan cinta palsu .
" aku rasa masa ni kita patut bertindak. Kita nak tunggu bila lagi ? " kata Cobra
Semua konco memandang Hae Yoon , menunggu jawapan darinya.
" tolong fikir kami Hae Yoon " kata Jimin
Begini rasanya jadi seorang ketua , dibebani dengan tanggungjawab.
" baik . Kita akan lawan mereka . Bersiap sedia , kita gerak lusa " kata Hae Yoon
---
Hari yang sama namun perasaan yang berbeza . Il Sang Woo sedang asyik meratap pistolnya itu sambil tersenyum sinis." Hae Yoon , pistol ni jadi saksi untuk peluru aku tembus badan kau. Kau akan tinggalkan dunia ni dan aku akan pegang komuniti kau " kata Il Sang Woo
Sedang leka lelaki itu berkata sendirian , seorang konconya masuk melulu ke dalam bilik tersebut.
" bos ! Mati kita ! Rumah yang kita ceroboh semalam rumah Murayama ! Rumah konco Hae Yoon . Mesti dia akan datang sini dan tebus balik apa yang kita dah buat "
Il Sang Woo sejujurnya mahu ingin terkejut tetapi dia gembira kerana sekurang-kurangnya dia boleh jemput Hae Yoon untuk datang ke tempatnya.
Il Sang Woo mahu memberikan respon namun seorang lelaki masuk ke biliknya dan mengarahkan konco mereka untuk keluar dengan segera.
" aku rasa kau dengar dia cakap apa kan ? Macam mana ? Nanti kekasih kau dengar berita ni , aku yakin memori yang berkaitan dengan Jungkook akan kosong macamtu je " kata Il Sang Woo
" kau sebenarnya dah tahu pasal benda ni , kan ? Tapi kau rahsiakan dari aku ! " kata Jungkook
Pistol yang dipegang dari tadi diletakkan di atas meja.
" kalau betul pun , kenapa ? Kenapa kau patut marah ? Haih , Jeon Jungkook . Aku tak tahu lah kau nampak ke tidak pengorbanan aku selama ni untuk kau . Aku buat semua ni untuk kau lupakan terus betina tak guna tu . Kau pun tak kenal dia siapa , oops . Kau pun tak ingat dia siapa " kata Il Sang Woo
Jungkook menerpa ke arah Il Sang Woo dan berikan pandangan tajam.
" kalau aku cakap , aku kenal dia ? Apa reaksi kau ?" Kata Jungkook
Il Sang Woo yang dari tadi senyum gembira namun selepas mendengar sesuatu dari mulut Jungkook , raut wajahnya terus berubah.
" apa maksud kau ? Sekarang kau nak cakap dengan aku yang ingatan kau-" kata Il Sang Woo
Belum sempat habis berbicara , badan Il Sang Woo ditolak ke dinding dengan kasarnya. Pistol tadi dirampas dan kini berada di tangan Jungkook.
" aku tak tahu macam mana aku boleh terdampar dekat jeti dan ketika itu aku nampak kau. Tapi yang pasti , kau bunuh konco aku dulu. " kata Jungkook
" tch , dari mana kau tahu ni ? Dari google ke ? " kata Il Sang Woo
" kambing hitam KITA . Kwon Jae Min " kata Jungkook
Beberapa minggu lepas , Jungkook berjumpa semula dengan Kwon Jae Min. Tidak disangka , segala kebenaran diceritakan oleh Kwon Jae Min sepintas lalu . Macam mana pertemuan Hae Yoon sehingga Jungkook berubah haluan sekarang.
YOU ARE READING
BTD ( Breath To Death ) - Season 2
Acción" dia dah takde , buang dia dalam hidup kau "