Episode 7

384 41 20
                                    

Air dijirus oleh Jimin membuatkan budak tersebut terbangun dari pengsannya selepas Taehyung memukul belakang kepalanya.

Hendak mencapai tangan untuk mengelap muka namun baru tersedar bahawa tangannya diikat pada kerusi.

" lepaskan aku ! "

" kau anjing Lee Jae Won ? " kata Hae Yoon yang baru datang dengan tangan berlumuran darah.

Mata budak lelaki itu mula ketakutan selepas melihat Hae Yoon menghampirinya. Ketakutan lebih bertambah apabila darah pada tangan Hae Yoon mula mendarat pada pipinya.

" aku taknak bazir masa untuk borak kosong dengan kau . Lee Jae Won sekarang dekat mana ? Aku nak dia hidup-hidup " kata Hae Yoon

" tch , bukan Il Sang Woo sasaran kau ? Kau nak bunuh mamat tu lepas jantan kau dah tinggalkan kau kan ! - "

Emosi Hae Yoon mula bertukar ganas selepas budak itu sengaja menyindirnya. Pisau yang berada di belakang badannya diambil dan dengan sekelip mata , pisau tersebut mendarat tepat pada peha budak itu.

Taehyung yang mempunyai hati tisu ingin menyelamatkan budak itu sekali lagi namun dihalang oleh Kim Hyun Po.

" biar dia buat kerja " kata Kim Hyun Po

Suara menjerit kesakitan mula kedengaran dalam bilik itu.

" cakap sekarang kalau kau taknak aku bagi kaki kau untuk anjing makan ! Sekarang ! Mana mamat b**** tu ?! " kata Hae Yoon

Masih lagi tiada jawapan selepas sudah melakukan banyak cara .

" b**** ! Susah sangat nak jawab ! Kau nak nampak aku jadi setan sangat kan ! Sekarang aku tunjuk ! " kata Hae Yoon

Cerek panas yang terletak di meja tersebut diambil Hae Yoon. Dia mula meletakkan cerek itu tepat di atas kepala budak lelaki tersebut.

" Hae Yoon , dahlah tu ! Kau nak budak ni mam*** ke? " kata Kim Hyun Po

" kalau dia hidup pun , bukannya boleh bagi apa yang aku nak ! Baik mati je " kata Hae Yoon

" baik ! Aku bagitahu ! Di-dia sekarang ni ada dekat markas baru dia ! Tu je yang aku tahu ! "

" dekat mana? " ringkas Hae Yoon

" aku bagitahu kau , nanti aku tunjuk "
---
Meja penuh dengan lambakan duit kertas hasil daripada jualan haram Lee Jae Won. Kakinya dengan senang diletakkan di atas meja sambil menghisap rokok.

" bos , banyak betul untung untuk minggu ni "

" tch , janganlah tanya soalan tak masuk akal macamtu. Takde sape boleh halang aku , Jungkook yang lama dah takde , dia pun dah ada dalam pihak kita. Semua berjalan lancar" kata Lee Jae Won.

" tapi bos yakin ke dia takkan ingat balik masa silam dia ? "

" kalau dia ingat , on the spot kita bunuh dia , apa susah . Eishh kau keluarlah , lepastu panggil mana-mana betina untuk layan aku " kata Lee Jae Won.

Lelaki tadi terus keluar untuk memenuhi hajat ketuanya. Dalam 30 minit lelaki tadi tidak muncul semula.

" apa yang lembab sangat dia buat kerja ni ? Cari betina je pun " kata Lee Jae Won

Pintu dibuka dan menunjukkan wajah anak perempuan Lee Jae Won. Ayahnya mula berasa pelik kenapa anaknya yang muncul.

" kenapa ni ? Daddy tak suruh awak datang sini pun , kenapa? " kata Lee Jae Won

BTD ( Breath To Death ) - Season 2Where stories live. Discover now