Episode 11

383 46 12
                                    

Mereka mengikuti kereta tersebut dengan sifat dengki yang membuak-buak. Kini , jangan lagi tunjukkan rasa belas kasihan kepada mereka.

Kereta berwarna hitam diikuti dengan cekap. Tidak mahu melepaskan peluang keemasan kali ini. Kelihatan Lee Jae Won bersama konconya sedang masuk ke dalam sebuah bangsal.

" sekarang ke Hae Yoon ? " kata Jimin

Hae Yoon memberi isyarat 'ya' kepada Jimin apabila dia mula memakai sarung muka untuk mengelakkan dari terkena asap pemedih mata. Jimin mula mengikuti langkah Hae Yoon sambil membawa pistolnya.

" kau cuma ada 7 minit . Kalau lebih, kita mati " kata Taehyung

Kini, nampaknya Hae Yoon dan Jimin terpaksa bekerjasama semula untuk melunaskan misi mereka.Sebelum masuk , Hae Yoon memberi isyarat kepada Jimin untuk masuk selepasnya. Senapang dipegang kemas oleh mereka.

Pintu ditendang kuat oleh Hae Yoon membuatkan ia terbuka. Lantas Jimin membaling gas pemedih mata ke dalam bangsal tersebut.

" lagi 5 minit " kata Taehyung

Asap memenuhi kawasan tersebut membuatkan mereka semua terpinga-pinga serta meraung kepedihan.

" apa ni?! tak guna s**** " kata Lee Jae Won

Sarung muka yang mempunyai penglihatan khas memudahkan lagi mereka. Dengan cekap Jimin dan Hae Yoon mula mencari target. Laser merah disuluh oleh mereka dan satu titik merah kini tepat di atas dahi Lee Jae Won.

Lee Jae Won hanya mampu tergamam selepas melihat ada dua senapang yang terletak kemas di hadapannya.

" ikut atau kau mati " Kata Hae Yoon

" 2 minit "

Jimin menarik Lee Jae Won keluar secara senyap. Sebelum keluar , Hae Yoon melekatkan sebuah bom pada dinding dan hanya tertera digit 005 sebelum ia meletup.

Dengan cepat mereka bertiga masuk kedalam kereta semula.

" masa tamat " kata Taehyung

Pada masa yang sama , satu ledakan bom sangat kuat kedengaran di belakang mereka. Sempat lagi Lee Jae Won melihat nasib konconya yang semestinya masing-masing sudah menjadi mayat.

" kerja bagus. Such a perfect combination " kata Kim Hyun Po

Lee Jae Won memandang Taehyung dengan pandangan merayu mengharap dia akan berinya peluang untuk menebus kesilapan.

Tapi , Lee Jae Won salah. Kini Taehyung bukan budak mentah yang dulu. Tanpa lengah masa, Taehyung menumbuk batang hidung musuhnya itu sehingganya pengsan. Semua di dalam kereta menyaksikan adegan Taehyung menjadi seorang lelaki yang berani.

" Sejak bila jadi budak jahat ? " kata Jimin

" Sejak bila jadi budak jahat ? " kata Jimin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

Matanya berpina selepas sedar dari pengsan.Lee Jae Won cuba meneliti kawasan di sekelilingnya dan mendapati dia dikepung dengan konco Kim Hyun Po.

BTD ( Breath To Death ) - Season 2Where stories live. Discover now