Jimin dan Taehyung duduk di dalam bilik mereka selepas seharian melakukan tugas yang diberi.
" kenapa dengan Hae Yoon sebenarnya ? Kau tak nak tahu pasal dia ke ? " kata Taehyung
" dia bukan ada kena mengena dengan kita pun , biarlah . Mungkin dia ada kisah silam dia . Takkan kita nak masuk campur " kata Jimin.
---
Hae Yoon berehat di atas rooftop dengan berkeadaan bandage di tangan selepas ditembak oleh Jungkook." bila tangan kau nak sembuh ? " kata Kim Hyun Po dan mula mendaratkan punggungnya dan duduk di sebelah Hae Yoon.
Asap rokok dihembuskan oleh Hae Yoon. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan Kim Hyun Po ketika ini.
" aku tahu kau marah , tapi kawal sikit Hae Yoon. Benda ni takkan settle kalau kau perangai macam ni. Buat masa sekarang , kita settlekan kerja lain dulu. " kata Kim Hyun Po.
Sempat dia menepuk bahu Hae Yoon sebelum pergi. Usai Kim Hyun Po pergi , air mata mula mengalir tanpa Hae Yoon sedar. Keperitan yang dirasainya memang tidak dapat nafikan lagi.
" kau ok ? "
Ungakapan yang selalu diucapkan itu mula membingitkan telinga Hae Yoon selepas beribu kali menanyakan soalan yang sama sahaja.
" pergilah ! Kan aku cakap taknak bincang pasal benda ni ! " kata Hae Yoon
Lelaki itu mula duduk di mana tempat Kim Hyun Po tadi . Kini , auranya berbeza dari Kim Hyun Po .
" aku Jimin lah . Hae Yoon , bagitahulah aku masalah kau apa . Aku berhak untuk tahu juga sebab kau team aku " kata Jimin
Walaupun Jimin tinggi dengan egonya , namun untuk wanita yang dia simpan perasaan sebaik sahaja mereka jumpa , dia akan cuba untuk mengalahkan egonya sendiri.
Air mata dilap rakus oleh Hae Yoon selepas Jimin menegurnya.
" tak payahlah , hal aku . Kau tak payah sibuk. Fokus kepada misi seterusnya je " kata Hae Yoon
" Hae Yoon , selagi kita tak settlekan kes kau , kau mesti tak dapat fokus kepada misi yang lain " kata Jimin
" kau budak lagilah . Kau tak tahu " kata Hae Yoon lalu mula menghisap kembali rokoknya.
" aku budak ? Kenapa kau sama macam Taehyung ? Suka panggil aku budak . Aku lebih tua dari korang tau " kata Jimin
" kenapa sebelum ni aku suruh kau rogol perempuan tu kau taknak ? Lelaki sejati boleh buat tapi kau , tch " kata Hae Yoon
" aku tak pernah merasai situasi tu ok , jadi aku tak tahu ! " kata Jimin membuatkan pipinya mula merah.
Hae Yoon hanya tertawa kecil selepas melihat innoncent Jimin . Jelas di matanya , walaupun Jimin seorang ahli kongsi gelap serta konco Kim Hyun Po , namun perwatakannya berbeza dengan Jungkook.
Hae Yoon mula membetulkan kedudukannya . Jimin hanya melihat Hae Yoon yang sudah ketagih dengan rokok dan menghembuskan asap rokok berulang kali.
" rokok tu tak sihat tau tak- "
" kau pernah jatuh cinta ? " kata Hae Yoon membuatkan Jimin mula terdiam. Leher milik Jimin mula dirabanya sendiri.
" kau percaya love at first sight ? " kata Hae Yoon
" Hae-Hae Yoon , kenapa kau tiba tanya macamtu ? Soalan apa yang kau nak tanya ni ? " kata Jimin yang mula serius antara perbualan mereka.
YOU ARE READING
BTD ( Breath To Death ) - Season 2
Action" dia dah takde , buang dia dalam hidup kau "