Last Part

53 5 1
                                    

BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#LastChapter

"DOOMMM!!! Aizat yang terkejut dengan kelajuan yang tiba-tiba meningkat membuka matanya dan tiba-tiba menarik stereng kereta dan membuat kereta mereka hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok.

"Aii..zatt..." Pak Lang cuba memanggil Aizat yang tercampak keluar ke depan kereta. "Jaanngaannn..." Kata Pak Lang pada perempuan yang muncul tadi sebelum pengsan.

"Mampus kau! Kau ingat kau boleh lawan aku? HAHAHAHA!!!" Kata Eiriana pada Pak Lang.

Zrreett... Zrreettt... Telefon Aizat bergetar tanda panggilan masuk. Eiriana mengambil telefon itu kemudian menjawab panggilan itu dengan tertawa.

"Aizat, Airiena hilang." Terdengar suara Alia dihujung talian.

"HAHAHA!!! Lembap. Belum kau bagi tahu pun, dia dah tahu. Sebab aku ada dekat sini depan ma... Hah! Mana kau?!!" Eiriana tiba-tiba terkejut melihat Aizat yang tiada di tempat yang dia lihat tadi. Eiriana menghempas telefon Aizat dan berpusing-pusing mencari Aizat.

"Aarrgghhh!!! AIZAT!!!" Jerit Eiriana sambil berlari ke sana sini. Tiba-tiba dia teringat akan Pak Lang dan menoleh ke arah kereta. Pak Lang tiada di situ.

"Mana kau orang nak sembunyi hah? Kau orang ingat kau orang boleh lari dari aku? Hahaha. Jangan mimpilah." Jerit Eiriana kemudian berlari jalan raya tadi. Matanya mula merah, wajahnya mulai berubah menjadi cacat sebelah.

Aizat sempat bersembunyi di dalam rumah tinggal tadi. Pak Lang juga sudah sedar sepenuhnya.

"Pak Lang, kita tak ada masa lagi. Pak Lang tunggu sini." Kata Aizat yang terduduk sambil menahan kesakitan.

"Kamu terluka parah Aizat. Airiena mungkin dah tak dapat mengawal tubuhnya lagi. Kita kena pergi secepatnya dari sini." Pak Lang cuba membantu Aizat untuk bangkit.

"Dah tak sempat. Ini, Pak Lang mulakan. Saya akan hadap Eiriana bila dia muncul nanti." Aizat memberi benda kuning tadi pada Pak Lang berserta pemetik api.

"Kau yakin? Kau mungkin akan..." Pak Lang tidak dapat meneruskan kata-katanya. Aizat tersenyum.

"Kalau itu takdirnya, saya rela." Pak Lang menepuk bahu Aizat.

"Semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah SWT." Pak Lang tersenyum kemudian mencari sudut yang agak tersorok.

Pak Lang mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan membuka kain kuning itu.

"Aaaaaaa!!! Huarrgghhh!!!" Eiriana mula menjerit histeria. Tiba-tiba dia merenung ke arah kawasan rumah tinggal dan berlari ke arah itu, dengan sekelip mata sahaja sampai di depan rumah. Baru dia hendak melangkah masuk Aizat keluar.

"Kau cari mati kan! Haarrgghhh!!!" Eiriana menerpa laju ke arah Aizat dan mencekiknya. Aizat berusaha menahannya. Mulutnya cuba membaca ayat-ayat ruqyah.

Eiriana yang terasa panas membakar melemparkan Aizat ke arah pokok yang berdekatan. Sambil meronta-ronta kesakitan dia masih memukul dan menendang Aizat ke sana sini. Aizat masih terus cuba bertahan.

"Bluerk." Aizat cuba untuk berdiri lagi selepas dia muntah darah. Mulutnya masih membaca.

"HAHAHAHA! HAHAHA! HAHAHAHA!!!" Eiriana ketawa mengilai kemudian mengikut bacaan ayat-ayat suci yang dibaca Aizat. Aizat masih tenang dan terus membaca. Eiriana menerpa Aizat dan mencekiknya sekuatnya.

Tiba-tiba tangan Eiriana terlepas dari leher Aizat dan Aizat jatuh melutut di hadapannya. Airmatanya mengalir sendiri. Eiriana cuba menggerakkan tangannya tapi tak berdaya. Aizat tersenyum lemah dan terus membaca lagi walaupun dia sudah hampir tak berdaya.

BAYANGAN [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now