Part 1

335 17 0
                                    

#BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#ChapterOne

Zafuan berjalan mundar mandir di hadapan pintu labour room. Kerisauan melanda dirinya saat doktor mengatakan bahawa isterinya, Alia harus menjalani pembedahan bagi melahirkan anak mereka.

"Sabar anak. Mari duduk sini istighfar banyak-banyak." Tegur mak cik sekuriti yang bertugas. Zafuan diam dan duduk di kerusi yang disediakan. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa.

"Ya Allah. Selamatkanlah isteri dan anakku." Zafuan mengaminkan doa yang baru habis dibaca.

Tiba-tiba pintu wad di buka. Zafuan segera bangun dan meluru pada doktor.

"Tahniah. Isteri encik selamat melahirkan bayi perempuan."

"Alhamdulillah... Terima kasih doktor." Zafuan tersenyum bahagia dan menanti isterinya keluar bersama anaknya.

Selepas 20 minit, pintu terbuka lagi. Dua orang jururawat menolak katil pesakit ke arah wad biasa. Zafuan yang melihat isterinya segera bangun dan meluru ke arah mereka dengan senyuman. Sebaik melihat isteri dan anaknya, senyumannya mati. Fikirannya terganggu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
**10 TAHUN KEMUDIAN**

"Airiena... Jangan main jauh-jauh anak." Tegur Alia sambil meletakkan teko teh, dan cawan yang di bawanya.

"Biarlah dia. Saya tengah perhatikan ni." Kata Zafuan kemudian mencapai air teh yang dituang isteri lalu di hirup perlahan.

"Tak adalah abang. Saya risau sikit je."  Alia.

"Apa yang awak nak risaukan. Anak kita dah besar. Alhamdulillah hidup kita pun semakin baik. Semua rezeki anak." Zafuan.

Alia diam membisu. Airmatanya mengalir tiba-tiba. Dia berpaling menyembunyikan wajahnya.

Zafuan memaut bahu isterinya. Disapu airmata yang mengalir.

"Sudahlah Alia. Kita dah puas mencari tapi tak jumpa. Insya Allah nanti kita akan jumpa juga. Kita doa banyak-banyak supaya dimana dia berada dalam keadaan selamat dan bahagia ya." Pujuk Zafuan.

"Ialah abang. Saya pun harap dia selamat dan bahagia." Alia menyeka air matanya. Dia kembali melihat Airiena.

"Abang. Mana Airiena? Airiena... Airiena..." Alia meluru mencari anaknya di ikuti Zafuan.

"Airiena. Airiena." Jerit Zafuan sambil berlari mencari anaknya.

"Sana abang. Airiena!" Jerit Alia pula.

Airiena tidak memandang atau menjawab panggilan ibu dan ayahnya. Dia hanya diam dan berjalan masuk ke rumah.

"Abang..." Alia cuba menarik tangan suaminya tapi gagal. Zafuan lebih dahulu ke arah Airiena. Tangan Airiena di tarik menghadap mereka.

"Kenapa Airiena tak jawab bila ibu dengan ayah panggil? Mana belajar perangai macam ni?" Marah Zafuan.

"Jangan kacau laa." Kata Airiena dengan kasar. Alia dan Zafuan terkejut dengan kata-kata Airiena.

"Airiena! Kenapa kurang ajar ni? Kamu tak pernah..." Belum sempat Alia menghabiskan kata-katanya, Airiena terus lari masuk ke dalam biliknya. Alia berpandangan dengan Zafuan.

"Dia tak pernah buat perangai begitu abang. Dalam dua hari ni saja kadang-kadang dia berperangai pelik. Tak seperti Airiena yang kita kenal." Alia.

"Tak pernah lagi dia diam bila kita panggil. Kenapa dengan anak kita ni?" Zafuan bingung memikirkan perubahan anaknya.

"Kita bawa ke doktor esok abang." Cadang Alia. Zafuan memandang isterinya lama. Dengan perlahan dia mengangguk tanda setuju. Dia buntu memikirkannya.

BAYANGAN [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now