#BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#ChapterTwoAiriena membuka matanya perlahan-lahan. Silau cahaya menyukarkan dia membuka matanya.
"Ouch." Airiena memegang kepalanya yang sakit. Dia cuba mengingati apa yang berlaku dan matanya terus terbuka luas melihat sekeliling.
'Ehh. Dekat pejabat ayah. Bukan aku pengsan dekat depan tandas ke tadi? Kepala aku pun memang sakit lagi pasal terhentak kat lantai. Macamana aku boleh ada dekat sini.' kata Airiena di dalam hatinya. Matanya melilau mencari ayahnya.
"Mana ayah ni." Airiena tertanya sendiri. Airiena cuba untuk bangun tapi badannya terasa lemah. Pintu dibuka dari luar dan muncul Shiela pembantu peribadi ayahnya.
"Cik dah sedar. Alhamdullillah... Cik pengsan tadi dekat depan toilet." Kata Sheila sambil membawa ubat tahan sakit dan segelas air putih. Airiena mencapai ubat dan menelannya.
"Lama ke saya pengsan? Encik Zafuan mana?" Tanya Airiena.
"Cik Airiena pengsan lebih kurang dua jam setengah cik. Encik Zafuan ada meeting. Dia minta saya tolong tengokkan cik." Airiena bangkit dan mencari sesuatu.
"Saya tak apa-apa. Ada nampak telefon saya?" Shiela mengambil telefon Airiena dan memberi pada Airiena.
"Shiela, siapa yang angkat saya tadi?"
"Oh, bakal tunang cik."
"Bakal tunang? Siapa?" Tanya Airiena terkejut.
"Encik Aizat. Encik Zafuan yang kata dia bakal tunang cik. Maaf kalau saya salah." Jawab Shiela sedikit takut melihat perubahan Airiena.
"Oh, Aizat. Betullah tu. Tapi macam mana dia tahu saya pengsan?" Tanya Airiena yang tiba-tiba menjadi lembut semula.
"Kebetulan saya lalu di situ dan nampak cik tak sedarkan diri dan telefon cik berbunyi, panggilan dari encik Aizat. Itu yang saya beritahu encik Aizat mengenai cik." Terang Shiela panjang lebar.
"Terima kasih Shiela."
"Sama-sama cik. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya."
"Baiklah. Saya nak sambung kerja. Kalau ada apa-apa nanti saya panggil awak ye. Terima kasih." Sheila tersenyum dan mengangguk, kemudian terus keluar.
"Aizat." Airiena tersenyum melihat log panggilan. Kemudian dia membuat kerja-kerja yang di tinggalkan ayahnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Hoi bro. Kau ok ke tak ni? Apa masalahnya ni? Termenung je dari siang tadi?" Soal Nizam kawan baik dan kawan sekerjanya.
"Tak ada apalah."
"Kau jangan tipu aku bro. Aku bukan baru kenal kau. Gaduh dengan Airiena?"
"Tak. Kita orang tak gaduh pun. Cuma aku terasa aku tak layak bersama dia."
"Hah? Asal pula? Sebelum ni elok je." Tanya Nizam kehairanan.
"Kau tak tahu ke siapa Airiena sebenarnya?" Tanya Aizat hairan. Setahu dia semua yang di pejabat sudah pun mengetahui siapa Airiena sebenarnya.
"Tahu benda kau ni? Asal? Siapa dia? Adui... Aku masuk setengah hari je hari ini. Ada apa-apa yang aku terlepas ke?"
"Airiena anak Encik Zafuan."
"Hah? Encik Zafuan bos kita tu?" Aizat mengangguk lemah. " Jadi dia tu bos kita nanti?" Aizat mengangguk lagi.
"Fuhh gila beb. Awek kau bos besar tu."
"Kau diamlah! Aku bukan nak pun awek aku orang berpangkat atau apa-apalah. Masalahnya dia tak pernah pun bagitahu aku. Dia tipu aku. Kau tahu tak! Dia tipu aku!" Marah Aizat.
YOU ARE READING
BAYANGAN [ COMPLETE ]
HororMenjadi satu-satunya permata di dalam keluarga merupakan perkara terindah bagi sesiapa sahaja. Begitu juga pada Airiena. Airiena hidup bahagia selama 20 tahun bersama ibubapanya, Alia dan Zafuan. Hidup mereka sekeluarga penuh dengan memori indah yan...