Part 3

110 8 3
                                        

#BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#ChapterThree

"Awak. Kita dah sampai." Panggil Aizat bila melihat Airiena masih menutup matanya. Airiena pun membuka matanya dan tersenyum puas saat melihat lautan yang terbentang luas. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk bersantai atau berbincang di situ.

"Awak... Saya nak makan kacang rebus." Rengek Airiena manja. Aizat tersenyum sahaja melihat kekasih hatinya.

"Awak pergi dekat pondok biasa dulu. Nanti saya beli bawa ke sana yer."

"Ok sayang." Airiena menjawab laju dengan senyuman yang meleret. Dia keluar tanpa menunggu balasan dari Aizat dan menuju ke tempat biasa mereka.

Airiena duduk di tempat biasa mereka sambil menikmati pemandangan indah di hadapannya. Itulah tempat kesukaannya. Airiena merenung ke arah Aizat.

'Sungguh pun awak masih marah dekat saya, awak masih memahami saya, kan. Sebab itu saya sayang sangat dekat awak.' Airiena berkata sendiri.

"Seluas-luasnya lautan ini, luas lagi rinduku padamu." Bisik satu suara perempuan membuat Airiena terbangun dan berpusing-pusing mencari gerangannya. Tiada siapa. Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Airiena berpaling dengan terkejut.

"Sayang? Kenapa ni? Sayang ok tak?" Tanya Aizat kerisauan melihat keadaan Airiena yang tidak tentu arah.

"Saya... Saya ok. Aizat, kita borak dalam kereta jela yer." Pinta Airiena dengan cemas dan kemudian dia berlari masuk ke dalam kereta.

"Dah kenapa pula Airiena ni? Dari siang tadi macam ada yang tak kena saja." Aizat berkata sendiri sambil memerhatikan Airiena.

"Ni kacang awak. Awak ok ke tak ni?" Tanya Aizat sebaik masuk ke dalam kereta.

"Saya ok, cuma pening sikit je. Kita cerita waktu balik ya." Aizat hanya mengangguk kemudian mula memandu keluar dari kawasan itu.

Mereka hanya diam sepanjang perjalanan. Airiena asyik terfikir siapa yang berkata-kata dengannya. Aizat pula mencuri-curi pandang ke arah kekasihnya.

Tiba-tiba Aizat memberhentikan kereta. Barulah Airiena tersedar yang dia sudah sampai di rumah.

"Sorry sayang. Saya terlalu banyak fikir tadi. Saya minta maaf." Airiena.

"It's okay. Tak apa awak. Saya faham. Kita bincang hari lain sajalah. Sekarang saya nak awak masuk, rehat dulu." Pujuk Aizat sambil membelai rambut Airiena. Airiena tersenyum dan mengangguk.

"Sayang..." Panggil Airiena dengan manja membuat Aizat tersenyum.

"Apalah yang dia nak tu?" Sengaja Aizat berkata begitu sambil tersenyum.

"Tak adalah... Nak tanya je. Awak hantar saya ke sini? Jadi awak nak balik naik apa?"

"Ehh? Ingat lagi pasal saya? Ingat awak tak ingat dah pasal saya?"

"Ingatlah!"

"Adududuh. Sakitlah sayang. Nizam ambil saya nanti. Awak tak payah risau yer." Kata Aizat sambil menggosok lengannya yang pedih di cubit Airiena.

"Jomlah masuk dulu sementara tunggu Nizam sampai." Airiena terus turun tanpa menunggu balasan dari Aizat dan terus berjalan masuk ke dalam rumah.

"Ish dia ni. Langsung tak tunggu aku. Nizam ni pun satu, lembap sangat kenapa." Bebel Aizat geram tapi tetap mengikuti langkah Airiena.

"Ehh Aizat... Masuklah. Kamu dua dah makan ke? Kalau belum ada lagi lauk tu. Boleh makan." Pelawa Alia.

"Tak apa mak cik. Kejap lagi si Nizam sampai. Terima kasih mak cik." Balas Aizat sedikit gelisah serta gugup. Itu kali pertama dia bertemu ibu Airiena, Alia. Namun ibu kekasihnya itu sangat peramah dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

BAYANGAN [ COMPLETE ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang