Part 8

71 5 1
                                    

#BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#ChapterEight

Tok! Tok! Tok! Alia yang terdengar bunyi ketukan segera menoleh ke arah pintu wad. Muncul Aizat di situ. Alia segera memberi isyarat meminta Aizat untuk diam kerana Zafuan baru saja tertidur.

Aizat mengangguk lalu mendekati mereka dengan berhati-hati. Dia tidak mahu membuat Zafuan atau Airiena terjaga. Dia duduk di kerusi yang disediakan diselah katil Airiena dan kebetulan di sebelah Alia juga.

"Macam mana keadaan Airiena, ibu?" Alia menggeleng perlahan sambil mengeluh.

"Dia masih dalam pengaruh ubat. Doktor kata esok baru pastikan sama ada Airiena dapat sedar atau koma." Balas Alia.

"Sayang..." Panggil Aizat sayu.

'Awak, maafkan saya selalu menyusahkan awak. Saya sayangkan awak.' Airiena yang berada di sebelah Aizat, menitiskan airmatanya. Tangannya cuba mengusap wajah kesayangannya, namun tidak berjaya.

'Hahahaha... Tak dapat sentuh lagi ke? Biar aku tolong. Hahahaha.' sindir Eiriana sambil tangannya ingin menyentuh Aizat.

'Jangan kau berani kacau mereka!' Tempik Airiena saat menepis tangan Eiriana.

'Kau ingat kau dapat kalahkan aku? Aku tetap akan rampas segala yang menjadi milik kau! Ingat tu!' balas Eiriana lalu terus menghilang.

Tiba-tiba tubuh badan Airiena bergoncang kuat membuat Aizat dan Alia menjerit-jerit memanggil doktor. Roh Airiena juga panik melihat keadaan tubuhnya.

Doktor dan jururawat berusaha menstabilkan keadaan tubuh Airiena.

'Ya Allah, kenapa lagi ni?' Airiena merasakan suatu aura yang pelik dari tubuh badannya. Serta merta dia cuba untuk masuk ke dalam badannya. Saat itu juga Eiriana tiba-tiba muncul lalu masuk ke dalam badan Airiena.

Badan Airiena berhenti bergoncang setelah jururawat mencucuk ubat penenang.

"Dia tak apa-apa sekarang. Pesakit mengalami radang sendi yang menyebabkan tubuhnya bergoncang kuat. Buat masa sekarang pesakit sudah kembali normal. Jika ada apa-apa yang berlaku boleh panggil kami semula ya."

"Baik doktor. Terima kasih." Aizat.

"Sama-sama." Doktor pun berlalu pergi meninggalkan Aizat, Alia dan Zafuan.

"Aizat, kamu kalau nak balik, balik laa dulu. Tak apa, Airiena biar kami yang jaga. Kasihan kamu, waktu ayah dekat wad kamu pun asyik dekat sini. Sekarang Airiena pula. Baliklah rehat." Kata Zafuan.

"Ayah, izinkan Aizat menjaga Airiena dan ayah disini. Aizat tak akan tenang kalau Aizat tunggu di rumah. Aizat tahu yang Aizat belum menjadi suaminya. Aizat tak ada hak untuk menjaga Airiena dan ayah di sini. Tapi Aizat merayu supaya ayah benarkan Aizat tetap disini untuk menjaga ayah dan Airiena." Kata Aizat panjang lebar membuat Zafuan serba salah.

"Janganlah kata macam tu. Ayah tak menghalang pun kamu nak menjaga kami. Ayah tahu kamu ikhlas, jujur dan betul-betul sayangkan Airiena. Ayah berterima kasih sangat pada kamu sebab sudi menjaga kami walaupun kamu belum berkahwin dengan Airiena. Terima kasih sangat-sangat Aizat." Balas Zafuan terikut emosi Aizat.

"Sudahlah kamu berdua. Jangan nak berdrama sangat depan Airiena. Kalau dia dengar ni. Mungkin perkara pertama yang dia buat adalah ketawa dulu." Kata Alia kemudian tertawa bersama Zafuan dan Aizat.

"Berehatlah dulu. Harap-harap esok semuanya akan kembali pulih seperti sediakala." Tambah Alia.

"Aamiin." Zafuan dan Aizat berkata serentak.

*************************
Aizat membuka matanya dan membetulkan duduknya sambil menggeliat.

"Airiena?!!" Aizat menjerit nama Airiena kerana terkejut melihat Airiena tiada di katilnya.

BAYANGAN [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now