Part 6

145 11 5
                                        

#BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#ChapterSix

"Eiriana? Siapa Eiriana ayah, ibu?" Soal Airiena yang turut berada di situ. Zafuan memandang Airiena dan Alia silih berganti. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kebenarannya pada Airiena. Namun kini mahu atau tidak, kebenaran terpaksa di ungkap.

"Ayah? Ibu? Jawablah? Airiena ada adik atau kakak ke?" Tanya Airiena lagi sedikit kuat. Entah kenapa airmatanya begitu mudah mengalir.

"Sabar awak. Sekarang bukan masa untuk tunjuk emosi awak. Ingat sikit ayah tengah sakit tu." Kata Aizat cuba menenangkan Airiena. Airiena mengesat airmatanya bila melihat ayah dan ibunya yang tertunduk diam dengan muka yang penuh rahsia.

"Ok. Kalau ayah dengan ibu tak nak jujur dengan Airiena tak apa. Lambat atau cepat Airiena akan tahu juga siapa Eiriana." Kata Airiena dan terus berlalu keluar dengan beg tangannya.

"Maaf ayah, ibu. Aizat pergi pujuk dia dulu ya." Kata Aizat dan terus berlalu keluar mengejar Airiena.

"Airiena. Airiena, tunggulah sayang." Panggil Aizat membuat Airiena berhenti berlari.

"Awak, hantar saya balik boleh?"

"Betul nak balik? Tak nak teman ayah malam ni?" Airiena hanya menggeleng menjawab pertanyaan Aizat.

"Ok, jomlah saya hantar awak balik." Sambung Aizat.

Mereka menaiki kereta dan memandu keluar dari hospital. Aizat mencuri-curi pandang pada Airiena.

"Awak okey ke? Bukan apalah kan tengok awak macam tak okey je. Janganlah fikir sangat. Mungkin ada perkara yang ayah dengan ibu tak dapat nak bagi tahu sekarang, mungkin mereka akan bagi tahu nanti." Aizat cuba memujuk.

"Susah sangat ke dia orang nak jujur? Bukan saya minta apa pun, saya minta mereka jujur je."

"Ia, tapi awak cuba sabar sikit. Kawal sikit amarah awak tu. Kalau awak tanya dalam keadaan marah pun tak guna juga sebab mereka takkan bagitahu awak perkara sebenar. Mungkin mereka takut kehilangan awak kalau awak tahu perkara yang sebenar, jadi awak kenalah bersabar sikit." Bebel Aizat pula membuat Airiena terdiam. Aizat memberhentikan kereta di hadapan rumah Airiena.

"Balik hati-hati." Kata Airiena sebelum Aizat sempat berkata apa-apa dan dia meluru turun masuk ke dalam rumah.

"Haiihh... Kenapalah kau ni degil sangat sayang." Keluh Aizat kemudian memandu pulang ke rumah.

Airiena masuk ke biliknya sebaik mengunci pintu semula. Dia berbaring sambil menghadap kipas siling.

'Siapa dia? Kenapa nama aku dan dia hampir sama? Jadi selama ini, bukan aku seorang anak ayah dan ibu? Tapi kenapa mereka sembunyikan dia dari aku? Mungkin ke dia kembar aku?' Otaknya ligat memikirkan siapakah Eiriana.

Tiba-tiba Airiena tidak dapat bergerak. Badannya kaku walaupun sedaya upaya dia melawan.

"Kenapa kau kacau aku lagi? Lepaskan aku!" Jerit Airiena sambil mencari bayangan itu. Dia tetap berusaha untuk bangun dan lepas dari ikatan yang berupa bayang-bayang hitam.

"KAU TAK NAK TAHU SIAPA AKU? BUKAN KE KAU YANG SIBUK MEMANGGIL AKU!" Kata suatu suara garau.

Bayangan itu muncul di kipas. Airiena yang ketakutan meronta-ronta cuba melepaskan diri. Bayangan itu tiba-tiba terjun ke arah Airiena. Airiena memejamkan mata dan menoleh ke kanan.

"HAHAHAHA! TAKUT? HAHAHAHAHA!!!" Airiena melihat ke seluruh pelusuk mencari bayangan itu tapi tiada. Airiena terasa yang dia sudah boleh bergerak dan segera dia bangun dan berlari keluar dari biliknya.

"Hurghh... Hurghh..." Airiena menarik dan menghembus nafas kasar kerana ketakutan. Dia berlari masuk ke bilik ibu dan ayahnya dan menyorok di tepi almari.

BAYANGAN [ COMPLETE ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang