BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#ChapterNine"Airiena, mari sini sekejap." Panggil Zafuan. Eiriana diam terus ke almari kasut untuk mencari kasut yang sesuai.
"Airiena!" Tegas Zafuan dengan suara yang kuat membuat Eiriana terkejut.
"Ya ayah?" Balas Eiriana terus melupakan hasrat untuk mencari kasut dan berlalu duduk di hadapan ayahnya. ' Adui... Macam mana boleh lupa aku Airiena.' bebel Eiriana didalam hati.
'Ting Tong.' bunyi loceng pintu.
"Alia, jemput Aizat masuk."
"Baik abang." Alia segera ke pintu menjemput Aizat ke ruang tamu.
"Assalamualaikum ayah." Aizat bersalaman dengan Zafuan.
"Waalaikumussalam. Baguslah kamu dah sampai ni. Duduklah dulu, ada perkara ayah nak bincang dengan kamu berdua." Zafuan. Alia muncul dari dapur dengan dulang air. Dia menyusun air untuk setiap orang kemudian duduk di sebelah suaminya.
"Perkara apa nak bincang? Saya ada hal penting ni." Kata Eiriana.
"Tak ada perkara yang lebih penting dari perkahwinan kamu, Airiena."
"What? Kahwin?" Airiena terkejut.
"Yes. Ayah nak perkahwinan kamu berdua dipercepatkan." Zafuan.
"Arrgghhh tak ada. Aku tak ada masa nak layan perkara macam ni." Bingkas Eiriana sambil bangun mencapai beg tangannya hendak keluar. Belum sempat dia melangkah, tangannya di tahan oleh Aizat.
"Kenapa dengan awak ni? Awak sedar tak apa awak cakap ni?" Aizat cuba memujuk Eiriana yang di sangka Airiena.
"Sedar. Memang aku sedar. Aku baru sedar yang kau tu cuma nak dengan harta aku je. Kau bukan ikhlas pun dengan aku." Eiriana berkata sombong dengan tangannya disilangkan.
"Airiena!!!" Laung Aizat yang sudah berdiri menahan amarah. Kata-kata Airiena tadi ibarat duri pada hatinya.
"Kenapa? Sakit dengar kenyataannya?" Kata Eiriana sengaja memanaskan keadaan.
"Enough! You're too much Airiena!" Tengking Zafuan tiba-tiba. Eiriana menjeling pada Aizat yang sudah bersalaman dengan Zafuan.
"Maafkan Aizat, Aizat minta diri dulu." Kata Aizat sewaktu bersalaman dengan Zafuan dan kemudian hendak berlalu pulang. Namun langkahnya dihentikan oleh Zafuan.
"Aizat, kalau kamu masih hormat pada ayah lagi, dengar cakap ayah. Airiena, suka atau tidak kamu akan berkahwin dengan Aizat." Tegas Zafuan.
"Tak nak! Aku tak akan kahwin dengan dia. Susah sangat ke nak faham apa aku kata!" Jerit Eiriana.
"Susah sangat ke awak tanya? Hampir empat tahun awak, empat tahun kita berkawan, berkongsi suka dan duka, jatuh bangun kita. Bukan sekejap masa berlalu. Sekarang bila kita dah nak kahwin, awak nak buang semuanya?" Luah Aizat penuh emosi.
"Eh! Lantaklah apa aku nak buat pun! Rimaslah aku dengan kau ni! Tak faham bahasa langsung!" Tengking Airiena. Aizat terkesima dengan sikap Airiena. Aizat memandang Zafuan dan Alia yang kecewa dengan tindakan Airiena. Tiba-tiba Aizat teringat sesuatu. Jantungnya berdegup kencang.
"Airiena. Ayah nak kamu berikan sebab munasabah kenapa kamu mesti batalkan perkahwinan kamu? Kalau tak ada, perkahwinan ini akan tetap diteruskan sama ada kamu suka atau tidak!!!" Marah Zafuan pula.
"HAHAHAHAHAHA!!!"
"Tak apa ayah. Kita bagi masa lagi pada Airiena. Mungkin dia masih kurang sihat. Sebab tu dia buat macam ni." Pintas Aizat cuba menenangkan Zafuan sambil memberi isyarat pada Zafuan. Zafuan seolah faham hanya mendiamkan diri.
YOU ARE READING
BAYANGAN [ COMPLETE ]
HorrorMenjadi satu-satunya permata di dalam keluarga merupakan perkara terindah bagi sesiapa sahaja. Begitu juga pada Airiena. Airiena hidup bahagia selama 20 tahun bersama ibubapanya, Alia dan Zafuan. Hidup mereka sekeluarga penuh dengan memori indah yan...