Part 10

37 2 0
                                        

BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#ChapterTen

"Airiena Zafuan! Opps silap, Eiriana Zafuan!" Jerit Aizat seperti orang hilang akal. Eiriana terkejut mendengar Aizat menyebut namanya.

"Kau?" Eiriana kehilangan kata-katanya.

"Kenapa? Terkejut aku dah tahu kau siapa? Kau dengar sini baik-baik ya. Kau jangan nak cuba rosakkan company atau cederakan ibu dengan ayah kau. Aku tak tahu macam mana kau perangkap Airiena, tapi aku tak akan tinggal diam. Aku akan jaga orang-orang yang aku sayang. Ini janji aku!" Aizat memberikan amaran keras pada Eiriana. Eiriana terdiam seketika kemudian ketawa mengilai.

"HAHAHAHAHA! Kau bukan lawan aku budak mentah. Dan Airiena kau tu dah mati! HAHAHAHAHA!" Eiriana ketawa mengilai.

"Aku tak percaya dia dah mati. Aku akan bawa dia kembali dan kau tunggu saja pembalasan kau." Gertak Aizat.

Tiba-tiba Aizat tertolak ke belakang hingga tersandar ke dinding. Kedua tangannya mencekik dirinya sendiri. Aizat cuba untuk mengawal tangannya sendiri tetapi dia gagal.

Tiba-tiba Eiriana terpelanting melanggar cermin besar di dinding dan jatuh ke lantai. Cermin itu retak sedikit dan Eiriana muncul di dalam cermin yang retak.

"Cukup Eiriana. Jangan sakiti orang-orang yang aku sayang!" Kata Airiena yang berusaha untuk berdiri. Aizat jatuh terduduk dan terbatuk-batuk membetulkan nafasnya. Dia melihat ke arah Airiena dan dapat melihat bayangan Eiriana yang berada didalam cermin.

"Tak, ini tak mungkin berlaku. Kenapa aku boleh terkeluar!" Eiriana meracau dan mengetuk-ngetuk cermin untuk keluar.

"Ini yang seharusnya terjadi. Kau terlalu jahat Eiriana. Aku cuba untuk terima kau sebab kau kakak aku. Tapi kau sikit pun tak hargai." Marah Airiena sambil menahan darah di sikunya. Aizat mendekati Airiena lalu melihat luka di siku kanan Airiena. Darah mengalir laju membuatkan Airiena pening dan hampir pitam.

"Sheila, tolong ambik first aid segera!" Jerit Aizat sambil memapah Airiena keluar dari bilik itu.

"Cik Airiena! Kenapa ni Encik?" Soal Sheila sambil mengeluarkan peti kecemasan.

"Nanti sajalah saya terangkan. Tolong keluarkan kereta saya dekat parking lot. Saya nak balut dulu luka Airiena, lepas tu saya bawa dia turun." Tangan Aizat laju menyerahkan kunci dan kemudian mula membersihkan luka dan membalutnya. Sheila menurut tanpa bertanya apa-apa lagi segera mengambil barangan pentingnya dan bergegas ke lift untuk turun.

"CIK AIRIENA?" Sheila terjerit ketika pintu lift terbuka. Airiena yang separa sedar segera hendak bangun namun ditahan Aizat.

"Sheila tunggu kami!" Sheila yang tergamam hanya berdiri didepan lift termangu melihat ada dua Airiena cuma bezanya yang didalam lift itu hanya bayangan sahaja.

"Sheila cepat. Nanti saya ceritakan. Abaikan apa yang awak nampak. Cepat." Kata Aizat sambil mendukung Airiena. Sheila segera membantu Aizat membawa barang Airiena dan turun melalui lift bomba.

"Naik kereta aku je." Sheila cuba menenangkan hati dan fikirannya. Sebaik saja sampai ke bawah, mereka segera ke arah kereta Sheila.

"SHEILA CEPAT!" Jerit Aizat sebaik melihat sebuah kereta meluncur laju ke arah mereka. Sheila dapat mengelak dan segera membuka pintu untuk Aizat meletakkan Airiena. Sheila masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin sementara menunggu Aizat dan Airiena.

"Ok Sheila, cepat ke hospital." Kata Aizat sebaik menutup pintu kereta.

"Aku rasa kau kena pakai seat belt. Pakaikan untuk Airiena sekali." Kata Sheila sambil mengintai ke tempat duduk belakang memerhatikan Aizat memakai tali pinggang keselamatan.

BAYANGAN [ COMPLETE ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang