Bab 7 - Dia cemburu ke?

3.1K 104 41
                                    

Apabila hujung minggu tiba, Lisa mengajak Iman keluar menonton wayang di Midvalley. Iman yang pada mulanya mahu habiskan masa dirumah terpaksa ikut kehendak Lisa. Perempuan tu pandai betul pujuk dia. Entah macam manalah Iman boleh cair dengan pujuk rayu Lisa. Hmm...

"Menyesal aku bayar cerita tu. Macam entah apa-apa. Rugi betul!" Lisa komen apabila mereka melangkah keluar dari pawagam. Iman tidak menjawab sebaliknya memerhatikan gadis itu membebel pada diri sendiri. Bukan ke dia yang pilih cerita tu tadi? Tengok sajalah. Iman tak balas.

"Dahlah. Lain kali aku tak nak tengok wayang lagi. Penipu betul," Lisa masih tak puas hati. Dia perasan Iman mengelamun seperti tidak mendengar kata-katanya, sebaliknya sibuk melihat sekeliling tempat itu. Macam ada benda lagi menarik dari dengar bebelan Lisa. Lisa ketap bibir dan menepuk kuat bahu Iman. Lelaki itu terkejut, pantas mengalihkan pandangannya pada Lisa. Dia memegang bahunya. "Kau dengar tak aku cakap ni?"

"Apa?" Iman membalas.

Lisa terasa nak tumbuk jantan tu depan orang ramai tapi tak mungkin dia akan buat. Dia mengecilkan mata sambil mengigit bibir dengan geram. Memang dasar pekak! Lisa pejam mata dan tarik nafas panjang kemudian lepaskan dengan perlahan. Apabila rasa tenang datang, dia terus melangkah meninggalkan lelaki itu tanpa bersuara lagi.

"Oi!" Iman memanggil. Dia mengejar Lisa. "Oi, tunggulah!"

Lisa tak pedulikan panggilan Iman. Sudahlah tengok cerita tadi merepek, ada teman pun buat Lisa macam tunggul. Sepanjang dalam wayang tadi, Iman sempat tidur beberapa kali sebelum diserang dengan cubitan dan tamparan dari Lisa yang memaksanya untuk tengok bersama. Sepanjang itu juga Iman paksa dirinya untuk terus tonton walaupun matanya dah macam kena lekat dengan gam gajah. Agaknya berapa banyak lebam dia dah kumpul sepanjang tayangan berlaku? Sampai di satu tahap dia terpaksa pegang tangan Lisa daripada terus singgah ke pinggangnya dengan satu lagi cubitan.

"Kau ni kalau tak pukul aku tak sah ke?" Iman bersuara.

"Kenapa kau nak nangis ke?" perli Lisa. Mereka terus berjalan melepasi orang ramai. Ramai pulak orang keluar berjalan hujung minggu ni. Mereka tiba di Midvalley pada pukul 11pagi kerana Lisa tak mahu tersekat dalam trafik.

Apabila keluar dari pawagam, mereka tak terkejut melihat orang ramai sudah pun memenuhi ruang lobi pawagam.

"Nangis tu taklah. Aku ni, kan suami kau. Malulah orang tengok isterinpukul suami. Nanti dorang ingat aku ni dayus." komen Iman, seolah-olah perasan dengan reaksi orang lain.

Lisa berhenti melangkah dan menjeling sekelilingnya. Dia tak nampak pun sesiapa yang perhatikan mereka. Dia fikir Iman ni cepat perasan. Dia kembali memandang Iman.

"Tak de siapa pun yang tengok kita. Kau jangan nak perasan. Sebelum ni aku pukul kau kau tak bising pun."

"Sebelum ni kita bukan suami isteri. Kalau kau pukul pun aku peduli apa. Sekarang ni aku suami kau. Tolong hormat aku sikit boleh tak?" Iman cuba bercakap dengan nada perlahan kerana tak mahu orang lain dengar mereka sebenarnya sedang berkelahi.

"Fine. Aku tak kan pukul kau lagi. Tapi dalam wayang tadi, you kind of deserved it because I paid for the tickets." Lisa tak mengalah. Dia tersenyum puas mengingatkan perkara tadi. Kerana Iman tak mahu pergi menonton wayang, dia terpaksa memujuk untuk belanja Iman jika mahu dia pergi bersama. Mahu tak mahu, Lisa berjaya membuat Iman mengikutnya. Itu pun setelah dipujuk berkali dengan pelbagai cara. Dari kasar ke lembut. Iman memang tak boleh menang bila Lisa guna kuasa vetonya memujuk Iman. Perempuan tu memang pandai pujuk sejak dari mereka kecil lagi. Lagi-lagi dengan gaya manja dia.

"No. You can not do this to me, Lisa. I'm your husband. Don't treat me like a kid. It is wrong, okay?"

Lisa memerhatikan lelaki itu sebelum mengeluh. Dia memeluk tubuh cuba memahami maksud Iman. Malangnya, reaksi Iman tidak beri sebarang jawapan dan Lisa masih tak faham.

Sayang, let's battle!Where stories live. Discover now