"Kahwin? Dengan dia?" Lisa dan Iman menunding jari masing-masing di depan ibu bapa mereka.
Lisa dan Iman adalah kawan baik sejak kecil tetapi mereka juga sering bergaduh setiap hari. Ada saja benda yang tidak kena bila mereka bertemu. Oleh kerana tidak tahan dengan perangai anak-anak mereka. Ibu bapa Lisa dan Iman bercadang untuk satukan mereka berdua atas alasan mereka akan berhenti bergaduh dan berbaik semula.
"Mama dengan papa nak Lisa kahwin dengan budak tiga suku ni?" Lisa yang dari awal lagi membantah menjeling pada Iman. Lelaki itu juga mengerling tajam padanya.
"Lisa." Puan Suraya, mama Lisa mengingatkan anaknya yang ibu bapa Iman juga ada bersama mereka. "Cuba beradab sikit bila bercakap."
"Kenapa umi dengan abi nak Iman kahwin? Bukan ke umi dan abi dah janji nak bagi Iman masa lagi lima tahun baru fikir pasal kahwin. Kenapa sekarang abi?" Iman juga menyoal ibu bapanya. Dia rasa tidak adil yang mereka membuat keputusan tanpa bertanya pada Iman terlebih dahulu. Apa yang buat mereka tiba-tiba buat keputusan secara terburu-buru?
"Abi minta maaf. Bukan abi tak ingat janji Iman dulu. Cuma abi rasa daripada abi dan umi tengok Iman dan Lisa asyik bergaduh je. Lebih baik kami satukan kamu berdua. Bukan ke itu benda baik?"
"Mana ada Iman gaduh dengan Lisa. Itu kami bergurau je. Kan Lisa? kan?" Mata Iman beralih pada Lisa, dia berharap gadis itu faham maksudnya dan ikut caranya bersama. Lisa yang seperti sudah memahami situasi Iman segera mengangguk laju.
"Betul tu. Mana ada kami gaduh. Itu gurau je. Tengok ni. Ada nampak macam Lisa dengan Iman tengah gaduh ke? Tak ada kan?" Dia memeluk bahu lelaki itu dengan gaya mesra dan mereka berdua senyum dalam terpaksa.
Walaupun sukar untuk percaya kata-kata anak-anak mereka, ibu bapa Lisa dan Iman saling berpandangan sendiri seperti masing-masing sedang berbincang dengan cara telepati. Lisa dan Iman masih tidak tahu apa yang ada dalam fikiran ibu bapa mereka.
"Beginilah." Akhirnya, papa Lisa membuka mulut bagi pihak mereka. Lisa dan Iman terdiam.
"Kamu berdua akan tetap berkahwin. Papa, mama, umi dan abi Iman akan beri masa setahun. Lepas setahun kalau kamu nak lepas. Kamu lepaslah. Kami tak akan bantah. Cukup untuk tempoh setahun. Macam mana?"
Lisa dan Iman saling berpandangan sesama sendiri. Mereka akan berkahwin untuk tempoh setahun dan lepas setahun mereka boleh pilih untuk berpisah. Bagi Lisa itu tidak masuk akal. Perkahwinan dan pnceraian bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan. Apa dasar mereka berkahwin bila akhirnya mereka akan bercerai?
"Papa, Lisa tak nak kahwin untuk diceraikan."
"Jadi, make the marriage works. Papa percaya kamu akan faham lambat laun."
"Papa, kalau Lisa nak kahwin pun bukan dengan mamat ni. Boleh bagi Lisa masa?" dia cuba berbincang dengan bapanya.
"Tak. Lisa akan kahwin dengan Iman. That's our final decision. Either you will or you won't."
"Pa! tak adillah macam ni. Lisa tak nak kahwin dengan dia!" Dia menunding pada Iman yang hanya diam dari tadi. Lisa mencubit Iman geram dan lelaki itu terus mengaduh sakit.
"Oi! Sakitlah!" Iman menggosok lengan yang dicubit Lisa.
"Padan muka!" Balas Lisa yang masih lagi marah dengan tindakan ibu bapanya.
"Abi, Umi tengoklah perangai dia. Macam ni nak jadi isteri Iman? Kaki dera adalah." perli Iman sambil menjeling pada gadis itu.
"Diamlah tiga suku!"
"Minah mulut becok!"
"Lelaki miang!"
"Murai tercabut ekor!"
Baru sebentar tadi mereka kata yang mereka baik-baik saja sekarang di depan ibu bapa mereka. Mereka bergaduh mengalah budak sekolah rendah. Ibu bapa Lisa dan Iman akhir sudah dapat buat keputusan rasmi. Lisa dan Iman akan berkahwin.
Lisa dan Iman masih lagi berperang mulut dan kini bertukar menjadi fizikal apabila Lisa mencubitnya bertubi-tubi. Iman cuba mengelak dari Lisa. Macam manalah bila mereka sudah berkahwin nanti?
YOU ARE READING
Sayang, let's battle!
RomanceLisa dan Iman Hazri dipaksa berkahwin oleh ibu bapa mereka kerana mereka sering bergaduh walaupun membesar bersama. Kerana tidak tahan melihat dua orang sahabat ini bergaduh, mereka akhirnya disatukan walaupun masing-masing tidak bersetuju. Jelajah...