Bab 2 : Balas dendam

2.5K 82 0
                                    

"Ini semua kau punya pasal!" kata Lisa sambil berjalan mundar-mandir di dalam bilik mereka. Iman hanya berbaring di katil melepaskan penat setelah sehari suntuk menjadi raja sehari. Dia malas nak layan perangai Lisa yang asyik menyakitkan hati.

"Aku penatlah. Boleh tak kau cari gaduh esok je?" Iman mengipas dirinya dengan tangan sendiri. Walaupun bilik mereka berhawa dingin, tetapi bila sudah sebilik dengan Lisa buatkan bilik itu terasa bahang.

"Esok?" Lisa mengerling tajam pada lelaki itu.

Iman sudah menutup matanya untuk tidur. Namun Lisa tidak rasa yang dia akan benarkan lelaki itu sedap berbaring sedangkan dirinya masih lagi geram pasal hal hari ini. Siang tadi ketika di majlis perkahwinan mereka, Iman sengaja memijak kain Lisa menyebabkan gadis itu tersadung dan terjatuh di depan beratus tetamu yang hadir. Alangkah malunya Lisa apabila Iman membantunya untuk berdiri. Lelaki itu sempat tersengih nakal.

"Ops, sorry. I didn't see you hem there, babe." bisiknya pada Lisa. Dalam keadaan mahu meletup, Lisa paksa diri untuk senyum di depan ramai.

"Oh, that's okay. I'm going to kill you soon, dear husband." Lisa mengetap gigi menahan geram.

Iman memang sengaja cari pasal dengannya. Lisa senyum dan terus melambai orang ramai serta bersalaman dengan mereka sambil memikirkan cara untuk balas dendam pada Iman. Kau tengoklah nasib kau. Senyuman semakin lebar begitu juga Iman yang sedang bersembang dengan kawan-kawannya.

Lisa menerpa ke arah Iman yang masih berbaring. Dia terus melompat ke atas katil dan menolak lelaki itu sekuat hatinya. Iman yang terkejut terus terbangun dan berguling jatuh ke lantai. Nasib baik ada karpet tebal yang halang dia dari patah tulang belakang. Lisa tersenyum puas.

"Hoi!" Iman hampir menjerit tapi dia cepat sedar yang mereka masih lagi ada di rumah ibu bapa Lisa. Dia tidak mahu orang tua itu salah faham jika ada sesuatu berlaku di dalam bilik mereka.

"Ini katil aku. Kau tidur bawah." balas Lisa mengambil tempat di tengah katil supaya Iman tidak boleh naik.

"Kita dah kahwin, kan?"

"Oh...hmm, do I look like I care? I don't think so." Lisa senyum puas dapat kenakan Iman. Itu baru sedikit. Masih banyak lagi yang dia belum buat.

Iman mengurut dahinya menahan sabar dengan perangai Lisa. Entah apa masalah perempuan ni sebenarnya? Iman terlalu penat untuk bergaduh dengan Lisa sekarang. Badannya terlalu penat. Dia hanya mengeluh dan cuba bertahan untuk satu malam itu.

"Habis aku nak tidur mana?" soal Iman.

"Er, karpet kan ada. Empuk juga rasanya." Kata Lisa menunding pada tempat Iman berdiri.

Iman mengedip matanya semakin kecil. Mahu saja dia cekik perempuan tu kalau tidak disebabkan dia masih di rumah ibubapa Lisa.

"Fine." Iman mendengus dan terus baring. Dia malas untuk cari gaduh.

Tiba-tiba sebiji bantal mendarat kuat pada muka Iman. Iman mendongak ke atas katil di mana Lisa sedang senyum dan lambai kepadanya. Keningnya dikerutkan tanda marah.

"Aku tak nak kau bangun sakit tengkuk pulak. Goodnight." Lisa kembali berbaring.

"Baik hati jugak kau ni rupanya." kata Iman dalam nada memerli.

"Kau baru tahu ke?" dia mendengar Lisa membalas.

"Next time. You're going to get it from me." bisik Iman perlahan hampir tidak di dengari Lisa.

"Apa dia?" Lisa menyoal.

"Tak ada apalah. Pergilah tidur." Iman terus menutup mata, tidak mahu melayan karenah Lisa lebih lama lagi. There will be plenty next time. Dia tidur sambil tersenyum.

Sayang, let's battle!Where stories live. Discover now