Bab 3 : Rumah Pak Lang

2.8K 83 0
                                    

Keesokan pagi Lisa tersedar apabila terdengar bunyi ketukan pintu dari luar. Dia yang masih mengantuk mencapai pada jam yang terletak di atas meja tepi katil. Matanya dikedip beberapa kali.

"Pukul berapa ni?" Lisa bertanya pada dirinya sendiri. Jam menunjukkan waktu 6.05 pagi. Dia masih lagi rasa mengantuk dan penat. Dengan rasa malas dia paksa diri untuk bangun dan turun dari katil. Belum selangkah dia berjalan kakinya tersadung pada sesuatu menyebabkan Lisa terjatuh.

"Mak!" dia menjerit apabila terasa dia terbaring di atas benda yang berada di tengah bilik. Siapa pulak letak guni besar dalam bilik dia? Lisa cuba untuk bangun dan 'benda' itu juga bergerak dan mengerang perlahan. Lisa cepat-cepat bangun dan melompat kembali ke atas katil. Dia terus membaling bantal, selimut dan apa saja yang sempat di capai ke arah guni besar itu.

"Hoi!" jerkah 'guni' besar itu.

Setelah sedari yang guni besar itu adalah Iman, Lisa menghela nafas lega.

"Kau ni dah gila ke perempuan? Pagi-pagi buta baling barang kat aku." Iman mengomel sambil mengosok dahinya yang terkena jam loceng.

"Manalah aku tahu kau ada kat bawah tu. Aku ingat guni sampah mana tadi." kata Lisa sedikit rasa bersalah. Dia terlupa yang semalam dia sudah pun menjadi isteri kepada Iman Hazri yang juga kawan baik/musuh ketat Lisa. Lisa tunduk bermain-main dengan selimutnya, dia tahu yang Iman masih lagi bengang dengannya sejak dari malam tadi.

"Sampah kau cakap? Kau yang suruh aku tidur bawah ni. Kau kata aku sampah. Ee...budak ni kalau aku cekik memang jadi arwah jawabnya." Iman pandang Lisa dengan geram. Pada masa yang sama ketukan pintu berbunyi sekali lagi.

"Lisa, Iman bangun. Dah subuh." Suara mama Lisa halus di sebalik pintu.

"Y-ya, ma. Lisa dah bangun ni." jawab Lisa. Iman mencari jam yang dibaling Lisa tadi untuk melihat waktu.

"Dah 6.07 minit?" hampir terbeliak mata Iman melihat jam di tangan. Dia segera bangun dan mencampak selimut dan bantal ke arah Lisa yang masih duduk di katil.

"Oi!" Lisa menegurnya.

"Sorry, aku dah lambat. Pukul 8 dah kena ada kat airport jemput client aku dari Dubai." Iman nampak kalut seperti mencari sesuatu.

"Tuala ada dalam almari tu." Lisa yang sudah faham perangai kalut Iman menuding ke arah almarinya. Lelaki itu membuka almari dan menarik sehelai tuala.

"Thanks." Kata Iman kemudian terus ke bilik air.

Lisa bangun dan terus keluar dari bilik kerana tidak mahu melihat Iman yang perlu menyalin pakaiannya. Euw...sejak dari kecil dia sudah anggap Iman seperti abang sendiri. Sekarang ini, mereka sudah jadi suami isteri. Sama ada Lisa atau Iman tahu perkara ini memang janggal dan jarang terjadi tetapi disebabkan kemahuan ibubapa mereka. Terpaksalah mereka ikutkan saja. Kalau tak nanti dikatanya anak durhaka.

Lisa bertembung dengan mamanya yang baru saja keluar dari bilik. Perempuan separuh abad itu tersenyum melihat anaknya yang masih belum mandi.

"Selamat pagi. Dah bangun pagi-pagi tak mandi ke? Tak solat lagi?" soal mama Lisa. Lisa tersengih sambil mengaru kepala. Rambutnya yang panjang dan kusut masai dibiarkan jatuh.

"Nak mandilah ni, Ma. Iman tu tengah guna bilik air. Dia kata nak kena pergi airport jemput client dari Dubai." terang Lisa.

"Hai, pengantin baru pun kena kerja hari ni?" Lisa hanya mengangkat bahu. Mereka berdua menuruni tangga dan menuju ke ruang dapur. Lisa mengambil segelas air masak lalu di minum perlahan-lahan. Dia beri masa 20 minit untuk pastikan yang sekurang-kurangnya Iman sudah pun berpakaian. Kemudian dia naik semula ke bilik dan melihat Iman sudah memakai kemeja biru cair dan seluar hitam. Rambutnya dibiar lembap sambil dia memakai tali leher.

Sayang, let's battle!Where stories live. Discover now