"Sakitlah!" Jerit Iman bila jemari Lisa semakin kuat mencengkam rambutnya. Gadis itu masih berdegil dan terus menarik rambut Iman. Menyesal Iman dengkikan si Lisa tu. Sekarang terpaksalah dia makan penangan akibat cari pasal dengan Lisa.
Lebih kurang sepuluh minit tadi mereka berdua baik saja. Duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen sebelum Iman bangun untuk ke dapur. Lelaki itu kembali dengan sebotol air teh yang sememangnya air kegemaran Lisa. Iman duduk di sebelah Lisa sambil menongak air botol tadi. Lisa renung lama pada lelaki itu.
"Air tu tinggal satu dalam peti ais, kan?" soal Lisa.
"Ha'ah. Kau nak?" Iman mengunjuk botol tu depan Lisa.
"Naklah." Lisa hulur tangan untuk ambil tapi Iman tarik semula botol tu.
"Beli sendiri."
"Alah. Nak sikit je." rayu Lisa.
"Sikit je," kata Iman.
Lisa angguk selaju boleh. Iman lambat-lambat hulurkan botol tu semula pada Lisa. Lisa senyum. Belum sempat Lisa ambil, Iman tarik lagi. Terus dia gelakkan Lisa. Menjengil Lisa pandang Iman.
kurang genius punya budak! Memang nak kena budak ni.
"Naklah!" jerit Lisa.
Sambil gelak dia menjelir lidah pada Lisa sebelum dia balas, "Tak boleh." Ada masa dia suka betul tengok Lisa marah-marah macam ni. Sebab dia nampak comel walaupun riak muka dia bagaikan nak di pijak-pijak Iman macam semut. Dengan dahi berkerut dan muka kemerahan Lisa merenung Iman.
"Bagi aku air tu." pinta Lisa, suara kedengaran tenang walaupun rupanya tak menunjukkan yang dia akan bertenang.
Iman dah lama kenal Lisa. Sikit sebanyak dia tahun perangai Lisa yang paling benci kalau ada orang kenakan dia. Dan Iman sendiri pernah jadi saksi mangsa-mangsa Lisa masa mereka masuk sekolah rendah yang sama. Tapi, itu tak menakutkan Iman kerana dia sudah biasa dengan penangan Lisa.
Belum Iman habis ketawa, tangan Lisa melekap pada leher Iman dan terus dicengkam. Iman tercekik dan tapi masih tak berhenti ketawa kerana kegelian dan sakit dalam masa yang sama.
"Weh, apa main cekik-Lisa! Aku-tak-boleh. Ark! Tolong!" Iman memegang tangan Lisa dan perempuan tu masih terus mencekik leher Iman.
"Kau ingat aku ni baby nak main acah-acah? Ni makan kau." Lisa mengetap gigi, kegeraman.
"Ark! Ok, ok, ok! Sorry! Sorry! Aku sorry!" teriak Iman.
Lisa lepaskan cengkamannya dan melurut tangannya pada rambut Iman dan menariknya dengan kuat. Iman mengerang perlahan. Lisa memaksa Iman dekat pada mukanya.
"Lain kali kau jangan nak main-main acah dengan aku. Kalau tak tahulah nasib kau." Lisa bersuara dengan nada cukup perlahan dan Iman hanya mampu terkebil dan merenung bibir mungil Lisa yang sedang berkata-kata. Anak matanya mengikut rentak bibir Lisa sehingga dia tersedar apabila Lisa menarik rambutnya sekali lagi.
"Sakitlah." Iman mengaduh perlahan, tersentak dari lamunan.
Iman melarikan matanya ke arah lain. Wajah Lisa yang begitu dekat dan nafasnya yang menerpa muka Iman menyebabkan terasa sesuatu yang tak patut dia rasa pada waktu itu. Tangan Lisa masih meramas rambutnya tetapi cengakamannya tidak sekuat tadi. Iman terasa lain macam.
Tempurung lutut Lisa mengenai pinggul depan Iman menyebakan lelaki itu mendesis. Mata Lisa hampir terjojol keluar bila dia terasa sesuatu bahagian bawah Iman.
YOU ARE READING
Sayang, let's battle!
RomanceLisa dan Iman Hazri dipaksa berkahwin oleh ibu bapa mereka kerana mereka sering bergaduh walaupun membesar bersama. Kerana tidak tahan melihat dua orang sahabat ini bergaduh, mereka akhirnya disatukan walaupun masing-masing tidak bersetuju. Jelajah...