Bab 8 - Air Teh dan Roti Bakar

14 1 0
                                    

Sepanjang perjalanan ke pejabat Lisa hanya sibuk menumpukan perhatian kepada telefonnya. Kadang-kala dia ketawa sendiri membaca apa saja yang dirasakan lucu padanya. Iman sesekali menjeling melihat tingkah isterinya itu. Mengenai hal tayar yang sudah diketahui oleh Lisa. Iman tak pasti bagaimana Lisa tahu idea gila dia untuk memancitkan tayar kereta. Mungkin ada yang beritahu Lisa. Setahu Iman tak pernah pula dia nampak ada cctv di tempat letak kereta. Memandangkan kerja kotor dia telah diketahui Lisa dan benda pun sudah terjadi. Iman hanya berserah kepada Allah andai Lisa buat sesuatu yang Iman tak boleh duga.

Iman mematikan kenderaan sebaik sahaja masuk ke petak parking. Lisa mendongak yang sedari tadi hanya melihat kepada skrin telefon dan sedar mereka sudah tiba di pejabat.

'Dah sampai?' Lisa segera menyimpan telefonnya ke dalam beg tangan dan kemudian melangkah keluar.

'Kejap.' Iman menarik lengan Lisa menyebabkan dia kembali terduduk. Iman tidak pasti kenapa dia menahan Lisa dari keluar tetapi dia perlu tahu sesuatu. 'Did you mad at me?' soal Iman tanpa berselindung. Dia rimas. Dia tak suka bila Lisa buat tak tahu dengannya terutama sekali selepas prank yang dilakukan. Iman sedikit menyesal dengan apa yang terjadi tapi benda dah jadi pun.

'About what?' Soal Lisa seolah-olah lupa apa yang dikatakanya semasa di rumah tadi.

'About the prank I did to you'

'Oh, about my car?' jawab Lisa. 'Why would I be mad? Fair lah sebab aku pun kenakan kau jugak kan?' Dia hanya mengukir senyuman dan Iman masih kurang yakin dengan jawapan yang diberi. Tak mungkin semudah itu Lisa mahu lupakan? Tak mungkin.

'Yes, about the car and about..about whateverlah!' Iman pula tunjukkan rasa tak puas hatinya.

'Iman. It's fine...Fair is fair. Benda dah jadi. Aku nak marah pun buat apa? Tapi..kalau kau rasa serba salah. Then, I'm sorry for making you feel bad. Kau jangan overthinking sangat ok?' jawab Lisa. Iman cuba membaca riak wajah gadis itu. Namun ternyata ada masanya terlalu susah untuk dia baca.

'Aku tak overthinking. Aku cuma nk pastikan kau betul-betul Lisa yang aku kenal.' balas Iman.

Lisa hanya tersenyum mengeleng kepalanya. 'You're so cute when you look confused. Like a lost puppy!' Lisa mencubit manja pipi Iman kemudian terus keluar dari kereta meninggalkan suaminya yang masih termangu sendiri.

That's it! Iman pasti Lisa pasti sedang merancang sesuatu.

Pada petangnya sebelum tamat waktu bekerja. Lisa telah menghantar whatsapp kepada Iman memaklumkan keretanya sudah siap diperbaiki. Dia meminta Iman untuk menghantarnya ke bengkel sebelum pulang ke rumah.

10 minit selepas mendapat mesej dari Lisa. Iman terus bersiap-siap untuk meninggalkan pejabatnya. Sepanjang hari di pejabat dia sudah melupakan apa yang Lisa katakan padanya. Sebaik sahaja dia ternampak kelibat Lisa yang sedang bersandar di keretanya. Ingatannya kembali kepada kejadian awal pagi tadi.

'Lama tunggu?' tanya Iman.

'Sempatlah buat air teh dengan roti bakar sebelum kau sampai.' Lisa perli. Ok...the bad Lisa is here. Iman lega kerana perangai Lisa kembali seperti sedia kala.

'Ada buat untuk aku tak?' balas Iman.

'Oh. mestilah ada. Nanti aku bagi. Jomlah.' Lisa tersenyum manja. Wajah Iman kelihatan serius. Langsung tidak terhibur dengan gurauan Lisa.

Kereta Iman meninggalkan bangunan pejabat dan meluncur laju ke Cheras untuk mengambil kereta Lisa yang sudah tersadai selama seminggu di bengkel. Apa punya bengkel buat kerja sampai seminggu baru nak siap? Tukar tayar je kot.

Lisa nampak keretanya yang terletak di luar bengkel dan menyuruh Iman turun dari kereta bersamanya. Iman hanya menurut permintaan isterinya itu. Tali leher yang elok berada dia lehernya sudah dicampakkan ke kerusi belakang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sayang, let's battle!Where stories live. Discover now