Bab 5: Hwang Chansung

2.3K 80 3
                                    

"Kenapa dengan rambut kau, Man? Dah macam artis kpop aku tengok." Amir ketawa melihat rambut Iman yang warna merah menyala. Kawan sekerjanya itu gelakkan dia sebaik saja dia masuk ke pejabat. Ramai jugak yang perasan tapi dia buat tak tahu dan berjalan masuk ke biliknya. Nasiblah dia ada bilik sendiri. Kalau tak memang satu hari suntuklah dia jadi perhatian.

"Ada hantu gila kenakan aku." kata Iman dengan muka masam mencuka.

"Hantu?" tawa Amir. Dia hanya mampu mengeleng melihat Iman yang masih muram.

Satu hari suntuk di pejabat ramai juga rakan sekerja Iman bertanya pasal hal rambut merah ala kpop dia. Iman terpaksa buat cerita yang memalukan diri sendiri dengan berkata yang dia tengah buat tebiat nak cuba gaya rambut baru. Sehari suntuk jugaklah dia terpaksa tahan geram kena gelak. Sambil itu dia berfikir cara nak kenakan perempuan gila tu balik.

Selepas balik dari joging pagi tadi Iman balik ke kondo dan nampak Lisa sudah bersiap untuk pergi kerja. Dia tak dengar langsung Lisa menjerit seperti yang di selalu buat. Dia nampak tenang. Pelik. Selalunya singa betina tu terus terkam dia bila masuk rumah. Lisa yang sudah memakai kemeja biru cair dan seluar slack panjang duduk dia sambil minum air teh.

Gadis itu menjeling Iman tetapi suara masih tidak berbunyi. Ini yang buat Iman rasa pelik dan serba salah tapi dia diamkan saja.

"Aku pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu. Elektrik tak pakai tutup. Bye." Dia senyum pada Iman dan terus keluar dari pintu.

Hmm...something is not quite right with her.

"Apasal dia baik sangat hari ni?" bisik Iman dalam hati. "Ah, lantaklah. Janji dia tak terkam aku." Iman menyanyi sambil berjalan masuk ke bilik. Dia ada masa lagi sejam untuk pergi ke tempat kerja. Walaupun Lisa dan Iman bekerja di tempat yang sama. Waktu masuk kerja Iman lebih fleksible berbanding Lisa sebab dia banyak buat kerja luar pejabat.

Tuala dicapai dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Lega rasanya lepas dapat joging satu pusingan di kawasan rumahnya. Iman membuka pili air pancut dan biarkan air mengalir deras membasahi kepalanya.

Dengan mata dipejam, Iman capai syampu di atas rak dan picit pada tapak tangan. Dia mula gosok dan urut kepalanya untuk 10 minit. Bau syampu yang dipakai berbau pelik. Bukan seperti yang dia selalu pakai. Peliknya bau ni. Dia berbisik sebelum dia berhenti.

Iman buka mata dan tengok tapak tangannya yang kemerahan. Rasa nak putus nyawa Iman bila dia lari ke cermin dan nampak rambutnya berubah jadi merah. Perempuan tu tukar syampu dia dengan pewarna rambut? Aarrgghhhh!!

"WHAT THE HELL???"

Kerja di bangunan yang sama Iman masih tak berpeluang untuk mencari Lisa kerana gadis itu seperti tahu yang Iman akan mencari dia. Jam sudah hampir tepat pukul 6. Iman segera mengangkat beg untuk balik. Di tempat letak kereta Iman perasan yang kereta Lisa masih lagi ada di sana. Itu bermakna gadis itu masih belum balik. Dan tanpa ada perancangan khas otak bergeliga Iman terdetik idea. Dia berlari mendekati kereta gadis itu dan hati-hati dia tengok keadaan sekeliling. Takde orang, cantik. Dia mencangkung di tepi kereta dan memulaskan penutup tiub tayar.

Kau tukar syampu aku dengan perwarna rambutkan? Sekarang kau rasa sendiri. Dia berbisik sendiri dalam hati.

Dah rasa tanya mula mengempis sedikit Iman cepat berlari ke keretanya dan hidupkan enjin. Dia ketawa bila dia melintas kereta Lisa yang tersadai id tempat letak kereta. Baru padan dengan muka dia.

Iman hampir melompat dari sofa bila dia terdengar bunyi pintu di hempas kuat. Matanya terarah pada Lisa yang berdiri depan pintu dengan muka mengalahkan singa lapar. Dia mencekak pinggang sambil merenung tajam pada Iman. Lelaki itu telan air liur. Alamak, ni kes dahsyat dah ni.

Sayang, let's battle!Where stories live. Discover now