Bab 4: Rumah baru

2.4K 81 3
                                    

Ibu bapa Lisa saling memandang sesama sendiri. Sudah hampir dua minggu pasangan penganti baru itu tinggal di rumah mereka. Dan sekarang Lisa dan juga Iman memilih untuk berpindah kerana mereka tidak mahu mama dan papa Lisa pening kepala terpaksa mendengar mereka bergaduh setiap hari. Cara terbaik u tuk selesaikan masalah. Mereka memilih untuk berpindah.

"Kenapa nak pindah? Kan dah elok tinggal kat sini. Mama dengan papa tak kisah pun kalau kena dengar kamu bertekak. Kami dah biasa pun." Mama kerling pada papa Lisa.

Lisa dan Iman masing-masing belum berani buka mulut. Walaupun dah seminggu berbincang(lebih banyak bergaduh)sama ada Iman atau Lisa mereka sedar cara hidup mereka tak sesuai dalam rumah ibu bapa Lisa yang aman damai. Jadi mereka buat keputusan untuk berpindah.

"Iman ni yang nak sangat nak pindah. Dia kata bilik Lisa sempit tak boleh nak letak barang-barang dia." Lisa beri alasan. Iman terkedu bila dia tengok muka Lisa. Gadis itu jeling dan sengih tanpa rasa bersalah langsung. Berani betul dia jual nama Iman. Padahal mereka berdua sendiri dah berbincang bersama untuk pindah.

Pandangan mama dan papa beralih pada Iman dan lelaki itu mula tergagap. Dia jeling Lisa yang masih buat muka selamba. Konon muka tak bersalah. Dia tertelan-telan air liur fikirkan alasan logik nak bagi pada orang tua itu.

"Begini papa, mama." Dia gigit bibir geram pada Lisa. "Sebenarnya, Lisa ni yang nak pindah. Dia kata kalau kat sini tak privacy sangat. Mama dengan papa faham-fahamlah, kan?" Dia jeling nakal dan sengih pada Lisa. Mulut gadis itu hampir ternganga memandang Iman.

Kau jual nama aku boleh, kan? getus Iman dalam hati.

"Oh." kata mama yang tiba-tiba tersimpul malu dan papa tersengih sekejap sebelum kembali serius. Lisa tarik muka bila Iman sengaja meletakkan tangan atas pahanya. Lelaki itu masih tersenyum panjang dan terangguk-angguk. Entah apa yang dia anggukkan Lisa sendiri tak faham. Sekarang ni dia tahu Iman sengaja nak memalukan dia. Tak pe, two can play this game. Bibirnya menguntum senyuman lebar.

"Betul tu, ma. abang Iman ni bila malam dah macam harimau jadian lapar. Nanti kesian mama dengan papa sebab tak cukup tidur kena dengar bunyi rimau tengah malam. Lisa rasa kalau kami pindah mama dengan papa dapatlah berehat, kan sayang?" masih tersenyum Lisa letakkan tangannya atas tangan Iman dan mengenggam tangan lelaki itu dengan kuat. Iman tetap senyum menahan sakit.

Kau nak kenakan aku, ye? Jangan haraplah. bisik Lisa.

"hmm...kalau macam tu papa takde hak nak halang Lisa dengan Iman. Yang penting kamu berdua berbaik-baiklah. Macam masa kamu kecik-kecik dulu. Itu je janji kamu dengan papa." pesan lelaki itu.

"Eh, Bila masa pulaklah kami gaduh? Kita baik je, kan sayang?" Lisa mengedip matanya pada Iman beberapa kali. Lelaki disebelahnya itu terus mengangguk tanpa disuruh.

Mama dan papa Lisa terpaksa bersetuju terutama sekali mama Lisa yang seboleh-boleh mahu mereka terus tinggal bersama. Namun disebabkan Iman memujuk untuk datang setiap minggu, mama terpaksa setuju.

"Jangan lupa balik hujung minggu." pesan mama.

"Mestilah, ma. Lisa janji." jawab Lisa.

Selepas seminggu Lisa dan Iman berjaya dapatkan kondominium yang dekat dengan rumah ibu bapa Lisa. Mereka masuk berpindah sebaik saja urusan sewa beli selesai. Lagi cepat mereka pindah, lagi senang mereka buat hal sendiri. Mereka tahu mama dan papa Lisa tahu hubungan Lisa dan Iman yang dah macam suhu termometer. Sekejap sejuk, sekejap panas. Daripada buat orang tua tu susah hati tengok perangai mereka, lagi baik mereka pindah.

Di rumah baru mereka ada tiga buah bilik. Satu master bedroom, secondary room dan bilik kecil. Memandangkan mereka tak mungkin akan tidur sebilik mereka cepat-cepat pilih bilik masing-masing.

Sayang, let's battle!Where stories live. Discover now