Bab 16: Memory

308 7 0
                                    

Kereta Bugatti Chiron Noire dihentikan di bahagian Valet Parking lalu diserahkan kunci kepada staff bertugas. Il Hoon bergerak ke bahagian penumpang namun belum sempat dia nak bukakan pintu untuk Mae Ri, isterinya itu terlebih dahulu keluar dengan senyuman sumbing.

"Seronoknya dapat keluar jalan-jalan. Hari ni sayang nak shopping baju baby banyak-banyak. So abang prepare eh make sure duit dalam wallet tu cukup". Ujar Mae Ri penuh teruja.

"Kan kita beli banyak dah hari tu. Buat apa nak beli lagi lagipun anak kita tu nanti makin membesar. Tak muat nanti sapa nak pakai? Sayang nak pakai?". Il Hoon cuba berdiplomasi. Bukan dia taknak belikan tapi baju baby dekat rumah pun dah menggunung tinggi.

Mae Ri membuat muka tak bersalah. Malas nak bertekak panjang dengan suaminya, Mae Ri terus melangkah laju masuk ke dalam mall tanpa mempedulikan Il Hoon. 

"Mula la tu merajuk. Abang tegur sikit je merajuk". Bebel Il Hoon sambil menyusuli langkah Mae Ri dibelakang.

"Sayang dengar tak abang cakap ni?".

"Dengar tapi malas nak layan. Buang masa je nak bertekak dengan abang". Balas Mae Ri bersahaja. Dia terus berjalan memerhatikan sekeliling mall.

Namun langkahnya terhenti apabila melihat cafe yang terletak di bahagian kanan mall tersebut. Ada sesuatu tentang cafe itu..

"Doktor Park. It seems like you did not listen to my warning"

Mae Ri seperti teringat akan sesuatu. Ada gambaran wajah seorang lelaki terlayar di depan matanya dan pada masa yang sama kepala Mae Ri mula terasa sakit seolah-olah dihentak ke dinding berulang kali.

"Who is Doktor Park?"

Ditekap kedua belah tangannya kuat di kepala dengan harapan sakitnya berkurangan. Namun makin lama denyutan di kepalanya semakin menjadi-jadi.

"Arghh sakit!! Sakit!". Jerit Mae Ri kesakitan. Orang yang lalu lalang di sekitar mall berhenti untuk membantu Mae Ri.

"Are you okay madam?". Soal seorang wanita tua di situ. Mae Ri menggeleng laju.

"It seems like you broke your promise again love".

"What promise did I break?".

Dia mula merasakan dunianya berpusing, pandangannya berbalam - balam dan dengan sekelip mata Mae Ri rebah di atas lantai.

"Sayang! Mae Ri!!". Jerit Il Hoon saat melihat orang ramai mengelilingi tubuh isterinya. Dia pantas mendapatkan Mae Ri yang tidak sedarkan diri.

"Kenapa ni sayang? Hey, wake up Mae Ri". Pipi Mae Ri ditampar perlahan mengharapkan isterinya kembali sedar.

Melihat Mae Ri masih tidak memberi respon lantas dicempung tubuh isterinya untuk dibawa kembali ke hospital.

"You gonna be alright sayang..you can't leave me".

***

Sampai sahaja di perkarangan hospital, Il Hoon terus mencempung tubuh Mae Ri masuk ke bahagian unit kecemasan. Wajah Mae Ri yang semakin pucat mengundang rasa resah yang menggila di hati Il Hoon.

"Someone get me Doktor Lee now!!!!!". Pekik Il Hoon kuat sekaligus menarik perhatian beberapa orang jururawat dan doktor di situ.

Sepantas kilat mereka menolak stretcher ke arah Il Hoon lalu dibaringkan Mae Ri ke atas stretcher tersebut.

My One & OnlyWhere stories live. Discover now