Bab 38: The Game has begin

264 8 0
                                    

Mae Ri merasakan dirinya kini boleh terbang tinggi ke udara dan dia juga tidak sabar untuk berjumpa dengan anaknya. Hae Il mengenggam erat tangan Mae Ri, bertahun dia menunggu peluang untuk bersama dengan Mae Ri, baru hari ni mereka dapat bersatu semula.

Sepanjang perjalanan senyuman tak lekang dari bibir mereka berdua, mungkin ini yang dikatakan takdir..takdir yang sudah menentukan mereka berdua untuk bersama.

Akhirnya mereka sampai di tempat Je Hoon. Nari yang dari tadi sabar menunggu ibunya, teruja apabila Mae Ri munculkan diri.

"Mama!".

"Nari..my darling". Mae Ri berlari mendapatkan anaknya. Dicium semahunya wajah comel Nari.

"I miss you baby. Mama miss you so much". Dia memeluk erat sekali lagi tubuh kecil Nari.

"Thank you Hae Il. Thank you all for saving us". Ucap Mae Ri dalam tangisan.

Sung Kyu menyerahkan tiga passport dan tiga tiket penerbangan kepada Hae Il. "Take this. You guys need to go now. Aku baru dapat tahu yang Il Hoon ada kenal orang atasan NIS mesti by now dorang dah boleh track kita".

"Kau dengan Je Hoon macam mana?" . Tanya Hae Il. Bimbang juga kalau jadi apa-apa kepada mereka berdua.

"Korang gerak. Aku pun gerak sekali".

"Kalau macam tu kami pergi dulu.". Ucap Hae Il. Dirangkul erat tubuh Je Hoon dan Sung Kyu kalau bukan kerana mereka berdua, dia pasti takkan dapat bersama dengan Mae Ri semula.

"Terima kasih sangat-sangat tolong aku".

"No problem Hae Il. Be happy". Pesan Je Hoon. Dia pun terhutang budi dengan Hae Il kerana lelaki itu pernah menyelamatkan dia suatu ketika dulu. 

Hae Il melambai buat kali terakhir sebelum bergerak menuju ke airport.

Hilang sahaja bayangan mereka bertiga, Sung Kyu mengeluarkan pistol dan diacukan di kepala Je Hoon menyebabkan Je Hoon terkejut besar.

"Apa kau buat ni Sung Kyu? Kenapa kau buat macam ni?". Soal Je Hoon.

Tak pernah dia sangka, Sung Kyu boleh khianat dirinya dan Hae Il.

"Kenapa kau tanya? Duit la bodoh!". Jawab Sung Kyu tanpa rasa bersalah. 

"How could you?! We are your friends!". Ucap Je Hoon. Terkilan sungguh dia melihat Sung Kyu gelap mata dengan duit.

Sung Kyu menjongketkan bahu kerek.

"Goodbye Je Hoon".

Malas nak cakap banyak dia terus melepaskan tembakan tepat di kepala Je Hoon.

Selesai menghapuskan Je Hoon, dia terus mendail nombor telefon Il Hoon. "They are on the way to the airport".

***

Il Hoon tersenyum puas, permainan baru sahaja bermula. Tak sabar dia nak melihat reaksi Mae Ri.

Chen Jin mengarahkan kesemua pengawal yang menyamar untuk bersiap sedia. Mereka juga sudah mendapatkan bantuan dari pihak polis kerana Il Hoon telah membuat laporan yang isteri dan anaknya diculik, sudah tentu laporan itu disokong oleh Dr. Lee sebagai saksi.

"How dare you betray me Dr. Lee. Don't you remember who give you the position that you are in right now and who support your daughter education?".  Tanya Il Hoon tenang. Wajah Dr. Lee diangkat menghadapnya.

"I'm sorry sir. I'm really sorry...".

"You help my wife to escape so what do you think I should do to your daughter?". 

"Please don't harm my daughter. I'll do whatever you want from now on. I swear with my life". Rayu Dr. Lee. Il Hoon menampar perlahan muka Dr. Lee.

My One & OnlyWhere stories live. Discover now