Bab 27: Truth or Lie

299 9 0
                                    

Esok adalah hari terakhir mereka di Busan. Walaupun percutian mereka ini tidak dirancang tapi Mae Ri tetap berasa seronok. Malah Mae Ri menamakan trip mereka sebagai holiday mengejut. Dan yang paling buat dia seronok ialah Il Hoon tidak lagi berkasar dengan dirinya. Demi Tuhan, Mae Ri berharap sangat agar ianya berterusan begini kerana Mae Ri ingin belajar menerima dan mencintai Il Hoon.

Namun dalam masa yang sama, Mae Ri tak mahu terlalu berharap kerana setiap kali dia mulai sayang mesti akan ada perkara yang mematikan rasa sayang tu.

Mae Ri berdiri di balkoni suites menikmati angin malam Busan yang sejuk tapi mendamaikan.

"I don't want to go back". Gumamnya perlahan.

"I know". Mae Ri terkejut apabila ada tangan merangkul dia dari belakang.

"Abang! Nasib tak pengsan je". Marah Mae Ri, dipukul tangan si suami.

Tergelak Il Hoon dengan reaksi comel Mae Ri.

"Nari mana?". Tanya Mae Ri.

"Ada dalam bilik dah tidur pun. Now you and me je yang belum tidur". Dia mengucup bahu Mae Ri yang terdedah.

Dipusing tubuh Mae Ri agar menghadap dirinya dan dirangkul semula pinggang ramping itu.

"Sayang..I wanna ask you something".

"What is it?".

"Can we have another baby". soalan Il Hoon membuat perasaan Mae Ri kembali berkecamuk.

"No...". Mae Ri menolak. Pasti Il Hoon ada rencana lain di dalam kepala. Inilah dia yang Mae Ri katakan tadi..bila dia mula belajar untuk menerima pasti akan ada benda yang membuat dia berfikir dua kali.

"Sayang taknak ke Nari ada adik?". Pujuk Il Hoon sekali lagi

"No! No! I said no!". Tegas Mae Ri. Dia melangkah masuk ke bahagian ruang tamu. Wajah Il Hoon berubah tegang, panas pula hati apabila permintaan dia ditolak. Nama Hae Il kembali terngiang-ngiang ditelinga sekaligus menyebabkan api cemburu menguasai dirinya.

"Why? You planning to go back to Kim Hae Il?!". Tangan Mae Ri direntap kuat.

Mae Ri merenung tajam ke arah Il Hoon, ditarik kuat lengan yang berada di dalam genggaman Il Hoon.

"That's all you have in mind kan. First me and Dr Park and now me with Hae Il. I had enough of this, I'm going out". Tanpa melengahkan masa Mae Ri mencapai access card di atas meja kopi dan dia terus melangkah keluar meninggalkan Il Hoon terpinga-pinga di ruang tamu.

"Where do you think your going? Kim Mae Ri!". Jeritnya. Il Hoon terus bertindak mengejar Mae Ri yang sudah jauh meninggalkan dirinya. Dalam masa dia mengejar Mae Ri, sempat lagi dia mendail nombor telefon manager hotel.

"I need one female staff to look after my daughter now. Don't worry I will pay them". Ujar Il Hoon sebelum memutuskan talian.

"Mae Ri!!!!". Il Hoon melajukan langkahnya namun dia tidak sempat menghalang apabila pintu lif sudah pun tertutup rapat ketika dia sampai.

"Damn it!". Wajahnya diraup kasar.

***

Mae Ri berjalan tanpa arah tuju, otaknya sudah tak dapat berfikir. Dia terlalu serabut jadi pada Mae Ri biarlah kaki yang membawa dia ke mana sahaja, yang penting boleh membuat dia berasa tenang.

Dalam dia sibuk melayan perasaan, kedinginan angin malam membuat dia menggigil kesejukkan. Mana taknya, Mae Ri hanya memakai gaun tidur dan cardigan panjang semata.

"Sejuk gila. Kenapalah time aku pakai macam ni baru nak buat hal..time aku pakai fur coat takda pula nak tanya pasal anak no.2 atau pasal Hae Il". Bebel Mae Ri panjang lebar.

Terlalu ralit membebel, langsung dia tak menyedari yang dia sudah sampai ke pantai yang jaraknya 500 meter dari hotel mereka. Anehnya, dia tak pula terasa penat. Mungkin dek kerana tekanan dan rasa serabut membuat dia lupa tentang penat. Entah la.

Mae Ri melabuhkan punggung di persisiran pantai dan sebaik sahaja dia duduk, terngiang-ngiang nama Hae Il ditelinga.

"Hae Il...". Nama yang cukup keramat untuk disebut.

Setiap kali dia teringat akan Hae Il pasti dia membayangkan kehidupannya dengan lelaki itu. Bahagiakah dia sekiranya Hae Il yang menjadi suaminya?

"I wish I can turn back the time. Maybe if I stop you from leaving...my life will be different". Bisik dia di dalam hati.

Dipeluk kedua belah lutut mengharapkan sedikit kehangatan. "But if I do that I will not have Nari with me". Suara Mae Ri bergetar sedaya upaya dia menahan tangisan.

"I need you papa. I really need you. Kenapa papa pun tinggalkan Mae Ri...".

***

Il Hoon memandu keretanya di sekitar pantai. Pada masa yang sama dia memerhati kawasan sekeliling untuk mencari Mae Ri. Namun suasana yang agak gelap menyukarkan pencariannnya.

"Fuck! Where the hell are you?". Luahnya berang dan ketika itulah mata dia tertancap kepada susuk tubuh yang memakai cardigan berwarna khaki. Dia teramat pasti yang susuk tubuh itu adalah Mae Ri.

Terus dimatikan enjin kereta lalu dia keluar mendapatkan isterinya.

"Mae Ri!". Panggil Il Hoon kuat.

Mae Ri yang mendengar suara Il Hoon bingkas berdiri.

"Apa abang buat dekat sini? Tak boleh ke abang bagi saya ruang dan masa untuk bersendirian? Abang nak apa sebenarnya dari saya?!". Persoalan demi persoalan terpacul keluar dari bibirnya. Jujur dia katakan yang dia teramat lemas dengan kehadiran Il Hoon sekarang!

"I want you". Ringkas jawapan Il Hoon membuat Mae Ri semakin bengang. Mae Ri merapatkan jarak di antara mereka.

"Tell me the truth right here and right now! Why do you want a second child? Is it because you want to tie me down or simply because you want a big family". Soal Mae Ri dengan bibir terketar-ketar menahan marah

"Both. I want both and now it's your turn to answer my question. Do you still love Hae Il?".

"No".

Jawapan Mae Ri tidak menyakinkan dan tidak mampu memadamkan api cemburu Il Hoon. Digenggam kedua belah bahu Mae Ri.

"Tell me the truth! Don't you dare try to lie me". Tegas Il Hoon.

"No! I don't love you or him! Both of you hurt me. Hae Il leave me when I need him the most and you! You keep on hurting me whenever you feel jealous. Puas hati?".

Il Hoon tersenyum sinis bila mendengar jawapan isterinya. Pada masa yang sama tangannya mengelus pipi Mae Ri perlahan. Satu sentuhan yang mampu mendirikan bulu roma sesiapa pun.

"Listen here my legally wife. Whether you love me or not, you are bound to stay with me and I'm gonna make sure you stuck with me forever even if I have to kill everyone..and".

Il Hoon merenung tajam mata Mae Ri sebelum menyambung ayat seterusnya.

"you gonna carry my second baby".

My One & OnlyWhere stories live. Discover now