Bab 32: Freedom

222 7 0
                                    

"Based on her condition, do you think she can handle the agonizing pain?". Tanya Je Hoon kepada Hae Il. Belum sempat Hae Il menjawab, Mae Ri dulu mencelah.

"Saya boleh handle. Sakit yang saya rasa selama ni lagi teruk". Beritahu Mae Ri perlahan.

"Je Hoon, kita kena mulakan sekarang kalau tak..".

"Ya aku faham". Je Hoon faham apa yang Hae Il cuba sampaikan. Mae Ri diminta duduk di membelakangi Je Hoon, alkohol dituang sebagai antiseptik. Perlahan-lahan menggunakan pisau Je Hoon membuat bukaan kecil di bahagian belakang Mae Ri. Nasib mereka baik kerana masih ada kesan parut dibahagian tracker dipasang jadi memudahkan kerja Je Hoon untuk membuang tracker tersebut.

Mae Ri mengetap kuat kain tuala dibibirnya. Berpeluh-peluh dahinya menahan sakit ditoreh.

"Hang in there. You gonna be free soon".

"Dapat pun!". Ujar Je Hoon sedikit teruja. Diserahkan tracker tersebut kepada Hae Il.

"Kau kena buang tracker ni dekat tempat lain Hae Il". Sambung Je Hoon lagi sambil tangannya lincah menjahit semula bukaan yang dibuat tadi.

"Okay. Sayang tunggu saya kejap ya".

Mae Ri mengangguk. Sementara Je Hoon merawat Mae Ri, dia menghidupkan enjin motor dan bergerak menuju ke jalan besar bersama tracker yang diletakkan ke dalam poket. Sampai sahaja di jalan besar, terus dicampak tracker tersebut di atas jalan tar.

"You never gonna have her again". Ucap Hae Il sebelum dia berpatah balik ke tempat Je Hoon.

***

"What do you mean by unable to track her?".

"We lost her signal Sir and we did try to trace back the last signal but her last location is at the hospital". Beritahu Chen Jin.

Il Hoon menguak rambutnya ke belakang. Stress. Kemudian ditumbuk meja berkali-kali melepaskan perasaan marah yang bertandang.

"Arghhhh!!! Find Mae Ri or I'll kill you all". Ugut Il Hoon. Saat dia melihat katil kosong disebelahnya, sekali lagi dia hilang pertimbangan. Habis dihancurkan segala barangan di dalam bilik wad tersebut.

"FUCCCCKKKKK!!!! MAE RI! HOW DARE YOU?!! HOW DARE YOU!!". Jerit Il Hoon semahunya.

Wajah pengarah hospital yang berada di dalam wad dicerlung dengan perasaan bengang hinggakan pengarah tersebut tidak berani untuk berkata apa-apa.

"Fired everyone in this department including yourself".

"But Sir...". Dia terus mendiamkan diri apabila Il Hoon memberi jelingan maut.

"Berani kau tinggalkan aku Mae Ri. Aku akan make sure kau dalam genggaman aku balik". Dia perlu mendapatkan Mae Ri kembali hatta kalau perlu sampai membunuh orang pun dia sanggup buat.

"Mana kau pergi Mae Ri?". Soalnya. Tiba-tiba dia teringat akan sahabat baik Mae Ri, Hong Hye Jin. Kalau Mae Ri tiada di sana bermakna hanya ada seorang sahaja yang boleh bawa Mae Ri lari. Kim Hae Il....

"Chen Jin..find this person and bring her to me". Arah Il Hoon.

"Baik Chairman Kang". Akur Chen Jin sebelum menapak keluar dari bilik wad.

Il Hoon tersenyum sinis. Jangan fikir kau boleh lari dari aku Mae Ri. Il Hoon bermonolog.

***

Jeritan Hye Jin bergema di ruang bilik bawah tanah. Rasa takut menyelubungi dirinya.

"Let me go! What are you trying to do to me?" Soal Hye Jin terketar-ketar. Saat mendengar suara lelaki ketawa besar, tubuh Hye Jin menggeletar hebat.

"Siapa kau? Apa kau nak buat dengan aku?".

"Sshhh..sabar Hye Jin..aku akan cakap apa yang kau kena buat dan apa yang aku akan buat kalau kau gagal". Beritahu Il Hoon. Dia membuka kain pelitup mata yang dipakai Hye Jin.

"Kang Il Hoon? Kenapa kau buat aku macam ni? Kau tahu kan aku sahabat Mae Ri". Tanya Hye Jin yang sedikit terkejut bila melihat Il Hoon berdiri di hadapannya.

"Handsome dah handsome tapi gila, kuat cemburu". Sempat lagi dia mengomel dalam takut-takut.

"Sebab aku tahu la..aku buat macam ni. Let's cut the the story short. I need you to video call Kim Hae Il and say that you want to talk to Mae Ri. Can you do that?". Il Hoon memberi arahan.

Hye Jin yang tak tahu apa-apa semakin berasa gementar. Kenapa dia perlu terlibat dalam hal ni? Melihat dari riak wajah Il Hoon dia sedar dia di antara pilihan hidup dan mati. Dan bila mengenangkan adik-adiknya yang berada di rumah, dia terus mengangguk laju.

"Good girl. Let me press the call button". Il Hoon memasang iphone miliknya ke tripod yang terletak betul-betul di hadapan Hye Jin. Kemudian butang dial ditekan dan tak sampai beberapa saat, panggilan tersebut di angkat oleh Hae Il.

"Hae Il..you Hae Il kan? Saya..saya Hye Jin. Saya nak bercakap dengan Mae Ri". Percakapan Hye Jin sedikit tergagap dek kerana rasa takut. Dia takut dia bakal dibunuh kalau gagal dapatkan apa yang Il Hoon mahukan, dan kalau dia mati siapa yang akan jaga adik-adiknya nanti.

Mae Ri yang terdengar suara sahabatnya pantas menyahut.

"Hye Jin". Dicapai telefon bimbit dari tangan Hae Il. Alangkah dia terkejut bila melihat Hye Jin dalam keadaan terikat di dalam bilik gelap dan hanya ada satu lampu yang betul-betul terletak di atas kepala.

"Hye Jin..where are you right now? Hye Jin". Mae Ri panik melihat keadaan Hye Jin.

"Mae Ri..please talk to me...please". Pinta Hye Jin. Serentak itu Il Hoon munculkan diri dan diletak sebilah pisau di leher Hye Jin. Serentak itu raungan Hye Jin kedengaran di segenap bilik.

"Sayang...it's me".

"Il Hoon..what are you trying to do to her?".

"You should know by now sayang. I've told you right. What I will do if you try to get away from me?". Ujar Il Hoon sambil mengusap leher Hye Jin yang terdedah menggunakan pisau tersebut.

Ya, Mae Ri masih ingat semua amaran dan ugutan Il Hoon. Siapa boleh lupa kalau hampir setiap masa ayat itu diulang tayang.

"Let her go abang. I'll come back to you..I'll come back. Please abang, jangan apa-apakan Hye Jin. Dia tak salah". Rayu Mae Ri bersama deraian air mata.

"Good girl. I give you one hour to come back to me or I will send you her corpse. Bye sayang. I love you". Sempat lagi dia memberi flying kiss sebelum mematikan panggilan.

"Please let me go...I already talk to Mae Ri".

"Hurmm..tapi..kau yang bagi isteri aku nombor telefon Hae Il kan?". Hye Jin terdiam lama. Ya, memang dia yang bagi tapi dia tak tahu belakang cerita.

Il Hoon tersenyum meleret kepada Hye Jin. Satu senyuman yang sangat menakutkan dan penuh makna.

"Suprised! Surprise Hye Jin! If Mae Ri tak balik dalam masa sejam...then I have to get rid of you".

My One & OnlyWhere stories live. Discover now