Chapter 2: First Glance

771 23 0
                                    

How I wish I could turn back the time...

Mae Ri teringat akan pertemuan pertama dia dan suami. Bagaimana dia boleh jatuh ke dalam perangkap suaminya sendiri.

Kim Mae Ri baru sahaja menamatkan pelajaran di Seoul National University dalam bidang seni lukisan. Saling tidak tumpah seperti mendiang ayahnya, yang merupakan pelukis terkenal di Korea suatu ketika dahulu. Siapa yang tak kenal dengan Kim Hae Chul, satu-satunya pelukis dari Korea yang memenangi tempat pertama dalam International Art Competition.

Dan sudah menjadi impian Mae Ri untuk mengikuti jejak langkah ayahnya. Oleh kerana itu Mae Ri amat teruja apabila lukisan yang dipilih untuk dipamerkan di Art Exhibition yang diadakan di universiti-nya walaupun pameran itu tak sehebat mana namun cukup untuk membakar semangat Mae Ri untuk terus mencuba.

"Mae Ri, congrats on your first win. Madam bangga sangat dengan kamu ". Ucap Madam Sarah.

"Thank you Madam. Kalau bukan sebab didikkan madam mesti saya takkan sampai ke tahap ni". Ujar Mae Ri dengan senyuman manis.

Madam Sarah hanya membalas dengan anggukkan. Sejak pertama kali dia melihat Mae Ri dia tahu pelajarnya itu sangat berbakat dan bila dia tahu Mae Ri adalah anak kepada mendiang Kim Hae Chul, makin bertambah kuat firasat hatinya.

"Anyway, once you get famous. Don't forget about me". Tutur Madam Sarah sambil menepuk perlahan lengan Mae Ri.

"I will never madam".

Sedang mereka rancak berbual, mata Mae Ri tidak lepas memandang susuk tubuh sasa seorang lelaki yang sedang khusyuk melihat lukisannya. Kalau dilihat dari arah belakang sememangnya terpancar karisma yang mampu membuat mana-mana gadis jatuh cinta.

"Madam, will you excuse me? I would like to say hi to that gentleman over there". Mae Ri meminta diri.

"Sure why not. If there's anything just give me a call ya".

"Okay madam".

Usai mempamit diri, perlahan dia mengorak langkah ke arah jejaka tersebut. Jejaka yang memancarkan satu aura misteri sekaligus menarik perhatian Mae Ri.

"Hi". Sapa Kim Mae Ri ramah.

"Hi". Balas Il Wook seraya memalingkan tubuhnya ke arah Mae Ri.

Untuk seketika dia tergamam melihat gadis yang berdiri di hadapannya. Wajah cantik persis bidadari membuat dia rasa ingin memiliki gadis itu.

My One & OnlyWhere stories live. Discover now