Chapter 11: Last Warning

455 13 0
                                    

Il Hoon terus menolak tubuh Mae Ri ke sofa sebaik sahaja dia memastikan Dong Hoon keluar dari wad. Dicekiknya leher Mae Ri hingga merah padam muka isterinya menahan sakit.

"I have warn you so many times tapi kau masih berdegil. Kau masih nak berjumpa dengan dia kan. Kau memang tak serik. Ini last warning aku untuk kau, sekali lagi aku nampak kau berjumpa dengan dia atau mana-mana lelaki. Aku akan buat apa yang aku pernah janji dulu". Ugut Il Hoon dengan suara yang ditekankan.

Air mata Mae Ri mula mengalir laju, dia memegang erat tangan Il Hoon yang berada di lehernya. Dan pada masa yang sama Mae Ri sedar dia tiada pilihan lain selain dari menerima Il Hoon di dalam hidupnya. Hanya dengan cara itu dia takkan disakiti lagi.

"Abang, saya...saya takkan buat benda yang abang tak suka lagi. Saya janji saya akan dengar cakap abang. Saya akan jaga abang dan anak kita sebaik mungkin". Ucap Mae Ri dalam tangisan.

Il Hoon tersentak bila mendengar perkataan 'anak kita'. Untuk seketika dia benar-benar terlupa yang Mae Ri sedang mengandungkan anaknya. Perasaan marah membuat dia buta dan terlupa. Sepantas kilat dia melepaskan leher Mae Ri lalu dia memeluk isterinya erat. Silap dia kerana terlampau beremosi tadi.

"I love you and I'm sorry..I'm sorry for hurting you sayang". Ucap Il Hoon yang rasa bersalah.

Mae Ri diam tak membalas, dia sekadar memejamkan mata rapat. Jika ini mampu membuat hidup dia kurang terseksa maka dia rela untuk cuba menerima Il Hoon di dalam hatinya.

***

4 bulan berlalu sejak peristiwa di hospital. Kini Mae Ri di dalam trimester yang kedua. Dan semenjak dia mengandung Il Hoon tidak lagi menggasari dirinya cuma kawalan terhadap pergerakkan dia sahaja yang menjadi semakin ketat.

Mae Ri tidak lagi dibenarkan keluar dari kawasan rumah melainkan dengan kebenaran Il Hoon. Kemana sahaja dia pergi, perlu diberitahu. Telefon bimbitnya juga mempunyai tracker untuk mengesan pergerakkan dia.

Tapi tipulah kalau Mae Ri tidak pernah curi curi keluar untuk ke tasik yang terletak 200 meter dari rumahnya.

Contoh macam sekarang, dia curi curi keluar sekali lagi untuk ke tasik. Bukan dia sengaja nak menaikkan darah Il Hoon cuma dia rasa lebih tenang bila tiada pengawal yang 24 jam mengekori dirinya. Bukankah Mae Ri juga seorang manusia yang memerlukan ruang untuk bernafas?

Ya dia juga manusia...

Mae Ri duduk di atas kerusi batu. Bibirnya terukir senyuman bahagia bila dapat menghirup udara segar. Terasa lapang dadanya bila tidak lagi berada di dalam pengawasan Jin Young dan konco-konconya itu.

"Baby, Mama curi-curi keluar sekali lagi. Mama tahu baby pun lemas kan duduk dalam rumah jadi mama bawa baby keluar. Kita tengok sunset sama-sama ya". Ucap Mae Ri sambil mengusap lembut perutnya yang semakin menonjol.

Sesekali Mae Ri melempar pandangan ke kawasan sekeliling sebelum pandangannya terhala ke arah dua kanak-kanak yang sedang seronok bermain sesama mereka. Tercetus tawa kecil di bibir Mae Ri bila memerhatikan gelagat kanak-kanak tersebut.

"Comelnya. Agak-agak anak mama pun nakal macam tu tak nanti?". Soal Mae Ri kepada anak di dalam perutnya itu.

Mae Ri tersenyum kecil sebelum menyambung bicaranya.

"Anak mama...mama janji akan jaga dan bahagiakan sayang sampai hujung nyawa mama dan mama akan buat apa sahaja untuk pastikan anak mama ni selamat". Ucap Mae Ri sebak.

Air mata yang mengalir perlahan di pipi diseka dengan belakang tangan. Ya, Dia akan kotakan janjinya walau maut yang menanti.

***

Il Hoon menghempas file di atas meja. Bukan main bengang dia lagi bila mendapat khabar berita Mae Ri keluar dari rumah tanpa pengetahuan Jin Young.

"What do you mean she is not in the house?!!! I told you to freaking monitor her. I don't care! Find her or you are dead!". Jerkah Il Hoon di corong telefon sebelum mematikan talian.

Dia menggeleng perlahan sambil memicit pelipis dahi. Sakit betul hati dia dengan berita yang baru diterima. Wajah Chen Jin yang berdiri di di hujung meja kaca dipandang dengan perasaan sebal.

"Chen Jin, take me home now". Arah Il Hoon seraya menapak keluar dari ruangan pejabat.

"Baik Sir". Akur Chen Jin yang menyusul di belakang. Pada nasa yang sama tangannya lincah menghantar mesej supaya pemandu peribadi Il Hoon bersiap sedia di lobi syarikat.

Sepanjang perjalanan, Il Hoon tak senang duduk. Kejap-kejap dia mengeluh perlahan. Jujur dia takut akan kehilangan Mae Ri tambah lagi bila lokasi terakhir dikesan adalah di dalam rumah.

"Mae Ri don't you dare to leave me". Gumam Il Hoon perlahan.

Manakala Chen Jin pula memerhatikan sekeliling kawasan cuba mencari kelibat Mae Ri dan sejurus itu matanya tertancap kepada susuk tubuh wanita yang sedang duduk di bangku batu di tepi tasik.

"I found her President Kang".

"Where?".

"There she is, she sitting on the bench". Beritahu Chen Jin sambil menunjukkan ke arah Mae Ri yang sedang menikmati pemandangan tasik.

"Stop the car". Arah Il Hoon kepada pemandunya dan spontan itu kedengaran bunyi tayar berdecit.

Sebaik sahaja kereta berhenti, pantas Il Hoon keluar mendapatkan Mae Ri.

"Sayang!". Panggil Il Hoon. Dia melangkah laju menuju ke arah isterinya.

Dan Mae Ri pula terasa nafasnya terhenti untuk seketika apabila mendengar suara Il Hoon. Dia mengetap bibir bawah kuat. Dek kerana rasa takut yang menggila, badannya mula menggigil hebat. Perlahan-lahan Mae Ri memalingkan wajahnya ke belakang.

"Abang....abang...saya bukan taknak bagitahu abang. Saya cuma rimas duduk dalam rumah. Sumpah, saya takda jumpa sesiapa. Betul abang". Terketar-ketar suara Mae Ri menjelaskan.

"Hey..ssshh..I'm not mad at you. I'm just worried". Pinggang Mae Ri ditarik ke dalam pelukkan lalu dikuis rambut yang menutupi wajah isterinya itu.

"Kenapa tak minta kebenaran abang tadi?". Soal Il Hoon.

"Saya..saya minta maaf". Itu sahaja ayat yang mampu Mae Ri ucapkan buat ketika itu.

Il Hoon sekadar mengukir senyuman tipis dan tangannya mengusap perlahan perut Mae Ri. Hilang rasa marah dan risau bila Mae Ri kini berada di depan mata.

"You know how much I love you sayang. I don't want to lose you so starting from today, you will stay by my side for every single minute".

Berubah keruh wajah Mae Ri bila mendengar arahan terbaru Il Hoon.

"Abang...". Panggil Mae Ri lembut.

"Ya sayang? Kenapa? Taknak duduk dengan abang?". Soal Il Hoon dengan suara yang tegang. Bukan dia tak tahu Mae Ri ingin membantah arahannya.

"Bukan macam tu".

"Then?".

"Nothing..". Balas Mae Ri pasrah.

Arahan terbaru Il Hoon membuat Mae Ri semakin terasa sesak dan terseksa. Mengapa sampai ke tahap ini dia dikawal? Lupakah Il Hoon yang isterinya ini seorang manusia bukan binatang peliharaan? Mae Ri menghela nafas berat. Wajah Il Hoon yang masih rancak mengusap perutnya dipandang dengan perasaan berbaur.

My One & OnlyWhere stories live. Discover now