Bab 31: Fate

244 5 0
                                    

Hae Il mengambil back up kit yang disimpan di dalam bilik, kemudian di isi peluru ke dalam Heckler and Koch P30L miliknya.

Telefon bimbit yang berdering diangkat Hae Il. Dia tahu itu adalah Sung Kyu dan dia pasti sahabatnya mempunyai maklumat terbaru.

"Hae Il..Mae Ri dah dipindahkan ke Hospital di Seoul. Aku ada hantar live location dekat handphone kau". Beritahu Sung Kyu.

"Thank you. I owe you this one".

"No problem Hae Il. Just be careful". Pesan Sung Kyu sebelum menamatkan perbualan mereka.

Hae Il membuka lokasi yang telah dihantar oleh Sung Kyu sebentar tadi. Pin berwarna hijau yang berkelip menunjukkan Mae Ri masih lagi di hospital. Terus disarungkan jacket kulit berwarna hitam dan dicapai kunci superbike miliknya.

Mata Hae Il penuh dengan rasa tekad, hidup mati Mae Ri perlu diselamatkan.

***

Perlahan-lahan Mae Ri membuka matanya dari tidur yang lama. Walaupun tubuhnya terasa perit, digagahi juga dirinya untuk bangkit dari pembaringan.

Dia termenung seketika cuba mengingati apa yang telah berlaku. Selintas wajah bengis Il Hoon terlayar di ruang mata dan serentak itu juga nama Nari terbit di bibirnya.

"Nari...anak mama dekat mana sayang?".

Walaupun tubuhnya perih namun hanya Nari yang ada di dalam kepala ketika ini, dia perlu pastikan anaknya selamat barulah hati dia akan terasa lega. Tetapi bila tiada yang menjawab pertanyaan dia tadi, tahulah dia yang Il Hoon dan Nari tiada disini. Perlahan-lahan dia berengsot ke birai katil.

"Sayang dah bangun?".

Suara Il Hoon memaksa dia untuk angkat muka. Kelihatan Il Hoon sedang berdiri di muka pintu bersama dulang di tangan.

"Ni abang ada bawa sarapan untuk sayang. Abang suapkan sayang makan ya".

Mae Ri diam tak menjawab, wajahnya yang penuh lebam dan bengkak sana sini dikalihkan ke arah lain sebelum membalas kata-kata suaminya itu.

"Saya tak lapar".

"Tapi sayang dah seharian tak makan. Isi la perut tu sikit". Il Hoon masih cuba memujuk.

Mae Ri menggeleng laju. Kalau dia taknak, maknanya dia taknak la. Takkan susah sangat nak faham.

"Saya dah cakap saya tak lapar kan. Kenapa abang nak paksa-paksa saya?".

Mendengar ayat-ayat Mae Ri, Il Hoon mendengus kasar. Dulang yang berisi makanan diletakkan di atas meja kopi sebelum dia menapak ke arah Mae Ri yang masih menala pandangan ke arah tingkap bilik.

"Bila bercakap pandang abang. Abang bukan tunggul kayu".

"Saya pun bukan patung untuk abang suka-suka hati lempiaskan nafsu dan pukul bila abang nak". Luah Mae Ri sebak.

Tubir matanya mula terasa panas. Setiap kali dia teringat apa yang berlaku pasti badannya terasa sakit yang teramat.

"Abang mi...".

Bunyi telefon bimbit berdering mematikan ayat Il Hoon. Diangkat panggilan dari Chen Jin itu tapi matanya tak lepas memandang ke arah Mae Ri yang duduk membeku di birai katil.

"Hello..ada apa Chen Jin?".

"Chairman Kang, there's an issue regarding our project in Jeju. All of the board of directors are holding emergency meeting right now".

"Get the car ready and inform them I'll be in for that meeting". Arah Il Hoon.

"Yes sir".

Usai panggilan dimatikan, wajah Mae Ri dipandang lama sebelum dia membuka bicara semula.

My One & OnlyWhere stories live. Discover now