Chapter 3: Misery

599 19 1
                                    

Cahaya yang menorobos masuk melalui tingkap membangunkan Mae Ri dari lenanya. Terpisat-pisat dia cuba membuka mata yang sedikit silau. Dia cuba bangkit dari pembaringan namun tubuhnya yang terasa perit akibat dipukul semalam membatalkan niatnya untuk bangun. Perlahan dia kembali melabuhkan tubuh di atas tilam empuk itu.

Make it look like a suicide

You are my wife...forever Mae Ri

Mae Ri teringat semula ayat yang diungkapkan semalam dan tanpa sedar dia mula menangis teresak-esak. Benarkah tiada jalan lain untuk dirinya? Benarkah langsung tiada ruang untuk dia melepaskan diri? Fikir Mae Ri dalam tersedu-sedan. Dia bangun semula dari katil.

Jiwa Mae Ri mula terasa sesak. Dipegang erat dadanya yang terasa sakit dan serentak itu juga air matanya semakin deras mengalir.

"Hanya mati boleh pisahkan kita sayang".

Mae Ri menggeleng laju. Tak! Tak mungkin itu sahaja cara yang ada untuk dia bebas dari genggaman Il Hoon. Dia pasti ada cara lain tapi apa? Dengan pengaruh Il Hoon yang terlalu kuat amat mustahil untuk dia membuat apa-apa tanpa tertangkap. Mae Ri semakin tertekan. Dicengkam rambutnya dengan kedua belah tangan.

Diasak dengan perasaan yang semakin menggila tanpa dia sedari dia meraung semahunya.

"Papa!! Help me!!! Papa!!!!!! Noo!! I don't want to live like this anymore".

You are my wife...forever Mae Ri

"No!! No!!!". Teriak Mae Ri bersama juraian air mata. Seperti orang hilang akal, dia mula melempar satu persatu barang yang ada di dalam bilik tidur mereka hingga semuanya pecah berderai.

Puas melempar dan memecahkan barang, Mae Ri melangkah longlai ke arah bilik air tanpa menghiraukan kaca-kaca yang bertaburan. Dipijak kaca-kaca tersebut tanpa sebarang reaksi diwajah. Pada Mae Ri sakit di kakinya tak setanding sakit yang hatinya terpaksa tanggung.

"Hanya mati boleh pisahkan kita sayang".

"If death is the only way..be it". Gumam Mae Ri pasrah. Dicapai satu serpihan kaca yang berada di atas lantai sebelum dia menyambung langkah ke bilik air.

Andai mati yang boleh membebaskan dirinya dari cengkaman Il Hoon maka Mae Ri sanggup mati dari terus hidup bersama suaminya.

"Papa, Mae Ri tak sabar nak jumpa papa balik".

***

*Knock knock*

Bunyi ketukkan bertalu-talu di pintu pejabat memaksa Il Hoon  untuk berhenti fokus pada file hitam ditangan. Perlahan dia mengangkat wajah memandang ke arah pintu pejabat seraya memberi kebenaran untuk masuk.

 Perlahan dia mengangkat wajah memandang ke arah pintu pejabat seraya memberi kebenaran untuk masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My One & OnlyWhere stories live. Discover now