Chapter 5: Child

668 16 0
                                    

Il Hoon tak senang duduk. Sekejap dia duduk di kerusi besi, sekejap lagi dia berdiri sambil bermundar-mandir di hadapan bilik rawatan. Hampir dua jam dia menunggu namun masih lagi tiada khabar berita berkenaan isterinya itu. Dia menggigit bibir bawah cuba melawan perasaan galau yang mula merajai tangkai hatinya. 

"Please be fine sayang. Please don't leave me". Ulang Il Hoon berkali-kali. Sungguh dia amat risaukan keadaan Mae Ri ketika ini. Sesekali dia meraut wajahnya dengan kedua belah tangan.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian Il Hoon lantas dia menapak laju mendapatkan Doktor Lee yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan. Lengan doktor Lee dipegang erat mengharapkan berita positif dari doktor lelaki itu.

"Mae Ri macam mana?". Soal Il Hoon sedikit tak sabar.

"Isteri President Kang dah stabil. Luka dia pun kami dah rawat. Nothing serious except for she is under a lot of stress and it is not good for her pregnancy". Jelas Doktor Lee.

Il Hoon terdiam untuk seketika. Wajah Doktor Lee yang masih tersenyum tipis dipandang dengan perasaan tak percaya. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Mae Ri..isterinya sedang mengandungkan anak mereka?

"What do you mean by pregnancy?". Tanya Il Hoon untuk kepastian.

"Dah takda makna lain President Kang melainkan Madam Kim mengandung zuriat President Kang". Jelas Doktor Lee sekali lagi. 

Il Hoon menutup mulut tak percaya. Berselang-seli dia memandang wajah Doktor Lee dan Chen Jin sebelum ditarik tubuh lelaki tua itu ke dalam pelukkan erat. 

"Pregnant?? My wife is pregnant doctor? I'm having a baby??". Soal Il Hoon untuk sekian kalinya cuma kali ini dia lebih ke arah teruja.

"Yes you are having a baby and congratulations President Kang". Jawab Doktor Lee sambil menepuk belakang Il Hoon perlahan.

"Where is my wife? Can I see her doctor?". Tanya Il Hoon seraya meleraikan pelukkan. Tak lepas dia memandang wajah Doktor Lee ketika ini.

"We are sending her to the VVIP ward room. You can see her right afterwards but she still unconscious at the moment. Like I said don't make her too stress out". Pesan Doktor Lee lagi.

"Kalau takda apa-apa saya pergi dulu ya President Kang". Pamit Doktor Lee.

Il Hoon mengangguk faham. Usai kelibat Doktor Lee hilang dari pandangan mata, dia meraup wajah lagi sambil menghela nafas lega. Dipandang wajah Chen Jin yang masih setia berdiri di sisinya itu.

"I'm going to be a father Chen Jin". Ucap Il Hoon bahagia. Tak lekang senyuman di bibir lelaki itu sejak menerima berita baik dari Doktor Lee tadi.

Chen Jin tersenyum manis. Rasanya sepanjang dia berkerja dengan Il Hoon, ini merupakan kali pertama dia melihat Il Hoon seteruja ini. Satu-satunya sisi Il Hoon yang tak pernah dia lihat.

"Congrats President Kang". Ucap Chen Jin yang turut berasa teruja.

***

Usai diberitahu Mae Ri sudah berada di wad, kakinya mula melangkah laju naik ke wad VVIP. Demi Tuhan dia tak sabar untuk bertemu dengan isterinya itu. Il Hoon pasti Mae Ri pun akan turut teruja dengan berita ini. Mana taknya hampir dua tahun mereka menantikan kehadiran cahaya mata dan kini penantian mereka sudah berakhir.

"We having a baby Mae Ri. I will take a good care of you and our baby...my love". Janji Il Hoon penuh yakin.

Sampai sahaja di wad, perlahan dia membuka pintu bilik wad dan kelihatan Mae Ri sedang terbaring lemah dalam keadaan kedua belah tangannya berbalut. Penuh hati-hati Il Hoon menapak ke arah isterinya lalu dikucup kasih dahi Mae Ri. Sesekali diusap rambut ikal mayang milik isterinya itu sebelum digenggam tangan Mae Ri erat.

Tiba-tiba terbit rasa kesal di hati bila melihat keadaan isterinya yang masih tak sedarkan diri.

"Maafkan abang sayang sebab gagal lindungi sayang. Abang janji akan jaga sayang dan anak kita sebaiknya lepas ni". Ujar Il Hoon lirih. Dia duduk di birai katil sambil merenung segenap wajah isterinya itu.

"Pa...pa". Kedengaran suara Mae Ri yang serak tanda dia mula sedarkan diri.

"Mae Ri...sayang dah sedar...".

"Saya dekat mana? Apa yang dah jadi? Kenapa sakit sangat badan saya ni?". Soal Mae Ri perlahan. Berkerut dahinya menahan perit di tubuh.

"Kita dekat hospital. Tadi sayang pengsan". Jelas Il Hoon ringkas. Dibantu Mae Ri yang cuba bangun untuk bersandar di katil.

"Macam mana saya boleh pengsan?"

"Sayang cederakan diri sayang".

Mae Ri terdiam sejenak. Dia memandang kedua belah tangannya yang berbalut. Kini dia dah ingat apa yang berlaku tapi dia masih mempamerkan riak wajah tenang seolah-olah apa yang berlaku bukan perkara besar.

"Boleh bagi saya air..".

Il Hoon mengangguk. Segera dia mendapatkan cawan yang berisi air lalu dia membantu Mae Ri untuk minum.

Habis sahaja air di dalam cawan, Mae Ri kembali membaringkan diri dan memejamkan matanya rapat untuk berehat. 

Il Hoon pula bila melihat isterinya dalam keadaan tenang dan selesa, penuh hati-hati Il Hoon memulakan bicara.

"Sayang, abang ada berita baik nak share dengan sayang".

"Awak setuju untuk lepaskan saya?". Soal Mae Ri penuh harapan.

Wajah Il Hoon berubah tegang namun dikawal sehabis baik perasaan baran yang bertandang. Sebolehnya dia tak mahu bertekak dengan Mae Ri tentang perihal hal yang sama berulang kali.

"Bukan tu yang abang nak cakap. Lagipun kan abang pernah cakap hanya mati boleh pisahkan kita".

"Jadi good news apa yang abang nak bagitahu tadi". Suara Mae Ri sedikit mengendur. Terkilan kerana apa yang diharapkan tak dapat dikecapi.

"We are having a baby Mae Ri. You are pregnant with my child".

Kini giliran wajah Mae Ri berubah riak. Dia mulai panik. Tak mungkin dia mengandung. Mana pernah dia lupa ambil birth control pills. Macam mana boleh jadi macam ni. Wajah ceria Il Hoon dipandang sekilas sebelum dia memandang ke arah perutnya yang masih kempis.

Mae Ri menggeleng laju.

"Tak! Tak! Tak mungkin!! Saya taknak!! Saya taknak anak ni. Buang dia!! Buang!!". Jerit Mae Ri sekuat hati. Dia menjerit histeria, dipukul-pukul perutnya berulang kali.

Il Hoon panik bila melihat reaksi Mae Ri yang diluar jangkaannya. Pantas tangan Mae Ri yang masih memukul perutnya digenggam erat.

"Mae Ri stop!!! Doctor!! Nurse!". Laung Il Hoon kuat. Tak cukup dengan mengenggam tangan Mae Ri, ditekan kedua belah tangan isterinya ke katil untuk mengawal pergerakkan Mae Ri.

"Aku taknak anak ni!!! Aku taknak!! Aku tahu kau nak guna anak ni untuk ikat aku!!! Buang bayi ni cepat!!". Raung Mae Ri kuat.

"Ni anak kita sayang. Ni tanda cinta kita".

"Ini bukan tanda cinta sebab aku tak pernah cintakan kau!". Jerit Mae Ri seperti orang gila.

"Mae Ri sayang.."

"Lepaskan aku! Aku akan pastikan anak ni takkan lahir. Aku akan make sure anak ni mati!".

Il Hoon tak mengendahkan kata-kata Mae Ri sebaliknya dia memanggil jururawat untuk sekian kalinya.

"Nurse!!!".

Serentak itu juruwat bergegas masuk bersama ubat penenang dan terus disuntik ubat penenang tersebut ke IV line di tangan Mae Ri.

Semakin lama rontaan Mae Ri semakin lemah akibat dari kesan ubat penenang itu.

"Nurse...Help me ...get rid of this baby". Ucap Mae Ri perlahan sebelum dia kembali tidur bersama linangan air mata.

My One & OnlyWhere stories live. Discover now