Episod 1

165 8 0
                                    

1. Int. Banglo Datin Balqis dan Dato Muntazar - pagi
Watak : Mia, Datin Balqis, Amsyar, Suhaida, Izamel

MIA bertungkus-lumus menyiapkan hidangan buat penghuni banglo 4 tingkat serba mewah ni. Sudah menjadi rutin menyediakan keperluan mereka walaupun azalinya Mia hanya perlu melayan  Amsyar saja. Namun, ibu bapa Amsyar menidakkan kewajipan isteri dalam melayan suami. Mereka mewujudkan kewajipan ciptaan sendiri : isteri selepas berkahwin, jadi hamba buat keluarga belah suami.

Datin Balqis {Tak puas hati mee gorengnya sedikit berbanding anak-anaknya}
( Jerit) MIAAAA!!!!

Mia { Kelam-kabut}
Y... Ya Datin.....

Datin Balqis { Tunjuk mee goreng dalam pinggan}
Ni! Kenapa mee goreng aku sikit sangat kau letak?! Aku ni mak mertua kau! Kau kena letak banyak-banyak dalam pinggan aku!

Datin Balqis melumur mee goreng pada muka Mia. Mia menahan kepedihan terkena sambal.

Amsyar { Halang Datin Balqis. Tarik lengan Mia menjauhi Datin Balqis}
Mummy buat apa? Pagi-pagi dah buat bising

Datin Balqis { Tak puas}
Isteri kamu ni lah, Am. Mee goreng favourite Mummy!. Dia pula tak bagi Mummy makan banyak!

Amsyar { Renung Mia dengan dingin}
Kau sengaja ke?. Kau tahu kan Mummy aku suka makan mee goreng?. Letak lah banyak-banyak.

Baru puas menantunya dimarahi!. Amsyar membersihkan sambal pada muka Mia menggunakan tisu di atas meja makan.

Mia { Tunduk}
Ma... maaf. Tapi tu tempat Cik Suhaida. Cik Suhaida memang makan sikit. Datin salah duduk....

Datin Balqis tersentak. Dia sendiri tidak perasan terduduk di tempat anak perempuannya. Datin berlagak selamba. Tetap mahu selamatkan diri sendiri.

Datin Balqis
Mana - mana sama saja!. Kau nak salahkan aku?!

Suhaida { Jeling Datin Balqis}
Mummy...... dah tahu-tahu tu tempat Aida. Mummy nak salahkan Kak Mia pulak

Amsyar
Case close. Mummy bangun lah. Tak payah bising-bising.

Datin Balqis berdecit. Semua hendak mempertahankan anak buangan keluarga tu!.

Izamel
Morning Kak Mia, Abang Am. Wow mee goreng!

Mia { Ambil teko kopi}
Izam nak kopi? Akak tuangkan

Izamel
Kak Mia tuang dulu Abang Am punya. Dia suami Kak Mia. Kak Mia wajib layan suami dulu. Bukan jadi hamba kitorang

Datin Balqis tersentak Izamel menyindirnya. Mia mendengar kata Izamel, lalu menuang kopi dalam cawan Amsyar.

Suhaida
Sedapnya!!!!! Resipi baru Mak Som ke ni?. Pedas-pedas manja!

Mia
Kakak yang masak, Cik Suhaida.  Nak cuba resipi baru. Heheh

Izamel
Masakan Kak Mia sedap kan, Abang?. Untung abang dapat kahwin dengan Kak Mia!

Datin Balqis { Benci anak-anaknya memuji Mia}

***********

2. Int. Dapur - masih pagi
Watak : Mia, Dato Muntazar, Amsyar

GELAS, dan pinggan-pinggan yang baru dicuci dan dikeringkan di susun kemas dalam kabinet. Dato Muntazar menghampiri menantunya. Meskipun berbadan gempal, gadis itu mempunyai ralit pinggang menawan.

Dato Muntazar { Memeluk pinggang Mia}
Cantiknya tubuh Mia. Geram Daddy tengok

Mia { Meronta}
( Takut) Dato..... jangan..... nanti Datin nampak.....

Dato Muntazar { Mengecap-ngecap bibir}
Panggil lah Daddy...... atau Mia nak panggil  Daddy 'abang'?

Gila!

Mia menjerit . Cepat saja ditekup tangan besar Dato Muntazar.

Dato Muntazar { Mengunci pergerakan Mia}
Shhh...... jangan kacau semua orang. Anak-anak abang busy siapkan assignment. Bini abang, gosip sana sini. Mia layan lah abang please?

Mia { Menolak-nolak wajah Dato Muntazar yang menggesel-gesel pada pipinya}
JANGAN!!!!!!!!

Amsyar
Daddy!

Dato melepaskan Mia. Berlakon seperti tiada apa-apa. Mia menggigil sambil memeluk tubuhnya yang baru disentuh Dato Muntazar.

Amsyar
Mata Am tak pernah menipu!. Am baru saja nampak Daddy sentuh isteri Am!. Mia, naik atas!. Kemas baju-baju Mia!. Kita pindah hari ni juga!

Mia akur.

Dato Muntazar
Daddy tak buat apa-apa. Sumpah, Am!. Mia .... Mia goda Daddy dulu!. Am ada bukti Daddy kacau Mia?.

Amsyar kematu di situ. Sayangnya, Amsyar terlupa nak record perbuatan keji Daddynya. Cis!

***********

3. Ext. Tempat letak kereta - hampir tengahari

Watak : Izamel, Mia, Amsyar, Suhaida, Datin Balqis

Datin  Balqis { Merayu }
Am duduk lah dengan Mummy..... Mummy nanti tinggal sorang-sorang bila Izam dan Aida pergi Universiti!

Amsyar { Capai tangan Datin Balqis}
Mummy, Am nak hidup berdikari dengan Mia. Kami suami isteri. Mia tanggungjawab Am.

Datin Balqis { Renung tajam pada Mia. Tunding jari}
Hoi anak buangan! Kau yang hasut anak aku tinggalkan rumah ni kan?!

Suhaida
Mummy! Biarlah Along nak duduk berdua dengan Kak Mia!

Izamel
Entah Mummy ni! Macam lah Along masik budak lagi!. Along dah besar panjang lah!

Datin Balqis
Korang sanggup lawan Mummy sebab anak buangan tu?! Kau memang anak sial Mia Najwa!!!!!

Mia sudah berjurai air mata. Amsyar membawanya masuk ke kereta. Makin lama Mia berada di situ untuk mengucap salam perpisahan dengan adik beradik iparnya, Mummy akan makin hebat mencemuh.































Drama : Setulus Cinta Dari Mu • siri perempuan chubbyWhere stories live. Discover now