Episod 21

50 4 2
                                    

1. Int. Rumah Kamarul - pagi

Watak : Puan Mahaida ,  Amira, Kamarul

Puan Mahaida { Tengok apa dimasak Amira. Tengking }
Nasi lemak? Pagi-pagi makan nasi lemak? Kamu nak Ibu kolesterol ? Pandai ke tak kamu masak sebenarnya, Amira?!

Amira { Berhenti mengacau sambal}
Abang Kamarul minta Mira masak Nasi Lemak, Ibu. Buat bekal pergi kerja.

Puan Mahaida { Marah }
Arul tak suka nasi lemak! Aku lagi lama kenal dia daripada kau! Setahu aku, Arul makan nasi goreng, mee hoon goreng, lontong goreng! Eeii.... tak pernah-pernah makan benda-benda semua ni! Loya tekak aku!

Amira { Berduka }
Mira ikut apa Abang nak.

Puan Mahaida
Aku tak suka kau jadi menantu aku. Tiba-tiba bawa balik kau masuk keluarga aku tanpa berbincang. Geram aku!. Arul dah mula belakangkan mak dia! Mak yang bertarung nyawa lahirkan dia ke dunia!.

Amira { Tunduk }
Minta maaf, Ibu. Abang lamar Mira terlebih dulu. Mira tak sanggup tolak. Benda baik tak boleh dilambat-lambatkan.

Puan Mahaida { Tarik telinga Amira}
Jangan kau berlagak baik depan aku! Aku tak restu hubungan kau berdua!

Kamarul { Merangkul pinggang Amira}
Hei sayang. Hari ni kita dah boleh pindah rumah.

Puan Mahaida { Tak setuju }
Kamu nak buang Ibu?

Kamarul { Cuba berlembut hati}
Ibu, Arul nak minta maaf sangat-sangat pada Ibu. Dah sampai masa Arul tinggal berdua dengan Mira. Ibu nak tengok Arul bahagia kan?

Puan Mahaida { Membantah }
Ibu tak setuju!!!!!! Arul duduk sini dengan Ibu!!!!

Kamarul
Mira, kemas baju ya sayang?

Puan Mahaida { Pegang kaki Kamarul. Nangis }
Arul dah terkena buatan ! Arul balik lah pada Ibu!

Kamarul
Sanggup Ibu cakap macam tu pada Mira? Dari awal Arul kahwin, Ibu memang tak pernah restu hubungan kami. Kami hanya manusia biasa. Ibu tetap Ibu Arul. Arul tak nak jadi anak derhaka. Benarkan Arul pergi. Daripada Arul menderhaka pada Ibu

Puan Mahaida { Terduduk. meraung-raung atas lantai }
Kamarul!!!!

Amira { Rasa kasihan }
Abang..... tak apa ke tinggalkan Ibu?

Kamarul { Senyum kelat }
It's okay. Abang hanya mahu mendidik Ibu supaya belajar terima orang lain. Abang dah nampak semuanya. Mira didera Ibu, kena tendang.

Imbas kembali ...

Puan Mahaida memukul Amira kerana membersihkan biliknya. Bilik Puan Mahaida adalah kawasan larangan. Namun, dia tidak memaklumkan pada Amira. Puan Mahaida memang sengaja tidak memberitahu Amira kerana mahu menderanya.

Amira { Tepuk-tepuk tilam Puan Mahaida. Tangannya memegang bulu ayam}

Puan Mahaida { Bercekak pinggang di daun pintu}
Kau masuk bilik aku?! Bilik ni kawasan larangan! Memang dasar menantu derhaka!

Amira { Mempertahankan diri dimarahi}
Mira cuma nak ambil baju kotor. Nampak cadar ni berhabuk sikit. Mira bersihkan.....

Puan Mahaida { Cubit lengan Amira}
Kau lawan cakap aku?! Ini mak bapak kau ajar ?! Aku tak suka orang luar ceroboh bilik aku! Lagi-lagi menantu bukan pilihan macam kau!!!

Amira { Menangis }
Ampun, Ibu, ampun.....

Puan Mahaida menendang kaki Amira menyebabkan kakinya tegang lalu jatuh.

Puan Mahaida
Aku akan minta anak aku ceraikan kau!

Kamarul menyaksikan kekejaman ibunya melayan Amira di belakang pintu. Beginikah perangai sebenar Ibunya ketika dia pergi bekerja?

Imbas kembali tamat

Amira
Maafkan Mira, abang. Mira bukan sengaja nak rahsiakan benda ni dari abang

Kamarul { Pegang tangan Amira. Senyum}
Tak apa , sayang. Asalkan sayang dah selamat

Amira { Senyum }

***


2. Int. Bilik tidur Amsyar - pagi

Watak : Mia, Amsyar, Suhaida

Amsyar demam disebabkan terkena hujan. Dia hanya berehat di bilik.

Suhaida { Membawa semangkuk bubur ayam. Merungut }
Degil sangat nak redah hujan. Kan dah demam?. Aida bukan selalu balik sini.

Amsyar { Tutup muka dengan selimut}
Cakap baik-baik depan orang sakit. Telinga abang bingit dengar suara Aida

Suhaida { Letak bubur atas meja bersebelahan katil}
Abang makan. Sejuk bubur tu nanti lama -lama dibiarkan

Amsyar { Tertanya-tanya}
Siapa masak bubur? Aida? Aida bukan tahu masak

Suhaida { Mempermainkan Amsyar}
Nak tahu siapa masak? Kak Mia lah. Sayangnya Kak Mia pada abang. Jealous Aida.

Amsyar { Duduk. Makan bubur }
Mia dah ingat abang?

Suhaida
Belum kut. Kak Mia tengok resipi dalam YouTube tadi. Aida tolong sikit-sikit. Potong ayam, siang sayur Aida yang buat.

Amsyar { Mengangguk pelan}
Sedap

Mia { Bawa susu coklat panas }
Susu coklat untuk Abang kacak

Suhaida
Kak Mia, Aida dah cakap Kak Mia tak boleh masuk. Nanti Kak Mia kena jangkit

Mia { Sedih. Tangan diposisi tengah-tengah peha }
Mia nak jaga abang kacak....

Amsyar { Senyum kecil. Kesian tengok Mia kena marah dengan Suhaida }
Bagi saja lah Kak Mia jaga abang

Suhaida { Mengalah}
Ya lah ya lah. Aida keluar dulu. Abang nak apa-apa cakap dengan Kak Mia.

Mia { Tenung Amsyar sedang makan buburnya}
Sedap tak abang kacak?

Amsyar { Hirup saki-baki air rebusan sup ayam}
Mestilah. Isteri abang yang masak.

Amsyar dah habis makan. Mangkuk itu dibiarkan atas meja.

Amsyar { Mencapai tangan Mia, dilekapkan ke dahinya }
Panas tak dahi abang?

Mia { Beri pil demam pada Amsyar }
Panas sikit aje. Abang rehat lah. Mia jaga. Nah pil demam

Amsyar { Takut makan pil. Cuba mengelak }
Pil pahit lah. Tak makan pil tak boleh?

Mia { Menggoyang-goyangkan jari telunjuk }
No, no, no . Abang kacak kena makan juga. Sakit abang jadi melarat tau kalau tak makan.

Amsyar { Senyum menggoda}
Mia berhenti lah panggil Abang kacak. Panggil abang, Abang Amsyar.  Lebih romantik.

Mia { Jari didagu. Ketawa }
Hurmm... ok lah. Abang Amsyar! Hehehe!

Amsyar { Peluk Mia }
Thanks, sayang. I love you

Abang cintakan Mia. Selama-lamanya.

Ciuman mereka bertaut. Budak-budak tadi bertepuk tangan dari jauh.

Mia { Tiba-tiba menangis teringat memori itu }

Amsyar { Panik. Pegang wajah Mia}
Kenapa ni sayang? Kenapa sayang menangis? Abang peluk kuat sangat?

Mia { Peluk Amsyar kembali. Sedih sangat }
Mia tiba-tiba rasa Abang Amsyar pernah cakap Abang cintakan Mia. Mia tak ingat. Kenapa Mia tak boleh ingat?. Mia nak memori tu balik. Mia nak ingat Abang Amsyar....

Kedua-duanya menangis kesedihan dalam pelukkan. Jika Mia memaksa kepalanya untuk ingat semula, memori Mia akan kucar-kacir.










Drama : Setulus Cinta Dari Mu • siri perempuan chubbyWhere stories live. Discover now