Episod 13

66 5 3
                                    

1. Int. Rumah Amsyar { bilik Suhaida}
- malam

Watak : Suhaida, Izamel, Amsyar

Suhaida { On phone}
Abang dah sampai Jepun?. Eeiii... bestnya dapat pergi sana!. Tak ajak!. Kirim salam dengan Aunty Suhaila tau!.

Amsyar { On phone}
Budak kecik tak boleh ikut!. Pergi belajar!. Jaga rumah abang. Aida buat apa?. Malaysia sekarang malam kan?.

Suhaida { On phone. Meniarap}
Yup!. Aida tengah study ni. Abang jangan risau lah. Adik abang pandai. Hehehe.... abang!. Izam dah ada girlfriend!. Balik dari Jepun, dia nak kenalkan pada kita!.

Amsyar { On phone}
Alhamdulillah. Izam dah ada calon. Aida?. Tak ada yang berkenan?. Kawan-kawan abang masih single. Kecuali Kamarul. Hahah. Tinggal Aida sorang belum berpunya.

Suhaida { On phone}
Aida nak habiskan pengajian dulu. Abang sibuk sangat hal Aida. Kak Mia macam mana?. Sana musim sejuk!.

Amsyar { On phone}
Kak Mia okey. Abang nanti tangkap gambar banyak-banyak untuk Izam dan Aida ya?.

Suhaida { On phone. Puji}
Sayang, abang!!!. Take care. Assalamu'alaikum.

Amsyar { On phone. Rasa dihargai}
Wa'alaikumussalam

Bip! - talian ditamatkan. Kos panggilan Malaysia - Jepun lebih kurang RM 13 satu jam. Aku sempat letak panggilan sebelum kena cas tambahan panggilan Antarabangsa.

Izamel { Bersandar pada pintu. Silang tangan}
Kakak call Abang Am?. Malam-malam?. Kacau betul kakak. Bagilah diorang privasi. Nak anak buah kan?.

Suhaida { Jelir lidah}
Sana waktu siang lah, Izam. Lantaklah nak kacau, nak tanya khabar. Kakak adik kesayangan Abang Am!.

Izamel
Boooo ! . Perempuan cengeng!. Tak ada boyfriend!. Booo!

Suhaida { Campak bantal}
Suka hati kakak lah nak ada boyfriend ke tak ada!. Kakak lebih selesa hidup seorang diri.

Izamel { Bersila atas katil}
Kakak tak boleh hidup sorang-sorang. Kita perlukan kawan. Siapa di dunia ni tak perlukan kawan?. Kakak carilah sorang kawan yang boleh buat kakak senyum.

Suhaida
Siapa?

Izamel { Tersengih-sengih}
Profesor Ilyas ?. Pensyarah Universiti kita tuu

Suhaida
Hish!. Dia lebih tua dari akak!. Tak naklah!.

Izamel
Dia masih bujang. Handsome pula tu. Kakak suka lelaki tinggi kan?.

Suhaida { Halau Izamel keluar}
Shoo! shoo! Kakak nak belajar!. Main cinta-cinta pula kau ya?!

Izamel { Kecewa kakaknya tak nak dijodohkan}
Orang nak tolong je

Suhaida tetap mencari nama Ilyas Hadri di Instagram.

************

2. Int. Rumah Salmah - awal pagi

Watak :  Rohayah, Jamal, Salmah

Rohayah menggoreng mee hoon. Jamal membaca surat khabar di meja makan sementara menunggu isterinya menyiapkan sarapan. Di tepi  Jamal terhidang secawan kopi panas.

Salmah { Gembira}
Sedapnya Ibu!. Masak lebih sikit?. Baby dalam perut nak makan banyak. Meragam. Sakit Sally.

Rohayah
Sally tak boleh makan sebarangan. Kamu kena makan bubur. Anak dalam kandungan Sally nanti tak sihat.

Salmah
Boring lah..... . Chicken chop boleh?

Jamal
Kamu dah tahu siapa bapak budak dalam perut kamu?

Drama : Setulus Cinta Dari Mu • siri perempuan chubbyWhere stories live. Discover now