Episod 3

78 7 0
                                    

1. Int. Hospital - pagi
Watak : Amsyar, Kamarul, Salmah

Salmah
Selamat pagi, Doktor Amsyar, Doktor Kamarul

Amsyar { Memasukkan rekod pesakit dalam komputer. Pamer riak dingin}
Pagi. Kau datang awal pula hari ni. Bagus. Selalunya datang lambat.

Kamarul { Menyiku lengan Amsyar}
( Bisik) Wei, kau garang sangat kenapa?. Salmah nak berkenlan dengan kau je. Dia nurse baru. Cubalah berlembut sikit.

Amsyar
( Bisik) Nanti dia sangka aku suka dia macam mana?. Kau nak Mia bermadu?. Macam lah kau tak tahu nurse-nurse dekat sini sasarkan aku jadi boyfriend diorang.

Kamarul { Ketawa pelan}
Negatif betul fikiran kau, Am. Salmah, macam mana kerja dekat sini?. Apa-apa yang tak faham, boleh tanya saya ok?

Salmah
Baik , Doktor Kamarul.

Kamarul pergi kafeteria beli sarapan. Tinggal Salmah dan Amsyar berdua di kaunter wad.

Salmah
Doktor dah kahwin?.

Amsyar { Suara garau}
Kau nak buat apa. Nak pikat aku?.

Salmah
Saya tanya je, Doktor. Semua cerita pasal doktor tau. Doktor tegas, tapi handsome. Hihihi.

Amsyar berhenti menaip.

Amsyar
Kau suka sangat dengar cerita orang!. Diorang semua tak betul!. Kaki gosip!. Buat kerja kau!. Nanti bertimbun tak siap-siap!.

Terkejut pesakit-pesakit di wad  terdengar jeritan Amsyar. Mujur belum waktu melawat. Kalau tidak, pelawat akan gerun dengan ketegasan Amsyar. Pesakit pula tak sabar-sabar nak keluar dari hospital daripada terkena rawatan Doktor Amsyar. Garang!!.

***********

2. Int. Ruang makan banglo - tengah hari

Watak : Mia, Amsyar

Amsyar balik makan tengahari di rumah saja. Makan di luar memakan kos yang agak tinggi disebabkan peningkatan harga barangan dapur. Peniaga restoran mengenakan harga cekik darah mengambil kesempatan terhadap pelanggan. Membazir.

Lauk ikan keli asam pedas, ayam goreng kunyit, sayur bayam  terhidang atas meja beralaskan pelapik emas dihiasi berlian. Standard orang-orang kaya. Mia sedang lena di sofa ruang tamu. Amsyar tidak mahu mengganggu gadis itu.

Amsyar
Pandai juga dia masak

Mia { Ngigau. Menyebut nama 'Ayah', 'Ibu'}
Ayah.... Ibu.....

Amsyar melangkah ke Mia yang lena. Kesian. Isterinya pasti terluka dibuang keluarga sendiri. Dia tak tahu macam mana hidup tanpa mak ayah.  Amsyar mengusap-usap dahi Mia.

Amsyar { Berbisik lembut}
Mia... Abang tahu Mia kuat. Abang ada dengan Mia. Mia jangan sedih ya, sayang?.

Amsyar cium dahi Mia. Membuktikan bahawa dia sangat cinta, sayangnya pada Mia.

Mia { Didukung Amsyar. Wajahnya dirapatkan pada dada Amsyar}

Amsyar { Tersenyum kecil}
Comel pulak dia tidur. Ish.

**************

Imbas kembali,

Dua tahun lalu...

3. Int. Rumah keluarga Mia. Ruang tamu - malam

Watak : Ayah, Ibu, Mira, Mia

Ayah { Tidak bersetuju. Marah }
Ayah tak nak Mia jadi penulis!. Tak ada masa depan!. Cuba ikut contoh Mira!. Kakak engkau lebih bagus!. Gaji besar!. Masa depan terjamin!.

Mia { Kecewa. Nak nangis}
Ayah..... Mia dah lama minat bidang sastera!. Sejak tingkatan 4.... .  Semua rezeki Allah Insya-Allah ada kejayaan. Cuma kita perlu berusaha.....

Ayah { Tunding jari }
Kau nak kata aku jahil Agama?! Kau siapa?! Anak aku!. Tak layak nak cakap siapa lebih pandai!. Kau cuma budak mentah!.

Mira
Sudah lah, Mia!. Ikut je cakap Ayah!. Hari-hari asyik gaduh je!. Kakak tengok orang yang jadi penulis ni, tak ada gaji tetap!. Betul tak, Ibu?.

Ibu
Ha'ah Mia. Kakak kau dah banyak belanja Ibu beli barang mahal. Kau tak pernah belikan apa-apa untuk Ibu. Kata penulis?. Mana duit gajinya?.

Mia
Ibu.... Kakak.... Mia bukan saja-saja nak jadi penulis. Mia minat sangat tulis-tulis ni!. Kenapa semua orang tak faham apa Mia nak?!.

Ayah { Capai rotan. Pukul Mia}
Kau lawan cakap aku?! Kau tak tahu apa-apa!!!. Kau buat malu keluarga aku!!!!.

Mia { Air mata mencurah-curah. Menahan sakit}
Ayah!! Mia minta maaf!

Mira senyum sinis Mia dipukul Ayahnya. Dia amat bencikan adiknya. Mia pantas berlari keluar rumah dari terus dipukul. Ayah menjerit-jerit nama Mia agar kembali. Belum puas menghukum anak daranya yang degil.

************

4. Ext. Simpang jalan - malam

Watak : Mia, Amsyar

Kakinya tidak memakai selipar. Pedih melangkah setiap jejak. Tapak kakinya mungkin sudah berdarah akibat lari begitu laju. Mia menangis tersedu-sedan. Sebelum orang lain nampak dirinya menangis, dan matanya lebam, Mia berhenti di perhentian bas yang sunyi. Merawat hati dilanda seribu kesedihan.

Mia { Menangis}
Mia tak nak balik sana!. Ibu dengan Ayah jahat!. Diorang tak faham cita-cita Mia!!!

Amsyar yang ternampak Mia menangis di perhentian bas dari dalam kereta, beransur-ansur memperlahankan kereta honda civicnya berhadapan perhentian bas. Dia turun , lalu mendekati gadis itu.

Amsyar { Kesian tengok Mia menangis tak berhenti-henti}
Kenapa menangis ni?. Mak Ayah adik tak bagi adik makan ya?.

Mia { Mengesat aur mata}
( Suara tersekat-sekat) Saya.... saya tak nak balik sana......

Amsyar { Duduk di sebelah Mia}
Tak nak balik sana?. Balik rumah Mak Ayah?. Kenapa?.

Amsyar ternampak kesan parut ditangan Mia.

Amsyar
Tu.... kesan rotan kan ?

Mia
Ayah rotan saya. Dia suruh saya jadi doktor macam kakak saya. Saya tak nak.... keluarga saya memang tak suka saya dalam hidup diorang....

Amsyar
Biar saya cakap dengan Mak Ayah adik!. Tak patut mereka abaikan adik sampai kaki adik berdarah!

Mia { Kepala diangguk perlahan}





























Drama : Setulus Cinta Dari Mu • siri perempuan chubbyWhere stories live. Discover now