Episod 10

66 7 3
                                    

1. Int. Balai polis - pagi

Watak : Amsyar, pegawai polis lelaki

Pegawai polis lelaki { Senyum}
Jemput duduk, Encik Amsyar

Amsyar
Tuan, saya mahu buat laporan polis. Isteri saya didera, dirogol ayah kandung saya, Tuan. Sekarang isteri saya sakit tenat.

Pegawai polis lelaki
Encik ada bukti?

Amsyar mengeluarkan CD rakaman CCTV yang dipasang senyap-senyap di Banglo Datin Balqis, ketika ketiadaannya. Ini  cukup membuktikan Hidayah, Mummy dan Daddynya berlaku kejam pada Mia.

Amsyar
Tuan boleh lihat sendiri macam mana keluarga saya layan isteri saya. Malaysia ada undang-undang tak kiralah untuk wanita atau sesiapa saja. Bila saya dapat tahu isteri saya kena dera, saya tak boleh terus berdiam diri. Tuan kena berlaku adil. Sampai bila isteri saya perlu hidup dalam ketakutan?. Maruahnya sudah tergadai.

Pegawai polis tersebut kagum dengan hujah lelaki di hadapannya. Seorang suami yang sangat mengambil berat terhadap isterinya. Rakaman itu dimainkan. Terpapar susuk Mia dipukul -pukul Datin Balqis tanpa kasihan. Audio turut dibunyikan bagi rakaman Hidayah sedang menghina Mia dengan perkataan tidak baik sehingga dia menangis terduduk. Luruh hati Amsyar kerana terpaksa melihat rakaman itu.

Setiap minit video, Mia diseksa Datin Balqis. Itukah perangai sebenar Mummy?. Benci sangatkah pada menantunya?. Amsyar menggenggam buku lima. Mummy dan Daddy tak patut dimaafkan!!. Rakaman diberhentikan atas permintaan Amsyar.

Pegawai polis lelaki
Pihak kami akan mengambil tindakan tegas pada Cik Nor Hidayah, Datin Seri Balqis, dan Dato Al-Muntazar.

Amsyar
Bawa kes ni ke mahkamah, Tuan!. Saya takkan biarkan mereka seksa isteri saya lagi!.

Pegawai polis lelaki
Baik, Encik Amsyar.

**************

Dua hari kemudian....

2. Int. Mahkamah - tengahari

Watak : Dato Muntazar, Datin Balqis, Mia, Amsyar, Hidayah, Hakim, Ibu Imah

Gambar-gambar parut tangan Mia ditunjukkan peguam Amsyar. Ketiga-tiga penjenayah di kandang pesalah diam membisu. Selain gambar parut, Amsyar turut membawa rakaman CCTV, saksi iaitu Ibu Imah. Ibu Imah menceritakan segalanya. Malu Dato Muntazar, Datin Balqis, malah Hidayah. Amsyar sedang membalas serangan senyap. Tidak ketahui rumah banglonya dipasang kamera litar tertutup. Anak lelaki sulungnya sangat licik!.

Mia masih belum sembuh dari demam. Amsyar tetap memujuknya datang mahkamah. Mia tabahkan hati, kuatkan diri demi suami.

Hakim
Puan Nurul Mia Najwa Binti Latif, benarkah ketiga-tiga penjenayah ini sudah mendera Puan semasa ketiadaan Encik Amsyar?

Mia { Takut-takut hendak jawab}

Amsyar
( Come on, Mia!. Sayang boleh!)

Datin Balqis memberi jelingan tajam. Meminta Mia menipu Hakim. Mia tetap jujur. Ugut lah dengan pandangan mata sekalipun, Mia buat untuk suami Mia!.

Mia
Betul, Yang Arif. Mereka sudah mendera saya semasa suami saya kerja luar. Ibu mertua saya tak bagi saya makan sepanjang suami saya tiada. Cik Hidayah pula..... melontar kata-kata kesat. Bapa mertua saya pula, rogol saya sehingga menyebabkan saya jatuh sakit.

Wartawan media memetik kamera masing-masing Mia mendakwa keluarga mertuanya.

Hakim
Benarkah apa seperti dikatakan Puan Mia, Puan Rahimah?.

Drama : Setulus Cinta Dari Mu • siri perempuan chubbyWhere stories live. Discover now