Episod 19

62 5 2
                                    

1. Int. Laman ilmu Universiti - pagi

Watak : Suhaida, Ilyas, Hartini

Ilyas mendekati Suhaida yang khusyuk mengulang kaji di meja. Tangannya kemas memegang sejambak bunga.

Ilyas
Suhaida....

Suhaida { Menoleh. Terkejut dengan kehadiran Ilyas}
Tuan buat apa di sini? Saya bencikan Tuan!. Tuan dah malukan saya! Pergilah! Jangan kacau saya!

Ilyas { Duduk }
Bukan saya yang rancang benda tu semua. Saya tak pernah berniat bekerjasama dengan Hartini untuk malukan awak. Hartini memang bencikan awak sejak awak masuk Universiti. Awak pelajar cemerlang, presiden MPP. Lagipun, awak dah selamatkan nyawa saya. Awak tak ingat?. Setahun lalu?.

Suhaida
Cerita dah lama lah, Tuan. Saya tak nak ungkit benda lama.

Ilyas { Hulur jambangan bunga}
Saya cintakan awak, Suhaida. 

Suhaida { Kaku. Muka merona merah}
Tuan! Tuan sengaja buat saya marah?! Saya dah kata saya bencikan Tuan!. Hubungan kita hanya sekadar 'pensyarah dan pelajar'! . Tak boleh lebih!. Saya masuk Universiti nak belajar, banggakan keluarga saya!. Kakak ipar saya Amnesia lagi!. Saya tak ada masa nak fikir!. Saya tengah tertekan!.

Ilyas { Mengangkat wajah Suhaida}
Berilah saya peluang untuk mencintai awak. Saya takkan sia-siakan awak.

Suhaida { Hampir nak nangis. Terharu}
( Lelaki ni tak faham ke?. Aku bencikan dia!. Dia dah malukan aku! Hina aku!) Ilyas......

Hartini muncul secara mengejut.

Hartini { Tepuk tangan. Sinis }
Syabas, Abang Ilyas! Abang akhirnya buktikan cinta Abang dekat perempuan tu! . Abang tak payah lah nak kejarkan sangat perempuan macam dia!

Suhaida { Bersikap ganster }
Hoi perempuan! Kau memang benci aku sangat-sangat kenapa?! Apsal kau tak berterus-terang?! Apa kau tak puas hati pada aku sebenarnya?!

Hartini
Kau ada semuanya! Kasih sayang, duit , keluarga bahagia! Sedangkan mak bapak aku dah berpisah dan berkahwin baru!. Mereka tinggalkan aku, pinggirkan aku!. Aku tak boleh tengok kau bahagia!.

Hartini mengambil sebiji batu. Dia membaling batu itu pada Suhaida.

Suhaida { Terkena batu. Kepala berdarah }
Aduh......

Ilyas
Suhaida! Kau memang cari pasal, Tini!

Hartini
Bukan salah aku. Salah perempuan tu hah! Nak cabar sangat! Ni lah balasannya!

Ilyas { Mencempung Suhaida}
Saya bawa awak pergi bilik kesihatan

Suhaida { Tercengang . Malu}
Apa? Tak nak ! , tak nak! , tak nak! Malu lah saya, Tuan!

Ilyas { Senyum nakal}
Malu?

Suhaida { Terdiam. Hati berbunga-bunga}

***********

2. Int. Rumah Amsyar - masih pagi

Watak : Amsyar, Mia

Amsyar bekerja dari rumah menjaga isterinya yang masih belum sembuh. Mia tetap bersikap seperti budak-budak kecil yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan penjagaan sepenuhnya. Kadang kala, Amsyar terasa sedih kerana Mia tidak mempunyai apa-apa memori tentangnya. Namun, dia tak boleh berputus asa. Amsyar berusaha mengembalikan ingatan Mia. Terutamanya memori luahan cintanya ketika di Jepun.

Mia {  Meniarap. Baca buku cerita Cinderella }
( Gembira ) Bestnya ada putera raja sarungkan kasut kaca!. Kalau lah ada putera raja dekat sini.....

Drama : Setulus Cinta Dari Mu • siri perempuan chubbyWhere stories live. Discover now