Episod 6

67 7 2
                                    

1. Int. Kafe di Pavilion - masih tengah hari

Watak : Badrul, Mia, Amsyar

Badrul { Sedikit terkejut}
What? You married? Hahah. Terkejut aku, Am!. Aku sangka kau kahwin dengan Hidayah. Tapii.... dia bukan Hidayah. Hei, siapa nama kau?. Meh aku bagitau kau, si comel. Kau bukannya citarasa Amsyar. Nampaknya kau dah kena tipu dengan lelaki handsome sebelah kau

Amsyar { Mempertahankan Mia}
Kau jangan cakap bukan-bukan!. Mia isteri paling aku sayang!. Kau tak layak mengata dia!

Mia { Tersentak Amsyar berkata sebegitu}
( Sayang?)

Badrul
Hei, hei, hei. Kau naik angin kenapa?. Rileks lah. Dulu masa dekat London, kau boleh je bawak balik perempuan. Hidayah salah satu daripada girlfriend kau.

Mia
Hah? Amsyar bawa balik perempuan?

Badrul
Betul awak. Amsyar bukan baik sangat. Kaki botol, kaki perempuan.

Amsyar { Cengkam kolar Badrul}
Kau datang sini sengaja nak hancurkan imej aku je kan?!

Mia
Amsyar!

Badrul
Hahaha! Kelakar lah !. Memang betul lah kan apa aku cakap tadi?. Kalau tak betul, apsal nak marah-marah?

Amsyar melepaskan cengkaman. Dia beredar menenangkan fikiran. Mia ditinggalkan seketika.

Mia
Ermm..... awak...... betul ke Amsyar dulu macam tu?. Mia tak percaya. Amsyar yang Mia kenal, dia banyak kali selamatkan Mia. Dia jaga Mia, dia..... dia luahkan perasaan cintanya melalui perbuatan!. Awak tak faham!. Mia sayangkan Amsyar sangat-sangat!.

Badrul tercabar. Sedikit pun tak memberi kesan apa-apa pada gadis itu. Sebiji gula-gula dikeluarkan dari poket seluar.

Badrul { Gula-gula diletakkan atas tapak tangan}
Sorry buat awak marah. Nak gula-gula?. Saya baru beli dekat mall tadi.

Mia { Ambil gula-gula}
Gula-gula kopi!!! Favourite Mia lah!. Terima kasih awak!.

Gula-gula mula dikunyah. Mia tak sedar perisanya mula berubah perlahan-lahan.

Mia
Awak..... rasa kopinya tiba-tiba jadi lain.

Badrul { Senyum sinis. Pura-pura tak tahu}
Ya ke?

Mia mula memicit-micit dahinya. Kepalanya terasa berat. Dunianya berpusing-pusing.

Mia
Kepala Mia sakitlah.....

Badrul
Awak tak sihat ke?

Mia
Mia okey je tadi.

Kesakitannya makin terasa. Bagai dicucuk-cucuk. Sekeliling Mia menjadi serba hitam. Mia akhirnya pengsan.

Badrul { Memangku badan Mia. Menatap Mia sedalam-dalamnya}
Awak cantik juga. Tapi sayang lah kau dah jadi milik Amsyar.

Badrul menyentuh-nyentuh muka Mia. Mia diam kaku. Seolah-olah memberi peluang Badrul 'ngap' dirinya dalam lena.

Buk!

Badrul ditumbuk. Tepi bibirnya pecah berdarah.

Amsyar
Sekali lagi aku nampak kau kacau isteri aku, aku bunuh kau!!!!

Amsyar mara ke Mia yang pengsan.

Amsyar { Menepuk-nepuk lembut pipi Mia}
Mia? Mia? Mia!

Tiada apa-apa tindak balas gadis itu, Amsyar segera mencempung isterinya keluar kafe. Badrul menggepal buku lima. Perasaan marahnya mencanak-canak.

*************

2. Int. Rumah ibu bapa Mia - hampir masuk  waktu petang

Watak : Ayah, Ibu, Amira

Ibu
Dari tadi ibu tengok Mira asyik-asyik dengan handphone. Tak ada kelas ke hari ni?

Amira { Rimas }
Ala ibu....... Mira baru rehat!. Kelas Mira petang lah. Orang dah ada lesen, tak kisah lah nak pergi pukul berapa. Aida tak ada lah bising-bising macam Ibu !

Ayah
Kamu belajar betul-betul, Mira!. Jangan jadi macam adik engkau!.

Amira { Benci kena paksa}
Ya! ya! Mira akan jadi lebih kaya dari abang ipar Mira, kakak Mira!. Puas?.

Ibu { Menyendeng}
Mira... belikan  Ibu gelang habib jewel dalam CJ wow shop ? Ibu tak tahan lah!. Duit Mira mesti banyak!. Belikan untuk Ibu ya?

Amira
Gelang lagi?. Dah berapa ribu duit Mira habiskan untuk Ibu sorang je?. Mira pun ada gaya hidup sendiri. Nak pakai duit.

Ayah
Duit kamu, duit kami. Kamu bertanggungjawab jaga kami sampai tua!. Tak boleh kahwin!

Amira { Tersentak}
What?! Tak boleh kahwin?! Kenapa pulak Ayah? Ibu?. Hishh!. Ibu dengan Ayah anggap Mira ni orang gaji ke?!

Ayah
Ya lah! Habis tu?. Bagi semua duit simpanan kamu pada kami.

Ayah menghulur tapak tangan supaya Amira memberikan kesemua duit simpanan dalam purse dan kad debit banknya pada Ayah.

Ayah { Memerintah Ibu }
Cakap dengan Mira bagi duit dia pada aku. Dia bukannya tahu apa pun pasal duit!

Amira
Ayah! Ayah jangan cakap besar! Allah akan tarik nikmat dari Ayah!

Ayah { Sombong}
Ayah tak percaya! Harta-harta ayah ada sekarang, atas hasil ayah sendiri!. Bukan Allah yang bagi!.

Ibu merampas purse Amira. Duit tunai dikira-kira. RM 600 kesemuanya. Itu duit belanja Universiti.

Amira { Cuba ambil kembali purse nya}
Ibu!

Ibu { Tepis tangan Amira}
Kamu masih belajar. Tak tahu pakai duit. Bagi je lah duit ni pada Ibu. Duit-duit ni nak buat ubahsuai dapur, beli ubat kencing manis Ayah kamu.

Amira { Berdiri tegak}
Satu hari nanti kalau Mira tak balik rumah ni, jangan salah kan Mira!. Salahkan diri sendiri!. Ibu dan Ayah suka ambil hak orang!.

Amira berlalu pergi. Marah. Ibu dan Ayahnya sudah ambil duit dia. Apa lagi dia ada?. Ala Mira. Buat akaun bank baru je lah. Cari kerja, ada lah duit balik. Aku tak boleh beritahu ibu dan ayah.

**************

3. Int. Bilik tidur banglo Amsyar - petang

Watak : Suhaida, Mia, Amsyar

Amsyar menanggalkan alat pengukur darah tinggi dari lengan Mia. Mia masih belum sedar dari pengsan. Gadis itu termakan ubat tidur yang telah dimasukkan ke dalam gula-gula kopi. Dia menyelimuti Mia sehingga paras leher. Melindungi isterinya dari kesejukan.

Suhaida
Kak Mia tak apa-apa kan, abang?.

Amsyar { Geleng kepala. Lurut rambut ke belakang}
Dia okey. Tak ada apa-apa tanda Mia positif dadah. Mamat tak guna tu suntik ubat tidur dalam gula-gula!. Mia pulak pergi makan!. Macam budak-budak!. Sogok gula-gula, cepat je dia ambil!.

Suhaida { Tahan ketawa}
( Haha. Kesian kakak ipar aku kena cop 'budak-budak' ! ) Apa yang dia benci sangat kat abang?. Kak Mia tak bersalah ni jugak nak buat mangsa!.

Amsyar
Masa kitorang di London, Badrul sukakan Hidayah. Tapi dia tak berminat pada Badrul. Hidayah asyik kejar abang je. Badrul meluat lah.


















Drama : Setulus Cinta Dari Mu • siri perempuan chubbyWhere stories live. Discover now