Episod 23 { cinta pertama Mia}

63 4 1
                                    

1. Ext. Tapak perkhemahan Teluk Gorek - petang

Watak : Ilyas, Amsyar, Izamel, Suhaida, Mia, Ain, Sarah

Mia memijak-mijak air di laut. Sejuknya terasa. Dia mengekek ketawa. Airnya jernih. Beberapa ikan-ikan kecil nampak sangat jelas dari atas permukaan laut. Suhaida memanggag BBQ. Ilyas pula mencucuk isi-isi BBQ pada lidi. Sarah,  Ain berehat dalam khemah, memerhati kawan-kawan mereka yang seronok melakukan aktiviti diorang.

Sarah { Duduk memegang kedua-dua lutut }
Kakak ipar Aida memang macam budak-budak ke?.

Ain { Meniarap. Baca novel }
Mia ? . Dia Amnesia. Aida cerita kat aku, kepala dia terhantuk. Baru lepas keguguran pula tu. Kesian Mia. Tak ingat apa-apa pasal anak dia.

Sarah { Simpati }
I see . Abang dia tak ada calon lain?. Muda sangat perempuan dia pilih.

Ain { Bertopang dagu memandang Sarah. Mata mengecil }
Kau sebenarnya dah lama crush dekat Abang Amsyar kan? . Aku bukan baru kenal kau sehari dua. Kita dah berkawan 5 tahun. Aku tahu kau sukakan Abang Amsyar.

Sarah { Muka merona merah}
Gila suka laki orang!.

Ain { Pukul Sarah menggunakan buku}
Tak boleh bawak gurau! Asyik nak melenting!

Suhaida { Lap peluh. Letak BBQ dalam dulang }
Korang! BBQ dah siap! Jom makan!

Ilyas { Menyinsing lengan. Tersenyum manis  }
Pandai Aida masak

Suhaida { Malu }
Ala.... masak simple-simple aje. Setakat bakar boleh lah. Hehe.

Mia belum rasa lapar lagi. Dia jalan jauh sikit cari kulit kerang sekitar pantai.

Mia { Kutip kulit kerang }
 Tak ada kat sini. Aku nak cantik sikit.

Mia terleka sehingga tak sedar sudah berada jauh dari kumpulannya.
Suhaida pula sibuk melayan boyfriend dan kawan-kawannya di parti BBQ.

Ilyas { Mulut comot }
Sedap, sedap. Daging udang ni sedap la ! Nak sos cili ?

Suhaida { Ketawa riang. Lap mulut Ilyas }
Buat apa nak tambah sos cili lagi? . Ada sos black pepper. Makan lah yang tu.

Ilyas { Tarik muka }
Sos je pun

Suhaida { Ambil sos cili, beri pada Ilyas }

Ilyas
Yeah!

Pasir disepak-sepak kaki. Cara paling senang cari kulit-kulit kerang yang  dah mati tertanam bawah pasir. Jumpa lah satu yang sangat cantik.

 Jumpa lah satu yang sangat cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mia { Gembira. Membuang pasir terlekat pada kulit kerang }
Dah jumpa satu! Boleh bawak balik bagi Abang Amsyar!

Mia berlari-lari balik ke tapak perkhemahan. Matahari yang kian menamatkan harinya, keadaan sekitar pantai menjadi sedikit gelap. Akibat terlalu cuai, Mia tersadung batu besar yang tersembunyi dalam pasir. Dia tergolek, kepala terhantuk pada batu, lalu pengsan.

Suhaida { Baru sedar Mia tak ada }
Kak Mia tak ada dengan kita! Mana Kak Mia pergi?

Sarah
Kita pergi cari dia!

Ilyas
Bawa lampu suluh. Hari dah gelap

Mereka bertiga mencari Mia di merata tempat.

Sementara itu, kereta Honda Camry putih diparkirkan di tempat letak kereta. Amsyar merenggangkan ototnya sekian lama memandu semenjak daripada pagi.  Izamel menyisip air mineral dalam botol.

Amsyar { Merungut kecil }
Sampai juga Teluk Gorek. Jauh nya Aida bawa Mia. Sengaja nak bagi orang rindu!

Izamel { Memperli }
Kak Aida memang sengaja jauhkan Abang dengan Kak Mia.

Amsyar { Ternampak penduduk tempatan berkumpul }
Kenapa diorang berkumpul?

Izamel { Menjongket bahu }
Entah. Kita pergi tengok.

Dua jejaka itu keluar daripada kereta. Jantung Amsyar berdebar-debar saat menghampiri sekumpulan penduduk tempatan tersebut. Seperti Tuhan mahu memberitahunya sesuatu.

Amsyar
Pak cik, kenapa semua berkumpul?

Pak cik
Ada budak perempuan terbaring! Kepalanya berdarah! Orang-orang kampung dah telefon ambulan!

Amsyar & Izamel { Menyelit masuk. Ingin tahu siapa orang dimaksudkan }

Amsyar bagai hendak pitam. Baju dipakai gadis itu sama dengan baju Mia. Malah, wajah gadis itu juga 100% mirip isterinya!.

Amsyar { Terkejut. Pangku kepala Mia. Darah Mia terlekat pada T-shirt Amsyar }
Sayang? Sayang? Sayang bangun lah! Please sayang!

Suhaida tercegat di celah-celah orang ramai. Dia sudah terlambat. Abangnya jumpa Mia dulu!. Suhaida bakal dimarahi Amsyar!.

***

Imbas kembali

5 tahun lalu...

Latif mengalami demam mengejut. Isterinya, Rosiah menghubungi ambulan. Latif membantah. Dia amat bencikan doktor. Tak percaya pada perubatan moden, malah sanggup menggelar golongan itu " tidak betul " .

Rosiah { Marah}
Jangan tangguh-tangguh sakit abang tu! Nanti melarat menyusahkan anak-anak!

Latif { Terbaring. Ibu jari kaki rasa sakit }
Anak-anak aku hamba aku! Kena layan aku macam raja! Aku bos mereka!  Kau hamba aku juga, Siah! Bukan isteri!

Rosiah
Ha, ya lah Siah ni hamba abang! Kena dengar cakap abang aje ! Sejak budak-budak tu masih bayi, Siah yang jaga! Esok-esok Mia dengan Mira dah besar, diorang buang abang sebab abang tak pernah duduk rumah!  Jaga pun tak pernah!

Latif mengerang kesakitan.

Rosiah
Mia, Mira! Kita bawa Ayah pergi hospital! Orang tua degil tu bukan nak dengar cakap Ibu! Kena paksa pergi!

Mia & Mira
Okey Ibu

Hospital...

Dua orang jururawat lelaki mengusung Latif terus ke dewan operation. Ini menimbulkan persoalan pada Rosiah. Sakit apa suaminya?.

Rosiah
Encik kenapa bawa suami saya pergi  operation?

Nurse lelaki { Serba salah }
Mak cik tak tahu? Suami Mak cik hidap diabetes. Kemungkinan kaki kanannya akan dipotong. Tapi ia bergantung pada keputusan doktor.

Rosiah
Siapa doktornya?

Seorang jejaka bersut putih lengkap sateteskop berjalan ke Rosiah. Senyuman nipis disua. Dia lah akan mengendalikan pembedahan pesakit diabetes kali ini, Doktor Amsyar Daniel.

Mia  { Bersembunyi belakang Rosiah. Takut melihat doktor }
Hurmm...

Amsyar  { Senyum nipis }
Assalamualaikum Mak cik. Saya  Amsyar, doktor yang akan merawat suami Mak cik































Drama : Setulus Cinta Dari Mu • siri perempuan chubbyWhere stories live. Discover now