Episod 7

58 7 1
                                    

1. Int. Kafe hospital - pagi
Watak : Hidayah, Salmah, Amsyar

Amsyar { Melihat handphone sambil minum kopi}

Salmah { Senyum. Duduk sebelah Amsyar}
Hai awak. Nak duduk sini boleh?

Amsyar
Kalau awak jenis tak tahu malu, duduk lah.

Salmah
Awakk.... hujung minggu ni kita pergi Sunway Pyramid?. Ada ice skatting!. Saya pandai main!. Jaga-jaga doktor!. Hehehe !. Saya nanti kalahkan doktor!.

Amsyar
Aku kan suami orang. Awak ajak lah orang lain.

Salmah { Makin menggedik mahu tetap pelawa Amsyar}
Doktor pun tahu saya tak ramai kawan dekat sini. Cuma doktor kawan paling saya sayang.

Amsyar berhenti melihat handphonenya.

Amsyar
Sayang?. Hei, aku cuma sayangkan isteri aku. Kau tak layak lah nak dapat cinta aku!.

Salmah
Ramai je sekarang orang ambil suami orang. Doktor tak salah kalau nak pikat saya. Saya banyak cerita pasal doktor pada keluarga saya. Bila-bila diorang nak jumpa.

Amsyar { Letak handphone atas meja. Muka serius}
Kau tak faham Bahasa Melayu? Aku dah kahwin, Salmah!. Please understand my status!. Beritahu keluarga kau, aku tak ingin jadi menantu diorang!.

Salmah { Merengek. Buat bising}
Amsyarrrr!!!!

Mata pelawat dan doktor-doktor yang membeli makanan di kafeteria memandang tepat ke meja diduduki Amsyar dan Salmah. Salmah terlalu menarik perhatian disebabkan perangai kebudak-budakkannya.

Amsyar { Tutup muka }
Buat malu aku je lah, Salmah!

Salmah { Mula menangis}
Kau lah!. Aku ajak baik-baik, kau tak nak!. Uwuuu..... uwuuu....... sob.... uwuuu...

Hidayah
Hai sayang!. Hei!. Kau siapa berani duduk dengan bakal suami aku?!

Salmah { Berani lawan Hidayah}
Kau pulak tu siapa?!. Baju tak cukup kain aku tengok!.

Hidayah
Aku bakal isteri dia!. Pergi! pergi!

Hidayah menolak-nolak Salmah dari kerusi. Salmah memukul-mukul Hidayah yang ganas menghalaunya dari kerusi dia duduk.

Salmah { Jatuh dari kerusi}
Arrhhh!!!!

Buk!

Hidayah
Padan muka kau!

Salmah { Gosok kepala }
Aduh.... sakitnya ......

Amsyar
Korang berdua memang cari nahas lah.

Malas hendak memperbetulkan keadaan, Amsyar tak pedulikan dua perempuan gila tu. Lantak lah si Salmah nak meroyan sekali pun!.

Hidayah & Salmah
Amsyar!!!!

Kedua-duanya pandang benci sesama sendiri.

*************

2. Int. bilik rawtan - masih pagi

Watak : Amsyar, Tuan Azmi

Tuan Azmi { Ceria}
Assalamu'alaikum Amsyar. Hahaha!. Kamu sangat tenang!. Jarang ada doktor seperti kamu!

Amsyar { Bangun dari kerusi, salam Tuan Azmi }
Wa'alaikumussalam Tuan!. Pesakit tak ramai. Itu yang saya dapat rehat lama!. Hahah!. Sila duduk, Tuan.

Tuan Azmi
Amsyar, prestasi kamu sangat membanggakan. Pesakit di wad 8, dan 10 sangat menyukai cara kamu bekerja. Kerana itu, saya mahu menjemput kamu menghadiri kursus di Johor Bahru untuk kenaikkan pangkat.

Amsyar { Gosok belakang batang leher }
Err..... kursus?. Tak apa , Tuan. Apa saya ada sekarang dah cukup. Saya dah selesa jadi doktor pakar.

Tuan Azmi { Tepuk belakang badan Amsyar}
Ini saya suka pasal kamu!. Kamu cukup merendah diri!. Tak perlu risau, Amsyar!. Kursus setakat seminggu je!. Takkan tak boleh langsung tinggal bini?. Tinggalkan sekejap lah. Pergi berseronok sikit!. Hahahah!.

Amsyar
Pangkat apa lagi saya nak?. Cita-cita jadi doktor memang dari kecil saya impikan. Dan ia sudah tercapai. Terima kasih lah, Tuan. Kamarul lebih layak.

Tuan Azmi
Amsyar.......... kamu nak tahu kenapa saya ambil kamu bekerja dengan saya dulu?.

Amsyar { Ingin tahu}
Kenapa tuan? Adakah sebab saya layak untuk berkhidmat di hospital tuan?

Tuan Azmi
Tidak! Hahahah!. Sebab...... saya dah nampak kamu akan bakal menjadi seorang ketua pengarah kesihatan. Peluang ni sekali je tau. Sayang kalau kamu lepaskan.

Amsyar berfikir. Jika dia pergi kursus, Mia terpaksa diserahkan pada Mummy dan Daddynya. Amsyar meragui Mummy dan Daddy. Bolehkah mereka jaga Mia?. Dia tiada pilihan. Suhaida dan Izamel busy. Diorang ada kelas. Tak boleh juga. Haihh....

**************

3. Int. Bilik tidur - petang

Watak : Mia, Amsyar

Mia { Merengek}
Saya tak nak lah duduk rumah Mummy dan Daddy!.

Amsyar { Mengemas pakaian Mia}
Kau jangan melawan!. Kau kena ikut cakap aku!. Aku bukan tinggalkan kau selama-lamanya!. Seminggu je !.

Mia terdiam. Bukan dia tak suka duduk rumah ibu bapa mertuanya. Tapi....... bapa mertuanya selalu mengganggu dia.





































Drama : Setulus Cinta Dari Mu • siri perempuan chubbyWhere stories live. Discover now